10 Plot Twist Mengejutkan Memorist Buat Penonton Terus Setia Menonton Meskipun Raih Rating Sederhana


Meskipun hanya meraih rating yang sederhana sahaja, drama “Memorist” ternyata popular dalam kalangan peminat K-Drama kerana plotnya yang berpusing-pusing sehingga membuatkan penonton berdebar menantikan siapakah penjenayah sebenar!
Antara plot twist yang di luar jangkaan penonton ialah:
Ye-rim yang tidak berjaya menyelamatkan diri Menyeramkan apabila penonton disajikan dengan realiti sebenar yang dihadapi oleh para gadis yang diculik. Walaupun Ye-rim sempat meloloskan diri dan merangkak melepasi ruang sempit untuk menyelamatkan diri, tapi harapannya musnah apabila dia bersua muka pula dengan seorang lelaki yang memegang penukul sebelum sempat menarik nafas lega.
Apabila Dong-baek mengamuk Rupanya dalang disebalik penculikan ini ialah Park Ki-dan iaitu seorang ketua ajaran sesat yang sangat berkuasa sampaikan semua pengikut tunduk sahaja dengan arahan dan ajarannya. Lelaki tua itu berjaya meyakinkan semua orang bahawa kuasa luar biasa Dong-baek itu sebenarnya datang daripada syaitan dan dia terlepas daripada semua hukuman dek kerana beberapa pengikutnya yang terdiri daripada pihak atasan.
Pun begitu, Dong-baek menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk membongkarkan segalanya mengenai perbuatan jijik Park Ki-dan kepada khalayak umum. Selepas rakyat meluahkan rasa marah membara tentang perangai sebenar lelaki tua itu, Sun-mi berjaya mendapatkan waran tangkap bagi memberkasnya.

Pembunuh dibunuh pembunuh lain Namun begitu, sebelum undang-undang dapat mengheret Park Ki-dan ke muka pengadilan, orang lain yang telah menjatuhkan hukumannya sendiri di mana dia telah dihentak dengan penukul dan akhirnya mati. Apabila Dong-baek di bawa masuk untuk mengimbas memori setiap daripada saksi kejadian tersebut, dia mendapati tiada seorang pun yang mempunyai ingatan tentang pembunuhan itu sepertinya seseorang telah memadam memori tersebut daripada kotak fikiran mereka. Nampaknya, misteri ini menjadi lebih besar dan mengelirukan!

Penonton diperkenalkan dengan Jin Jae-kyu Rupanya dalam diam, pembunuh sebenar Park Ki-dan telah berkeliaran ke serata tempat dan membunuh ramai lagi yang telah membawa bala kepada orang lain. Pada setiap babak pembunuhan tersebut, pembunuh tersebut meninggalkan klu mengenai siapakah target seterusnya. Lantas bermulalah kisah kejar-megejar seperti kucing dan tikus! Daripada bukti yang diperolehi, ia membawa pasukan penyiasatan yang dianggotai oleh Dong-baek kepada seorang jurukamera bernama Jin Jae-kyu.
Lelaki itu mendakwa bahawa dia boleh mendengar suara daripada Tuhan seterusnya mengetahui pembunuhan yang bakal berlaku pada masa akan datang. Menakutkan sungguh setiap kali dia menggeletar dan sawan apabila ‘mendengar’ sesuatu sampaikan semua orang tertanya-tanya sama ada lelaki itu benar-benar mendengar suara asing atau pun dia adalah seorang yang pandai unsur psikotik.

Kehidupan Jin Jae-kyu juga boleh tahan serabut apabila dia menceritakan bahawa sudah dihantar ke institusi mental sejak daripada kecil lagi dan dapat pula isteri yang gilakan harat perwarisan sampai sanggup mencuba untuk membunuh dirinya dan anak perempuan mereka.
Ada lagi individu lain dengan kuasa luar biasa Apabila pembunuhan Park Ki-dan berlaku dan saksi yang sepertinya mempunyai lubang dalam ingatan mereka membuktikan bahawa terdapat orang lain yang mempunyai kuasa luar biasa, mungkin lebih hebat daripada Dong-baek. Walaupun mereka menolaknya sebagai muslihat yang dilakukan oleh penjahat untuk mengelirukan mereka, tetapi penonton disajikan dengan kuasa luar biasa lain yang mengejutkan.
Insiden Shinbae mula terbongkar Selepas melakukan siasatan mendalam, pihak penyiasat mendapat tahu bahawa Jin Jae-kyu adalah ‘The Executioner’ dan bertanggungjawab kepada pembunuhan sejak 20 tahun dahulu tetapi bukanlah pembunuh Park Ki-dan yang dicari. Dia hanyalah menjadi kambing hitam kepada seorang penjenayah gila lain, ‘The Eraser’.
Daripada pendedahan itu, para penyiasat digemparkan dengan insiden yang berlaku pada 20 tahun lepas di mana 7 pelajar kolej yang menggunakan keganasan dan membunuh antara satu sama lain. Peristiwa yang berlaku di Shinbae ini merupakan kes pertama yang menampakkan kelibat ‘The Eraser’ iaitu merupakan pemangkin kepada kesemua insiden baru ini.

Siapakah ‘The Eraser’ sebenarnya? Penat asyik berada di pihak pertahanan sahaja, pasukan penyiasatan itu mula merencana pelan untuk menggoda ‘The Eraser’ supaya menunjukkan dirinya. Mereka tahu bahawa pembunuh itu mahu Jin Jae-kyu mati, jadi mereka gunakannya sebagai umpan. Jae-kyu kemudiannya dikeluarkan daripada hospital dan dibawa ke sebuah tempat yang selamat sambil diiringi oleh pasukan SWAT.
Tak mengalah, ‘The Eraser’ telah menggodam semua talian komunikasi dan mematikan semua punca elektrik namun pasukan penyiasat itu berjaya mengemudikan rancanagn tersebut. Terdapat seorang individu yang menghampiri bilik wad Jin Jae-kyu, namun dia bukanlah ‘The Eraser’ seperti yang dijangka, lelaki itu hanyalah penyamar yang dihantar oleh pembunuh bersiri itu. Naik bulu roma kerana umpan itu berada dalam pasukan SWAT yang mengiringi Jin Jae-kyu keluar daripada hospital tersebut.

Lakonan Timbalan Pengarah Lee mula retak Masuk ke separuh akhir drama ini, para detektif bekerja keras untuk merungkai misteri di sebalik kejadian Shinbae itu selain turut mengejar seorang lagi pembunuh lain iaitu ‘The Eraser’. Terlihat satu babak di mana seorang lelaki miang mengusik wanita di kaki lima namun kemudiannya dia diserang secara tiba-tiba oleh seorang individu memakai baju sejuk hitam.
Pulang sahaja ke rumah, lelaki berpakaian serba hitam itu melucutkan hoodienya dan penonton nyata terkejut melihat wajah Timbalan Pengarah Lee disebaliknya. Pun begitu, belum tentu lelaki ini ialah ‘The Eraser’ kerana masih terlalu awal untuk mendedahkan identiti sebenar penjenayah yang menjadi kunci kepada pelbagai kes misteri. Walaubagaimanapun, lelaki ini juga tidak boleh dipandang enteng kerana sepertinya dia mempunyai muslihat jahat yang lain.

Maksud sebenar di sebalik ‘padang berumput’ Dalam kisah silam Dong-baek, dia pernah menyelamatkan seorang gadis daripada membunuh diri dan hubungan itu bercambah menjadi lebih lagi. Bahkan, gadis itulah yang membantu Dong-baek untuk membiasakan diri dengan kuasa luar biasanya itu.
Lelaki itu yang menyukai gadis tersebut mula tertanya-tanya apabila dia menghilangkan diri secara tiba-tiba pada 7 tahun lepas. Dalam pada Dong-baek kalut menghubungi dan menghantar mesej kepada gadis itu, penonton dapat lihat nama yang disimpan di dalam telefonnya itu sebagai ‘padang berumput’.

Semasa Ji Jae-kyu sudah berada di hujung nyawanya, dia meninggalkan satu pesanan terakhir kepada Sun-mi iaitu,
‘The Eraser’ tersembunyi dalam kisah silam Dong-baek.
Dong-baek berhadapan dengan Timbalan Pengarah Lee Menurut informasi, ‘The Eraser’ mempunyai parut di lengannya dan semasa sedang menjejaki penjenayah itu, mereka mendapat tahu bahawa Timbalan Pengarah Lee mempunyai parut yang sama. Satu demi satu bukti yang menunjukkan ke arah lelaki tersebut, Dong-baek terus merempuh masuk ke pejabatnya dan mereka mula berlawan secara fizikal.
Semasa pergelutan itu, Dong-baek dapat mengimbas memori lelaki tua itu dan melihat kejadian Shinbae yang berlaku 20 tahun dahulu. Walaupun memang benar Timbalan Pengarah Lee berada di tempat kejadian tetapi dia telah diikat dan mulutnya juga telah disumbat. Apabila membuka ikatan matanya, pelajar kolej tersebut sudah pun sibuk bergaduh antara satu sama lain.
Hilang kesedaran buat seketika kerana dipukul oleh salah seorang pelajar itu, dia mula membuka mata dan terlihat seorang kanak-kanak yang berdiri di sebelahnya. Memeranjatkan kerana kanak-kanak lelaki yang kononnya telah membunuh para pelajar kolej tersebut dan merupakan ‘The Eraser’ sendiri adalah Dong-baek!

Episod demi episod, pasti penonton dibelenggu dengan pelbagai misteri. Jangan lupa saksikan “Memorist” pada setiap Rabu-Khamis.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/10-plot-twist-mengejutkan-memorist-buat-penonton-terus-setia-menonton-meskipun-raih-rating-sederhana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meskipun Rating Sederhana Penonton Puji Plot Cerita Drama Misteri 365 Repeat The Year Yang Mendebarkan

Meskipun Rating Sederhana Penonton Puji Plot Cerita Drama Misteri 365 Repeat The Year Yang Mendebarkan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 295 hits
Tak sangka drama misteri 365 Repeat The Year mendapat sambutan yang hangat daripada peminat K Drama Meskipun plotnya yang berat ia tidak menghalang penonton daripada mengikutinya pada saban episod Sinopsis pendek 10 orang individu yang meng...
A Piece Of Your Mind Labuh Tirai Dengan Rating Serendah 1 2 Penonton Salahkan Plot Pelakon Utama

A Piece Of Your Mind Labuh Tirai Dengan Rating Serendah 1 2 Penonton Salahkan Plot Pelakon Utama

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 323 hits
Drama lakonan Chae Soo bin dan Jung Hae in iaitu A Piece Of Your Mind yang ke udara di bawah saluran tvN kini telah tamat selepas menerima respons negatif daripada penontotn sejak daripada awal tayangan lagi Kesudahan A Piece Of Your Mind A...
Selepas Runsingkan Penonton Dengan Pelbagai Plot Twist 365 Repeat The Year Tamat Dengan Ending Bahagia

Selepas Runsingkan Penonton Dengan Pelbagai Plot Twist 365 Repeat The Year Tamat Dengan Ending Bahagia

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 200 hits
Selepas berminggu minggu bermain dengan perasaan penonton sehingga membuatkan ramai yang tidak dapat tidur lena drama 365 Repeat The Year yang ditayangkan menerusi saluran MBC kini telah melabuhkan tirainya Sinopsis pendek 10 orang individu...
Hampiri Rating 30 Drama Hujung Minggu Once Again Lakonan Lee Minjung Jadi Kegilaan Ramai Penonton

Hampiri Rating 30 Drama Hujung Minggu Once Again Lakonan Lee Minjung Jadi Kegilaan Ramai Penonton

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 614 hits
Siapa yang biasa tonton drama Korea hujung minggu pasti tahu bahawa panjang episodnya boleh mencecah sehingga ke angka 100 Pun begitu rating untuk drama sebegini sangatlah tinggi kerana ianya ditonton oleh golongan umur pertengahan dan mere...
Sering Jadi Teraju Utama Meskipun Kayu 10 Pelakon K Drama Selalu Dapat Kritikan Penonton

Sering Jadi Teraju Utama Meskipun Kayu 10 Pelakon K Drama Selalu Dapat Kritikan Penonton

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 349 hits
Kemantapan drama Korea memang tidak dapat disangkal lagi Plot cerita yang hebat selain sinematografi yang memukau ternyata menjadi elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu naskhah itu Tapi tak dapat dinafikan bahawa pelakon juga merupak...
Macam Goblin 2 Penonton Kritik Lakonan Lee Minho Serta Kim Goeun Plot Longgar The King Eternal Monarch

Macam Goblin 2 Penonton Kritik Lakonan Lee Minho Serta Kim Goeun Plot Longgar The King Eternal Monarch

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 433 hits
Walaupun dua episod baru ditayangkan drama The King Eternal Monarch telah berjaya mencipta fenomena dalam kalangan peminat drama Mungkin kerana ini adalah drama pertama yang diterajui oleh pelakon Lee Min ho selepas tamat latihan khidmat ke...
Eur Usd 14 April Pergerakan Menaik Tidak Dapat Mengekalkan Kedudukan Mereka Pergerakan Menurun Mengancam Akan Terus

Eur Usd 14 April Pergerakan Menaik Tidak Dapat Mengekalkan Kedudukan Mereka Pergerakan Menurun Mengancam Akan Terus

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 224 hits
EUR USD 1H Selamat sejahtera pedagang Pasangan euro dolar terus berdagang di atas garis aliran menaik Oleh itu keadaan kebanyakan pedagang masih dicirikan sebagai menaik Semalam harga pasangan membuat dua percubaan untuk ditutup di bawah ga...
Pemandu Toyota Harrier Sambung Loan Serah Diri Terus Direman 4 Hari

Pemandu Toyota Harrier Sambung Loan Serah Diri Terus Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 626 hits
Pemandu Toyota Harrier sambung loan serah diri terus direman 4 hariPemandu Toyota Harrier sambung loan yang memukul pemandu Perodua Kancil sehingga viral di media sosial tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas pada jam 11...
Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 608 hits
Ingkar PKP fasa 3 Boleh terus ke mahkamahSusulan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 yang bermula esok rakyat yang didapati ingkar pada arahan tersebut akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah Individu ingkar PKP akan dituduh di mahkam...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Agar Agar Pandan Santan Segera

Siri Vivo V30 Adalah Hadiah Yang Sempurna Untuk Hari Ibu

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment