10 Menu Untuk Hari Jadi Gerenti Sedap Ilham Fim


Food Institute of Malaysia (FIM) adalah pusat pengajian seni kulinari dan bakeri di Petaling Jaya ini tersohor dan banyak melahirkan tenaga Chef yang berjaya dalam industri makanan dan perhotelan. Di sini barisan pensyarahnya telah menyediakan 10 menu untuk meraikan Hari Jadi. Super lembut, gebu dan sedapnya.
Tapi ingat sambutan Hari Jadi buat di rumah aje bersama famili, pasti anak-anak suka. Yang bestnya menu Hari Jadi ini juga boleh dijadikan idea untuk berniaga makanan.
Jom semak menu yang disediakan Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Hazim dan Chef Idris
1. ECLAIRE (CHOUX PASTE)


BAHAN-BAHAN :
A. Bahan choux pastri :
125 ml air atau susu cair63gm mentega1/4 sudu teh garam1/2 sudu teh gula44gm tepung roti50gm tepung kek157gm telurBahan inti krim:
250ml krim putar (topping)1 sudu teh strawberi emulco atau cappucino | ikut kesukaanCARA MEMASAK :
1. Satukan air, mentega, garam dan gula ke dalam kuali.
2. Didihkannya, campuran kena dibiarkan mendidih supaya mentega tidak pecah dan terampai di permukaannya.
3. Padamkan api dan masukkan kesemua tepung, dan kacau cepat-cepat.
4. Nyalakan kembali api sederhana dan kacau berterusan hingga membentuk bebola doh dan melekang dari tepi dinding kuali.
5. Alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sedikit.
6. Alihkan doh ke dalam mangkuk adunan, pukul dengan kelajuan perlahan hingga doh suam dan tetapi terlalu panas untuk disentuh.
7. Dengan kelajuan sederhana pukul telur, tuang sedikit demi sedikitt.
8. Tunggu ia sebati sebelum ditambah, biarkan ia meresap sepenuhnya. Bila telur dah meresap pes sudah sedia.
9. Masukkan pes ke dalam beg piping bermuncung di hujung dan paipkan pes di atas dulang pembakar yang dialas kertas parchment.
10.Paipkan pes menjadi jaluran 2sm lebar dan 8sm panjang.
11. Bakar dalam suhu 125 C selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu ke 190 C dan biarkan dibakar hingga eclair nampak masak dan tidak lembab.
12. Ambil topping krim dan kacau hingga ia bertanduk dan masukkan pes cappucino atau pes strawberi, pukul hingga sebati.
13. Lubangkan dihujung dan isikan dengan krim, dan boleh juga dihiaskan atas permukaannya.
INFO CHEF : Doh harus dalam keadaan tidak terlalu panas, suam kuku supaya telur tidak masak bila dimasukkan dalam adunan. Hidangan untuk 5 keping.
2. FRUIT TARTLET


BAHAN-BAHAN:
Bahan kulit tart (pastri rapuh) :
187gm tepung kek125gm mentega sejuk dipotong kiub1/8 sudu teh garam2-3 sudu besar air sejuk | dinginBahan krim pastri :
250ml susu cair32gm gula (1)1 biji kuning telur1 biji telur19gm tepung jagung32gm gula (2)15gm mentega1/2 sudu teh esen vanilaBahan inti :
300gm kulit tart | sudah dibahagikan ikut saiz acuan tart150gm krim pastri1 biji buah kiwi| dipotong kecil4 biji buah strawberi | dipotong kecil1 biji buah pic | dibelah dua20gm aprikot glaze | mengilatkan permukaan3 sudu besar air panasCARA MEMASAK :
Cara memasak kulit tart (pastri rapuh):
1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer).
2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan
3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh.
4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit.
5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh.
6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam.
7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart.
8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan.
9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti.
10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit.
11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keemasan.
Cara memasak krim pastri :
1. Di dalam kuali larutkan gula ke dalam susu dan biar mendidih. Alihkan daripada api.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul kuning telur dan telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan gula (2) ke dalam campuran telur.
4. Masukkan campuran telur ke dalam larutan susu panas tadi, dan pukul perlahan.
5. Campuran adunan tadi dimasak hingga mendidih, dikacau sekali sekala.
6. Apabila adunan mendidih dan pekat , alihkan daripada api
7. Masukkan mentega dan esen vanilla dan kacau hingga mentega cair
8. Biarkan sejuk,diketepikan dan digunakan sebagai ramuan inti nanti.
Cara memasak inti :
1. Sediakan kulit tarlet ( tart shell). Biarkan ia sejuk.
2. Paipkan krim pastri ke dalam shell dan hiaskan dengan buah-buhan yang sudah dipotong.
3. Di dalam kuali masukkan aprikot glaze dan air panas. Masak atas api perlahan hingga campuran larut.
4. Guna berus pastri, dan sapukan glaze di permukaan tart
INFO CHEF : Sebelum mencanai doh pastikan ia sudah direhatkan 20 minit dalam peti sejuk untuk mengelakkan doh mengecut .
3. BROWNIES


BAHAN-BAHAN:
100gm mentega100gm gula kastor60gm gula perang2 biji telur40gm coklat gelap | dicincang halus100gm tepung kek40gm serbuk kokoSecubit garam90gm coklat gelap | dipotong kiub30gm walnut | dicincangCARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan masukkan mentega, gula kastor dan gula perang. Masak dengan api sederhana dan kacau hingga mentega cair dan menjadi berkilat.
2. Biarkan campuran mentega menjadi suam kuku. Kemudian baru masukkan telur. Kacau hingga sebati jangan dipukul telur kerana ia boleh menyebabkan adunannya mengembang dan rapuh.
3. Masukkan coklat yang dicincang kacau hingga coklat cair.
4. Ayak tepung kek, serbuk koko dan garam bersama. Lipat kaup tepung ke dalam campuran coklat tadi.
5. Masukkan coklat gelap (kiub) dan walnut dan kacau hingga sebati.
6. Griskan tin pembakar (empat segi 6 in) atau alaskan dengan kertas parchment.
7. Tuangkan adunan di dalam tin pembakar dan bakar dalam suhu 180 C selama 15-20 minit.
INFO CHEF : Cairkan mentega bersama gula hingga mentega cair dan berkilat. Usah masak gula hingga terlalu larut. Mentega yang berkilat akan menghasilkan kesan kilat dan lapisan rapuh pada brownies.
4. CHICKEN SLIDERS (ALA BURGER)


BAHAN-BAHAN :
Bahan tomato salsa :
2 biji tomato | dibuang biji dan dadu20gm daun bawang| dihiris2 ulas bawang putih | dicincang20gm daun ketumbar | dihiris halus20gm jalapenos | dicincang halus25ml jus lemonSedikit serbuk jintan putihGaram secukup rasaSerbuk lada hitam secukup rasaBahan (patty) kepingan daging :
30gm bawang besar | dicincang halus30gm daun saderi | dicincang halus30gm lobak merah | dicincang halus50ml minyak masak200gm ayam kisarGaram secukup rasaLada sulah secukup rasa1 biji putih telur20gm serbuk roti (breadcrumbs)Bahan melengkapi chicken sliders :
30gm kepingan ayam chicken sliders (patty)Kepingan bun roti secukupnya30gm mentega50ml mayonis200gm daun lettuceTomato salsa secukupnyaCARA MEMASAK:
Cara memasak tomato salsa :
1. Satukan kesemua ramuan dan gaulkan.Dan masukkan dalam peti sejuk.
INFO CHEF : Bahan yang segar akan menyebabkan ia tahan lama dan penampilan chicken slider yang menarik.
Cara memasak kepingan Chicken Sliders Patty :
1. Masukkan bawang besar, saderi dan lobak merah di dalam minyak, tumis hingga lembut, biarkan sejuk.
2. Satukan bawang besar,saderi, lobak merah, ayam kisar, putih telur, dan serbuk roti dalam mangkuk. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Gaulkan agar bercampur rata.
3. Bahagikan adunan kepada 65gm, bentukkan dalam kepingan (patty) yang tebal.
INFO CHEF : Cuba gril dulu dalam satu sudu besar adunan patty untuk memastikan keenakan rasanya
Cara penyediaan Chicken Sliders:
1. Mula-mula gril patty sliders sehingga masak.
2, Sementara itu, sediakan roti dan sapukan dengan mentega di atas permukaan kedua dua belah roti dan diikuti dengan mayonis
3. Kemudian letakkan daun lettuce dan tomato salsa di satu bahagian.
4. Bila kepingan patty ayam sudah masak, letakkannya dan tutup dengan roti sebelah lagi.
5. Sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Elakkan daripada mencucuk kepingan ayam masa memasak agar ia lebih berjus.
5. SPICY CHICKEN FINGERS WITH CITRUS SAUCE


BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk jejari ayam :
100gm tepung gandum2 biji telur50gm serbuk roti (breadcrumbs)100gm fillet (isi) ikan dory – potong jejariGaram secukup rasaLada sulah secukup rasaSerbuk paprika secukup rasaSerbuk cajun secukup rasa20ml minyak masak untuk menggorengBahan sos citrus :
35ml jus oren35ml jus anggur35ml jus epalGula secukup rasaSedikit perahan jus lemonCARA MEMASAK :
Cara memasak jejari :
1. Masukkan tepung di dalam kuali, telur dipukul dalam mangkuk berasingan dan serbuk roti dalam kuali lain.
2. Perap dengan paprika dan cajun dan perasakan ikan dengan garam dan lada sulah.
3. Salutkan fillet ikan ke dalam tepung, telur dan akhir sekali serbuk roti. Tekan dan golekkan fillet atas serbuk roti.
4. Goreng fillet hingga perang keemasan.
5. Toskan dan hidangkan segera dengan sos citrus.
INFO CHEF: Untuk elakkan lembik masak dan makan segera ketika masih garing. Usah simpan lama.
Cara masak sos citrus :
1. Sediakan semua ramuan jus dan satukan dalam satu mangkuk.
2. Sediakan kuali dengan api perlahan dan tuangkan jus ke dalamnya. Kacau.
3. Masukkan gula secukupnya. Jumlah yang diperlukan bergantung kepada kemanisan jus, usah terlalu manis.
4. Masukkan sedikit jus lemon.
5. Jika sos terlalu cair, boleh renehkan dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
6. Boleh dihidang sejuk atau suam.
INFO CHEF : Selalu pastikan kepekatan kerana ia akan menjadi lebih pekat bila dibiarkan terus menerus di atas api.
6. EMPANADAS


BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung gandum2 sudu teh gula1 sudu teh serbuk penaik1 sudu teh garam1/2 cawan lemak sayuran (shortening)1 biji telur gred b3/4 cawan air pati ayam (sejukkan)Bahan inti empanadas :
2 sudu besar minyak zaitun250gm daging kisar1 kiub pati daging4 sudu besar pati tomato1 sudu teh serbuk cili250ml air1 sudu teh oregano kering1/2 ulas bawang putih | dicincang1/2 biji lada benggala hijau | dipotong dadu kecil1/2 biji lada benggala merah | dipotong kecil500ml minyak | untuk menggorengCARA MEMASAK :
Cara memasak kulit empanadas :
1. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam, gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan lemak sayuran pejal dan gaul dengan jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
3. Pukul telur bersama air pati ayam yang masih sejuk sehingga sebati.
4. Masukkan cecair tersebut ke dalam adunan tepung tadi secara perlahan sambal diuli sehingga tidak melekit selama 5-10 minit.
5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit (bolehlah sediakan inti pula)
INFO CHEF : Gunakan air yang masih sejuk untuk elakkan lemak sayuran cair. Elakkan menguli terlalu lama untuk membuat kulit empanadas yang lembut. Hidangan untuk empat orang.
Cara memasak inti empanadas :
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang merah, pati tomato, serbuk cili hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar Kacau hingga sebati.
2. Masukkan air bersama kiub pati daging.
3. Apabila air mula mengering masukkan lada benggala hijau dan merah, kacau sehingga kering dan daging masak
INFO CHEF : Pastikan inti kering untuk elakkan doh kulit menjadi lembik jika kandungan air tinggi.
Cara penyediaan (gabungan adunan doh empanadas dan inti)
1. Keluarkan aduan yang direhatkan di dalam peti untuk diuli.
2. Tabur tepung di atas permukaan meja untuk elakkan doh melekat di meja.
3. Uli adunan sehingga nipis lalu ditekan dengan menggunakan pemotong bulat atau cawan kopi.
4. Letakkan inti tadi kemudian basahkan di hujung adunan dengan menggunakan putih telur untuk memastikan empanadas melekat.
5. Tekan dengan menggunakan garpu agar ia melekat lebih kuat. Sedia untuk digoreng
6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng sehingga kuning keemasan
INFO CHEF : Untuk lebih nampak menarik, masukkan lemak sayuran (shortening) ke dalam minyak sebelum digoreng
7. CHEESE RISOTTO BALLS


BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras arborio3 cawan air pati ayam1 sudu kecil garam1 sudu besar minyak zaitun1/2 biji bawang besar | dicincang1/2 cawan keju parmesan250gm keju mozarella | dipotong dadu2 biji telur2 cawan serbuk roti1 cawan tepung gandumMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Tumis bawang bersama minyak zaitun sehingga kekuningan.
2. Masukkan beras arborio dan digaul selama 2 minit.
3. Kemudian, masukkan air pati ayam bersama keju parmesan chese dan dikacau perlahan sehingga kering dan masak.
4. Bulatkan beras di atas tapak tengan lalu dileperkan untuk meletakkan mozzarella cheese ditengah.
5. Bulatkan kembali untuk dapatkan bentuk bebola.
6. Salutkan bebola tersebut dengan tepung kemudian telur dan akhirnya serbuk roti.
7. Bebola sedia digoreng sehingga kuning keemasan. Tos minyak dan hidangkan.
INFO CHEF : Basahkan tapak tangan dengan menggunakan air untuk mengelakkan beras melekat di tangan.
8. WILD MUSHROOM QUICHE


BAHAN-BAHAN :
Bahan pastri (kulit) quiche:
187gm tepung kek125gm mentega sejuk dipotong kiub1/8 sudu teh garam2-3 sudu besar air sejuk | dinginBahan inti:
55gm cendawan20gm bawang besar15gm bawang putih2 tangkai thyme segar5 biji tomato ceri250ml krim masakanMinyak masak secukupnyaGaram secukup rasaLada sulah secukup rasaCARA MEMASAK :
Cara memasak kulit tart (pastri rapuh):
1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer).
2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan
3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh.
4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit.
5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh.
6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam.
7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart.
8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan.
9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti.
10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit.
11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keema
Cara memasak inti quiche:
1. Tumis cendawan, bawang besar, bawang putih, tomato ceri dan thyme hingga naik bau.
2. Masukkan krim masakan dan biarkan mereneh selama 3 minit.
3. Biarkan campuran batter sejuk dan masukkan telur dan kacau.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah
INFO CHEF : Selain cendawan liar anda boleh juga guna cendawan butang atau cendawan shiitake
9. NASI PILAF CENDAWAN


BAHAN-BAHAN :
½ sudu besar minyak1 bawang holland | potong dadu2 ulas bawang putih (dicincang)6 cendawan besar (dicincang)4 cawan beras4 cawan airGaram dan lada (secukup rasa)CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cendawan. Masakkan cendawan sehingga layu.
2. Masukkan beras ke dalam periuk dan kacau kan bersama bahan yang ditumis tadi. Perisakan dengan garam. Biarkan masak selama 4 minit dengan api yang perlahan.
3. Tutupkan periuk dan biarkan nasi masak.
INFO CHEF : Elakkan menumis cendawan dengan kuantiti yang banyak sekaligus untuk mempercepatkan proses memasak.
10. NASI JAGUNG


BAHAN-BAHAN :
1 kg beras bhasmati3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2 sm halia1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga3 tangkai bunga cengkih1 cawan isi jagung1 cawan susu cair1 cili benggala merahGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Basuh beras bhasmati dan rendam selama 1 jam. Kemudian toskan air rendaman beras dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili benggala yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam.
5. Masukkan beras dan jagung.
6.Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa.
INFO CHEF : Setelah nasi masak, gunakan garfu untuk menggembur nasi supaya nasi dari beras basmati tidak patah.
RESIPI OLEH : Barisan pensyarah FOOD INSTITUTE of MALAYSIA dari Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Chef Hazim dan Chef Idris
Terima kasih : Chef Amir
WEB : fim.edu.my
FB : Food Institute Of Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/10-menu-untuk-hari-jadi-gerenti-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zalina Kongsi 5 Menu Popular Super Sedap Menu Laris Kafenya Zalynz Oven

Zalina Kongsi 5 Menu Popular Super Sedap Menu Laris Kafenya Zalynz Oven

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 374 hits
Sekiranya anda ke Seksyen 3 Shah Alam pasti mata tidak akan melihat kafe berwarna merah jambu Aroma semerbak bau bakeri dan pasteri yang dibakar segar di dapur kafe menjadi tarikan pelanggan ke sini Pemiliknya yang juga blogger dan pengajar...
Menu Autentik Di Rumah Ketupat Cafe Buat Korang Feeling Hari Raya

Menu Autentik Di Rumah Ketupat Cafe Buat Korang Feeling Hari Raya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 314 hits
Ingin menikmati Burasak Lepat Loi juga Asam Pedas Tebu Hitam Semuanya ada di Rumah Ketupat Cafe Menu lain juga ada dijual antaranya ketupat nasi ketupat palas rendang dan serunding Memang korang akan rasa macam hari raya kalau menjamu seler...
Nak Niaga Makanan Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan Jual Secara Cod

Nak Niaga Makanan Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan Jual Secara Cod

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 509 hits
Tengah fikir menu menu yang sedap dan mudah masak untuk diniagakan Tidak dinafikan jika anda nak berniaga salah satu produk yang pasti dicari pelanggan ialah makanan Kena dengan rasa serta harga pasti pelanggan akan repeat order Namun untuk...
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 546 hits
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Kita makin hampir ke penghujung PKP 2 0 adakah ianya akan disambung lagi Sama samalah kita nantikan keputusan dari yang berkuasa Kes nampaknya...
Bekalan Darah Di Hrpz Ii Cuma Mampu Bertahan 3 Hari

Bekalan Darah Di Hrpz Ii Cuma Mampu Bertahan 3 Hari

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 156 hits
Bekalan darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu kini berada dalam keadaan kritikal dan hanya mampu bertahan hingga tempoh tiga hari sahaja kata pengarahnya Dr Selasawati Ghazali Katanya keadaan itu berlaku berikutan HRPZ II...
Terkini Covid 19 Paling Tinggi Lepasi Angka 4k Kkm Maklumkan 4 029 Kes Baharu Hari Ini

Terkini Covid 19 Paling Tinggi Lepasi Angka 4k Kkm Maklumkan 4 029 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA 16 Jan Kes harian baharu COVID 19 kini sudah melepasi angka 4 000 apabila sebanyak 4 029 kes dilaporkan hari ini Kementerian Kesihatan menerusi laporan terkini memaklumkan jumlah kumulatif kes sudah meningkat ke 155 095 kes Dalam ...
Jadi Mufti Elok Elok Kau Nak Jadi Ahli Politik Lihat Macamana Mufti Utara Hari Hari Kena Lekeh Sila Jawab

Jadi Mufti Elok Elok Kau Nak Jadi Ahli Politik Lihat Macamana Mufti Utara Hari Hari Kena Lekeh Sila Jawab

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 188 hits
Bismillah SURAT TERBUKA KEPADA YB SENATOR DATUK DR ZULFIKRI MOHAMAD AL BAKRI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Assalamualaikum Wbth YB Senator Dato Dr1 Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Dato Dr terganggu dengan kehadir...
Dimanakah Anda Pada 10 Tahun Kemudian Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Dimanakah Anda Pada 10 Tahun Kemudian Cabaran 15 Hari Menulis Blog

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 177 hits
kredit Siinurul com Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim harap semua baik baik belaka Yang mana berada PKP di harapkan banyakkan bersabar sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memberi ketenangan kep...
Kematian Doktor Selepas 16 Hari Divaksin Sedang Disiasat

Kematian Doktor Selepas 16 Hari Divaksin Sedang Disiasat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 194 hits
MIAMI Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat kes seorang doktor di Florida yang meninggal dunia akibat gangguan darah yang sangat teruk selepas 16 hari menerima vaksin koronavirus Pfizer BioNTech
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven