Meskipun Rating Sederhana Penonton Puji Plot Cerita Drama Misteri 365 Repeat The Year Yang Mendebarkan
Tak sangka drama misteri “365: Repeat The Year” mendapat sambutan yang hangat daripada peminat K-Drama. Meskipun plotnya yang berat, ia tidak menghalang penonton daripada mengikutinya pada saban episod.
Sinopsis pendek
10 orang individu yang mengimpikan kehidupan sempurna telah diberi peluang untuk kembali semula ke setahun yang lepas. Mereka dibenarkan untuk mengubah takdir kehidupan mereka pada ketika itu tetapi satu perkara misteri telah berlaku dan menggugat nyawa setiap daripada individu tersebut.
Ji HyungJoo (Lee JoonHyuk) merupakan seorang detektif veteran manakala Shin GaHyun (Nam JiHyun) adalah seorang penulis komik mengalami masalah yang memusnahkan kehidupan mereka. Di saat genting tersebut, keduanya telah mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau namun mereka mula sedar setiap orang yang pulang ke setahun yang lepas tanpa sengaja telah terlibat dalam sebuah kes misteri.
Plot twist yang mendebarkan
Sudah memasuki episod ke-8, “365: Repeat The Year” telah pun membuatkan penonton tak senang duduk banyak kali dengan plot twistnya yang tidak tercapai dek akal langsung. Sepertinya kesemua 10 orang yang menyertai misi pulang kembali ke masa lampau ini adalah sebenarnya suatu permainan survival. Walaupun dijanjikan untuk mengubah masa depan mereka, tetapi beberapa daripada mereka sudah pun menjadi korban sehingga membuatkan GaHyun dan HyungJoo menjadi hairan dengan kejadian ini.
Shin yang merupakan pencetus kepada kejadian ini juga nampaknya mempunyai muslihat semasa mengaturkan pertemuan bersama dengan 10 orang yang terpilih ini. Meskipun kesemua daripada mereka yang masih selamat hidup tanpa gangguan selama beberapa bulan, tetapi kemunculan Shin secara tiba-tiba nyata memberi kejutan. Bahkan lebih mengelirukan apabila wanita itu menyatakan bahawa kesemua mereka sebenarnya sudah mati sebelum diberikan peluang untuk kembali ke setahun yang lepas. Apa?
Penonton puji plotnya yang menyeronokkan
Rata-rata penonton memang tak sabar menanti episod terbaru drama ini pada saban minggu. Jalan ceritanya yang mendebarkan dan penuh tanda tanya membuatkan semua orang tak mahu terlepas walaupun satu episod terbaru “365: Repeat The Year”.
Drama ini sukar untuk difahami tapi sangat menyeronokkan.
Semua orang tolonglah tonton ‘365’.. ia sangat menyeronokkan!
Walaupun ratingnya tak berapa tinggi tetapi kalau nak tengok daripada plotnya, ianya sudah patut melebihi 10%. Sangat sedih…
Nam JiHyun sangat pandai berlakon. Cantik!
Siapakan penjenayah sebenar? Nak tahu sangat rahsia Lee Shin.
Sangat menyeronokkan.. Ending untuk tiap episod adalah sangat mendebarkan!
Walaupun ratingnya hanyalah dalam lingkungan 4% ke 5% tetapi para penonton membanjiri jalan cerita “365: Repeat The Year” yang memukau selain lakonan mantap yag ditonjolkan oleh para teraju utamanya.
Saksikan “365: Repeat The Year” pada hari Isnin dan Selasa di saluran MBC!
Sumber: Herald POP
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/meskipun-rating-sederhana-penonton-puji-plot-cerita-drama-misteri-365-repeat-the-year-yang-mendebarkan/