Bekerja Semasa Belajar Tanpa Kebenaran



Soalan:
Terdapat satu kekeliruan. Sebagai contohnya, jika sesebuah negara telah menetapkan peraturan yang pelajar dari luar negara hanya boleh bekerja part-time selama 28 jam seminggu dengan mempunyai 2 atau lebih pekerjaan. Tetapi kami telah bekerja part-time melebihi waktu tersebut. Adakah dibolehkan atau tidak. Ataupun terdapat hukum-hukum tertentu? Dan bagaimana dengan hasil duit tersebut. Terima kasih, mohon penjelasan.

Jawapan:
Islam mewajibkan bahawa setiap orang yang berakal, baligh dan berkemampuan agar menafkahi diri sendiri untuk hidup. Ini berdalilkan sabda Rasulullah ﷺ, daripada Jabir bin Abdillah RA:

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا
“Engkau mulakan nafkah itu dengan dirimu kemudian isterimu.” [Riwayat Muslim (997)]

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Hadis ini memilik pelbagai faedah, antaranya hendaklah dimulakan nafkah itu mengikut tertib yang disebut, dan juga bahawasanya hak-hak dan kelebihan-kelebihan apabila bertembung maka didahulukan mana yang lebih awkad (lebih kuat) kemudian yang lebih bawah daripada segi kekuatannya.” [Rujuk al-Minhaj Syarh Muslim (7/83)]

Begitu juga pengarang al-Fiqh al-Manhaji (4/170) mengujarkan: “Kewajipan memberi nafkah yang paling rendah adalah memberi nafkah kepada dirinya sendiri. Jika berkemampuan, hendaklah didahului daripada nafkah yang lain. Nafkah ini meliputi semua keperluan asasi manusia, seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. Nafkah terhadap diri sendiri wajib daripada hartanya sendiri, selagi dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai nafkah dirinya.”

Dalam masa yang sama, Islam mewajibkan umat Islam untuk belajar ilmu demi maslahat dunia dan akhirat. Ilmu itu terbahagi kepada dua; ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh semua umat Islam daripada ilmu akidah, ibadah, muamalat, dan akhlak. Manakala ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang tidak lengkap suatu komuniti tanpanya pada memastikan kelangsungan hal-hal dunia, seperti ilmu matematik, perubatan, pembinaan, perladangan, jahitan, dan politik. Ilmu ini jika tiada orang yang mahir tentangnya maka akan berlaku kepayahan yang melampau kepada masyarakat. Ke atas orang yang belajar ilmu fardhu kifayah, hukum belajar itu sudah menjadi fardhu ain kerana dia sudah mengambil tanggungjawab daripada ramai-ramai orang. [Rujuk Ihya’ Ulum al-Din (1/13-16) oleh Imam al-Ghazali]

Dalam konteks bekerja sewaktu belajar, sewajarnya pelajar tidak perlu bekerja dan hanya fokus kepada pelajaran sehingga selesai pelajarannya. Namun, jika terdapat keperluan hajat dan darurat, maka pelajar itu boleh bekerja bagi memenuhi keperluan diri. Keperluan darurat seperti nafkah untuk tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian dan kesihatan. Manakala keperluan hajat seperti telefon dan kenderaan. Buku-buku pelajaran juga termasuk dalam kategori hajat kerana tanpanya hidup sebagai pelajar amat sukar. Adapun jika seseorang pelajar itu bekerja hanya untuk mendapat kemewahan hidup, maka itu merupakan perkara yang tidak elok kerana kebiasaannya akan mengganggu pelajaran, khususnya jika sudah mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran.

Berkenaan dengan undang-undang yang mengehadkan pekerjaan kepada bilangan kerja dan jam tertentu, pastinya undang-undang berkenaan dibuat bagi memastikan pelajar dapat fokus dengan pelajaran, selari dengan keperluan bekerja menampung nafkah diri sendiri. Tidak boleh bagi pelajar berkenaan untuk sewenangnya melanggar syarat berkenaan kerana itu merupakan perjanjian yang mesti ditunaikan. Firman Allah ﷻ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Maidah: 1)

Kata Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili: “Janji adalah satu sifat yang terpuji. Menyalahi janji adalah satu sifat khianat dan nifaq. Meleraikan perjanjian yang telah dibuat merupakan sikap yang boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan. Maka, secara syarak, wajib untuk menepati janji. Sesiapa yang menyalahi dan tidak menepati janji yang telah dilakukan, sebenarnya dia telah melakukan maksiat dan dosa.” (Rujuk al-Tafsir al-Munir, 15/73)

Kedua, ia juga merupakan syarat yang sah jika termaktub dalam perjanjian dan boleh pihak universiti mengenakan tindakan disiplin kepada mereka yang melanggar perjanjian. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
“Orang Muslim itu berpegang pada syarat-syarat yang mereka tetapkan.” [Riwayat Abu Daud (3594)]

Sheikh al-‘Azim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini, beliau berkata: “Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah balik.” (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 10/26)

Justeru, pelajar berkenaan tidak boleh bekerja lebih daripada masa yang dibenarkan dan dia berdosa sekiranya kesibukan bekerja itu membuatkan dia gagal memenuhi tanggungjawab fardhu kifayahnya.

Namun begitu, larangan ini tidak terpakai kepada pelajar yang benar-benar susah sehingga memerlukan dia bekerja lebih masa. Jika dia gagal berbuat demikian, nafkah dirinya akan terabai seterusnya pelajarannya juga akan bermasalah. Perkara ini biasa berlaku kepada pelajar-pelajar miskin. Bahkan, inilah adat ulama-ulama besar pada zaman belajar mereka seperti Imam Ahmad bin Hanbal yang menjual tali-tali haiwan tunggangan dan tidak meminta-minta. Rujuk kitab Safahat Min Sabr al-Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abdul Ghuddah untuk mengetahui kisah-kisah mereka. Keadaan ini bersesuaian dengan kaedah:

إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا
“Apabila bertembung dua mafsadah (keburukan), maka diraikan mafsadah yang lebih besar dengan melakukan mafsadah yang lebih ringan.” [Rujuk al-Asybah wa al-Nazair oleh Imam al-Suyuti (1/87)]

Manakala daripada sudut haram atau halal pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan itu, maka hukumnya halal jika diperolehi daripada pekerjaan yang halal dan suci daripada perkara yang haram. Soal melanggar perjanjian dengan pihak universiti itu tidak menjejaskan kehalalan pendapatan berkenaan, walaupun mungkin berkurang keberkatannya. Ini diqiaskan dengan hukum berjual beli ketika azan Jumaat dan solat lelaki dengan baju sutera, yang kedua-duanya diharamkan. Adapun mereka yang terpaksa bekerja lebih kerana memenuhi hajat dan keperluan asas diri, maka itu tidak berdosa dan sumber pendapatan itu adalah halal.

Kami menyatakan, betapa besarnya pahala mereka yang membantu para pelajar untuk menafkahi diri mereka semasa tempoh belajar dengan sedekah dan apa-apa bantuan, sehingga mereka boleh menumpukan pada pelajaran dengan baik. Kelak mereka akan kembali kepada masyarakat dan berbakti kepada mereka semula. Kami akhir dengan sabda Rasulullah ﷺ:

المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ القِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ
“Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim, tidak boleh menganiaya dan merendahkannya. Barangsiapa melunaskan hajat saudaranya, nescaya Allah melunaskan hajatnya. Dan barangsiapa membebaskan kesulitan orang Muslim di dunia, nescaya Allah akan membebaskan kesulitannya di hari Kiamat. Dan barangsiapa menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di hari Kiamat kelak.” [Riwayat al-Bukhari (2442) dan Muslim (2580)]

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/bekerja-semasa-belajar-tanpa-kebenaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 368 hits
Foto sekadar hiasan Nama saya Wina Umur saya 23 tahun Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari Masa saya study ...
Belajar Bicara Dengan Mulut Di Singapura Omesh Susah Banget

Belajar Bicara Dengan Mulut Di Singapura Omesh Susah Banget

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 229 hits
Belakangan ini Ananda Omesh rutin bolak balik ke Singapura untuk melakukan pengobatan Pita suara yang rusak membuatnya harus rutin mengikuti terapi bicara
Cak Imin Sebut Wacana Sandiaga Hapus Un Bikin Siswa Malas Belajar

Cak Imin Sebut Wacana Sandiaga Hapus Un Bikin Siswa Malas Belajar

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 246 hits
Muhaimin yang akrab disapa Cak Imin tidak setuju dengan gagasan penghapusan UN tersebut Menurut Ketum PKB itu gagasan Sandiaga hanya membuat anak sekolah malas belajar
Prinsip Penilaian Hasil Belajar

Prinsip Penilaian Hasil Belajar

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 306 hits
PRINSIP PENILAIAN HASIL BELAJAR Penilaian hasil belajar dalam pendidikan dilaksanaan atas dasar prinsip prinsip yang jelas sebagai landasan pijak Prinsip dalam hal ini berarti rambu rambu atau pedoman yang perlu dipegangi dalam melaksanakan...
Belajar Bodo Amat Dari 15 Kutipan Konyol Ala Squidward Tentacles Nggak Usah Pusing Cuek Aja Lagi

Belajar Bodo Amat Dari 15 Kutipan Konyol Ala Squidward Tentacles Nggak Usah Pusing Cuek Aja Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 2946 hits
Nggak usah pura pura cerah ceria kayak SpongeBob kalau nyatanya hidup memang sekacau tentakelnya Squidward
Susahkah Belajar Psikologi

Susahkah Belajar Psikologi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 895 hits
AssalamualaikumBismillahSejak belakangan ni ramai yang tanya berkenaan psikologi ataupun bidang psikologi kanak kanak dan keluarga walaupun aku dah habis belajar Kebanyakan yang bertanya adalah pelajar lepasan SPM STPM Matrik dan juga Diplo...
Nak Berdengung Belajar Ilmu Tajwid

Nak Berdengung Belajar Ilmu Tajwid

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 271 hits
Bukan Ilmu hisap Sejak sawit jatuh harga benda merepek yang disuruh tanam Wow Tunggu jiwa raga pun dijual
Kau Kerja Kat Kantin Belajar Sampai Spm Je Ke Cikgu Sekolah

Kau Kerja Kat Kantin Belajar Sampai Spm Je Ke Cikgu Sekolah

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 663 hits
Kau Kerja kat kantin belajar sampai SPM je ke Cikgu Sekolah Kos hidup yang semakin meningkat memaksa setiap individu melakukan apa apa jua jenis pekerjaan walaupun seseorang itu mempunyai pendidikan yang tinggi Tetapi ada sesetengah masyara...
Belajar Dari Kisah Bayi Mati Usai Makan Nasi Kapan Si Kecil Bisa Diberi Makanan Padat

Belajar Dari Kisah Bayi Mati Usai Makan Nasi Kapan Si Kecil Bisa Diberi Makanan Padat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 394 hits
Ada sebuah berita yang mengisahkan kematian bayi karena diberi makanan padat Apakah sebenarnya bayi boleh diberi makanan padat Di media sosial sempat heboh kisah tentang bayi 4 bulan yang meninggal karena diberi makan nasi oleh ibunya Kisah...
Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Discover The Heart Of Johor At Belinjo Cafe In Setia Alam A Family Legacy Of Flavor

Character Is The Final Judge Of Malaysians Irrespective Of Race Or Religion

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

Lotto888 Top 67 By Jonah Lot888 Net 3 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Intellectual Property Protecting Ideas

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Dua Antara

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk