Sering Jadi Teraju Utama Meskipun Kayu 10 Pelakon K Drama Selalu Dapat Kritikan Penonton


Kemantapan drama Korea memang tidak dapat disangkal lagi! Plot cerita yang hebat selain sinematografi yang memukau ternyata menjadi elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu naskhah itu. Tapi tak dapat dinafikan bahawa pelakon juga merupakan senjata penting untuk menghidupkan karakter sejurusnya menggerakkan drama itu dari satu babak ke babak yang lain.
Walaupun mempunyai lambakan pelakon yang bagus dan versatil, masih ramai lagi pelakon Korea yang menerima kritikan penonton dek kelemahan lakonan yang ditonjolkan. Sampaikan ada yang mempersoalkan kenapa mereka semua ini masih mendapat tawaran watak utama walhal berlakon kayu?
Di sini terdapat senarai pelakon yang sering menerima komen negatif daripada penonton K-Drama.
Park ShinHye Rasanya ramai yang mula kenali wanita ini dalam drama “You’re Beautiful” pada tahun 2009 dan kemudian namanya kian meletup di persada antarabangsa selepas membintangi “The Heirs”. Pun begitu, lakonannya kekal sama walaupun sudah bertahun-tahun menggalas tanggungjawab sebagai anak seni.
Antara kelemahan Park ShinHye yang sering dikritik penonton ialah mata bulatnya yang asyik terbeliak tak kira babak dengan adegan ciumannya dengan pelakon lelaki yang nampak kaku.

Bae Suzy Dek kerana mukanya yang cantik, Suzy yang bermula sebagai idola dengan kumpulan Miss A telah berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem “Architecture 101”. Walaupun menerima gelaran sebagai ‘cinta pertama rakyat Korea’ selepas itu, wanita ini gagal untuk membuktikan bakat lakonannya dalam beberapa drama selepas itu.
Suzy dikritik tidak pandai menonjolkan emosinya sehingga penonton sukar untuk menjiwai drama yang diterajuinya. Malahan babak dia menangis dan mabuk juga sering digunakan contoh oleh netizen bagi membuktikan bahawa dia bukanlah pelakon yang baik.

Lee SungKyung Lee SungKyung sebenarnya memulakan karier seninya sebagai seorang model dek badannya yang tinggi lampai selain mempunyai wajah yang unik. Walaubagaimanapun, rezeki datang bergolek apabila dia ditawarkan watak kecil sebagai teman wanita kepada watak Lee KwangSoo dalam drama “It’s Okay That’s Love”.
Namun begitu, lakonannya dalam drama seperti “Cheese In The Trap”, “The Doctors”, malahan dalam drama yang paling terbaru iaitu “Dr. Romantic 2” juga menerima hencapan netizen kerana kualiti lakonan yang boleh dipersoalkan. Antara kritikannya ialah lontaran suara dan ekspresi wajah (mata membulat dan mulat muncung) yang sama sahaja seperti dalam drama “Weighlifting Fairy Kim BokJoo”.

Lee YeonHee Mula berlakon sejak daripada kecil tidak menjaminkan kemajuan dalam mutu lakonan seseorang itu, samalah seperti pelakon Lee YeonHee. Sudah hampir 20 tahun berlakon, setiap daripada drama lakonannya pasti akan menerima kritikan penonton. Satu-satunya drama yang menerima pujian ramai ialah “Miss Korea” yang ditayangkan pada tahun 2013.
Pun begitu, drama yang dilakonkan oleh wanita ini kemudiannya kembali menerima selaan penonton. Malahan drama “The Game: Towards Zero” yang baru sahaja tamat tayangan pada bulan lepas juga mendapat komen negatif dek kerana lakonan Lee Yeonhee sebagai pegawai polis adalah sangat kayu.

Jin SeYeon Antara pelakon yang tak pernah terlepas daripada menerima kritikan ramai akibat lakonannya yang tak meyakinkan langsung. Sejak daripada awal karier seninya lagi, penonton acap kali menunding jari dan mempersoalkan kenapa wanita ini asyik mendapat tawaran sebagai teraju utama meskipun mempunyai bakat lakonan yang lemah.
Penonton mengatakan bahawa Jin SeYeon sering memainkan watak yang terlampau berat berbanding dengan kemampuannya seperti dalam drama “Bridal Mask”, “Five Fingers”, “Dr. Stranger” dan “The Flower in Prison”. Mulutnya yang susah dibuka selain seperti mengumpul air liur membuatkan penonton susah untuk menghayati karakter yang dilakonkannya.

Gu HyeSun Rasanya Gu Hyesun sepertinya dah bawa watak Geum JanDi dalam drama “Boys Over Flower” sejak daripada tahun 2009 sampailah sekarang. Tiada perbezaan langsung di antara watak yang di bawa olehnya walaupun dalam drama yang berlainan.
Antara kritikan biasa yang dilontarkan kepada pelakon wanita ini ialah sebutan dialognya yang tidak jelas selain ekspresi wajah yang tidak sesuai dengan babak berkenaan. Jaranglah dengar lakonan Gu HyeSun menerima pujian ramai.

Song SeungHeon Mula mencipta nama sejak drama “Autumn In My Heart”, lakonan Song SeungHeon langsung tak tunjukkan kemajuan meskipun dah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri lakonan Korea. Pun begitu, ramai yang cuba menonton drama lakonannya kerana wajahnya yang kacak dan badan yang sasa.
Pun begitu, rupa tampannya itu tidak menutup mata netizen untuk melihat mutu lakonannya yang sederhana. Kritikan yang sering diterima oleh lelaki ini ialah mukanya yang nampak seperti dipaksa untuk melakukan ekspresi tersebut terutama sekali apabila sedang marah atau pun ketika menangis.

Nam JooHyuk Juga merupakan pelakon yang bermula sebagai seorang model pada asalnya. Tak kiralah berapa banyak pun drama yang sudah diterajui oleh Nam JooHyuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lelaki tersebut masih tersangkut pada tahap lakonan yang sama,
Meskipun mula mencipta nama menerusi drama popular “Weightlifting Fairy Kim BokJoo”, tetapi dia berjaya memusnahkan jangkaan ramai apabila terus menonjolkan mutu lakonan yang teruk dalam drama “Bride Of The Water God”.

Ahn JaeHyun Nampaknya, ramai pelakon yang asalnya model tidak menerima respons yang baik daripada penonton mengenai lakonan mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Ahn Jaehyun yang berterusan menerima kritikan daripada satu naskhah ke naskhah yang lain.
Bukan sahaja Gu HyeSun malahan lelaki ini juga menerima cacian ramai menerusi lakonan ‘kayunya’ dalam drama “Blood” yang ditayangkan pada tahun 2015. Pun begitu, sehingga ke dramanya yang paling terbaru iaitu “People With Flaws” turut menerima kritikan ramai membuktikan bahawa bakat lakonannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan langsung.

Shin SeKyung Wanita ini juga merupakan antara pelakon yang acap kali menerima komen negatif dek kerana lakonannya yang tidak meyakinkan langsung. Walaupun dah bertahun berlakon, Shin SeKyung tidak mampu menunjukkan riak muka yang berlainan bagi setiap emosi, bagaikan otot mukanya keras kejung.
Drama seperti “The Girl Who Can See Smell”, “Bride Of The Water God”, “Rookie Historian Goo Haeryung” nyata membuktikan bahawa mutu lakonannya kekal sama sahaja meskipun tahun terus berganti.

Rata-rata penonton terutamanya netizen Korea kesal kerana ada antara pelakon ini yang menggunakan kesempatan tawaran lakonan untuk berlatih berlakon walhal mereka seharusnya menggunakan masa terluang untuk memperbaiki kelemahan diri.
Ini hanyalah pendapat daripada netizen Korea, jadi jangan terasa kalau ada pelakon kegemaran anda di dalam ini!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/sering-jadi-teraju-utama-meskipun-kayu-10-pelakon-k-drama-selalu-dapat-kritikan-penonton/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meskipun Rating Sederhana Penonton Puji Plot Cerita Drama Misteri 365 Repeat The Year Yang Mendebarkan

Meskipun Rating Sederhana Penonton Puji Plot Cerita Drama Misteri 365 Repeat The Year Yang Mendebarkan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 290 hits
Tak sangka drama misteri 365 Repeat The Year mendapat sambutan yang hangat daripada peminat K Drama Meskipun plotnya yang berat ia tidak menghalang penonton daripada mengikutinya pada saban episod Sinopsis pendek 10 orang individu yang meng...
Dek Kontroversi Pengambilan Pelakon Kbs Batal Produksi Drama School 2020

Dek Kontroversi Pengambilan Pelakon Kbs Batal Produksi Drama School 2020

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 397 hits
Pasti peminat K Drama yang mengikuti siri drama School mengetahui bahawa mereka sudah mempunyai beberapa rangkaian naskhah di bawahnya Bermula daripada tahun 1999 School kini sudah pun memasuki siri ke 8 dan dikatakan drama terbaru itu akan...
10 K Drama Yang Menjadi Carian Popular Penonton Kini

10 K Drama Yang Menjadi Carian Popular Penonton Kini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 242 hits
Fuh Penat betul nak marathon drama drama Korea yang tengah meletup sekarang ini Terlampau banyak sangat pilihan dan genre yang pelbagai menyebabkan penonton tak tahu nak tengok yang mana dahulu Untuk menyedapkan hati anda bukan sahaja penon...
Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea

Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 431 hits
Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Adellea Sofea yang bersiaran mulai 6 Disember ini di slot Akasia TV3 Bakal menampilkan lakonan seperti Mira Filzah Ungku Ismail Aziz Bella Dally Fizo Omar dan ramai...
Pelakon Drama Keluarga Iskandar Terperangkap Di Selangor Mansion

Pelakon Drama Keluarga Iskandar Terperangkap Di Selangor Mansion

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 652 hits
Pelakon drama Keluarga Iskandar Mohd Sobri Anuar Tarmizi dilaporkan terperangkap di Selangor Mansion salah satu bangunan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan oleh kerajaan semalam Menurut laporan dari Harian Metro pel...
Tamat Dengan Kesudahan Sedih Penonton Marah Penulis Skrip Drama Hi Bye Mama

Tamat Dengan Kesudahan Sedih Penonton Marah Penulis Skrip Drama Hi Bye Mama

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 312 hits
Setelah 16 episod membuatkan penonton menangis tak berhenti akhirnya drama Hi Bye Mama telah pun melabuhkan tirainya Tak sangka Kim Tae hee membuat pemilihan drama yang betul sebagai naskhah kemunculan pertamanya selepas 5 tahun tidak aktif...
Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 292 hits
Pasti ramai sekarang ini yang melekat di hadapan televisyen setiap hari Khamis bagi menonton drama perubatan Hospital Playlist Penat betul nak tunggu setiap minggu dahlah tayang satu episod sahaja saban minggu Meskipun drama ini menjadi per...
Sudah Separuh Jalan Tapi Rating Kekal Pada Paras 2 Penonton Puji Ketenangan Drama When The Weather Is Fine

Sudah Separuh Jalan Tapi Rating Kekal Pada Paras 2 Penonton Puji Ketenangan Drama When The Weather Is Fine

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 314 hits
Semasa drama When The Weather Is Fine mula diuar uarkan kepada penonton K Drama ramai yang meluahkan rasa teruja kerana tak sabar mahu menonton gandingan dua pelakon terkenal iaitu Park Minyoung dan Seo Kangjoon Tambahan pula ia membawa gen...
Drama Cinta Kalut

Drama Cinta Kalut

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1519 hits
Nantikan drama bersiri Cinta Kalut arahan Amie Maziah di saluran RTM Dibarisi pelakon seperti Isyariana Noorkhiriah Nazeera Sardi Aprena Manrose Syazwan Zulkifli dan ramai lagi Drama terbitan Pencil Pictures Production JUDUL CINTA KALUTEPIS...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm