Macam Goblin 2 Penonton Kritik Lakonan Lee Minho Serta Kim Goeun Plot Longgar The King Eternal Monarch
Walaupun dua episod baru ditayangkan, drama “The King: Eternal Monarch” telah berjaya mencipta fenomena dalam kalangan peminat drama. Mungkin kerana ini adalah drama pertama yang diterajui oleh pelakon Lee Min-ho selepas tamat latihan khidmat ketenteraan atau pun dek plot fantasinya yang membuai perasaan.
Terima sambutan baik
Drama ini mengisahkan tentang dua dunia selari di mana Korea dengan Perlembagaan Diraja dan Korea zaman sekarang. Raja Lee Gon berusaha melawan anasir jahat dan cuba untuk menutup gerbang di antara dua dunia tersebut manakala detektif Jung Tae-eul bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa orang ramai.
Menurut Nielsen Korea, episod perdana drama “The King: Eternal Monarch” dengan mudah meraih purata rating 10.1% dan 11.4%. Secara tak langsung mencipta sejarah di saluran SBS sebagai drama dengan rating tertinggi untuk episod pertamanya bagi slot Jumaat-Sabtu. Manakala untuk episod keduanya, rating drama fantasi ini telah melihat sedikit peningkatan apabila purata catatannya ialah 8.4% dan 11.6%.
Penonton kritik plot longgar dan pelakon tidak sesuai
Meskipun meraih rating yang boleh tahan hebat tetapi rata-rata penonton sepertinya tidak berpuas hari dengan jalan cerita drama ini selain ada juga yang menyelar pelakon utamanya tidak sesuai untuk membawakan watak yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Penulis drama ini membina karakter wanita sebagai seorang yang tidak cekap. Daripada luar, kelihatan seperti dia adalah seorang wanita yang sangat hebat kerana jawatannya sebagai Perdana Menteri tetapi kerjanya hanyalah cemburu terhadap orang lain…
Ia membuatkan anda teringat pada ‘Goblin’ kerana genre fantasinya dan kerana Kim Go-eun muncul lagi, anda mula jadi bosan dengannya.. Woo Do-hwan, Lee Jung-jin dan pelakon sampingan lain seperti tidak padan dengan watak dukungan mereka. Secara keseluruhan, drama ini agak longgar namun saya perlu menonton lagi untuk menilainya…
Nampak seperti Lee Min-ho sedang melakonkan ‘Goblin 2’.. Sampaikan isterinya pun sudah disediakan (seperti ‘Goblin’)… Lee Min-ho dah jadi seperti Goblin tiruan… ruginya…
Lakonan Lee Min-ho adalah sedikit…
Ia tak boring tetapi adalah sedikit rawak apabila Lee Min-ho tiba-tiba sukakan Kim Go-eun sampai begitu sekali. Saya faham bahawa dia adalah penyelamat hidupnya dan dia berasa terhutang budi tetapi saya tak mengerti kenapa dia sukakan dia sampai mahu tinggal di dunia tersebut dan jadikan wanita itu sebagai permaisurinya..
Wahai penulis, adakah tugas sebenar seorang Perdana Menteri adalah obses terhadap seorang lelaki…?
Selain itu juga, ramai penonton yang berterusan mengungkit kisah Jung Eun-chae yang pernah bercinta dengan suami orang pada 10 tahun yang lalu. Lantas membuatkan mereka jelek melihatnya berlakon dalam drama “The King: Eternal Monarch” ini.
Apa pula pendapat anda?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/selepas-2-episod-penonton-kritik-lakonan-lee-minho-serta-kim-goeun-plot-longgar-the-king-eternal-monarch/