Zalina Kongsi 5 Menu Popular Super Sedap Menu Laris Kafenya Zalynz Oven


Sekiranya anda ke Seksyen 3, Shah Alam pasti mata tidak akan melihat kafe berwarna merah jambu. Aroma semerbak bau bakeri dan pasteri yang dibakar segar di dapur kafe menjadi tarikan pelanggan ke sini.
Pemiliknya yang juga blogger dan pengajar kelas online bakeri dan pastri Zalina Zainal sudi berkongsi lima menu bakeri dan pasteri yang menjadi tarikan dan cukup laris di sini.
Jom kita semak resipi dari Zalynz Oven ini…
1. BOMBOLINI BISCOFF CREAMCHEESE


BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500gm tepung protein tinggi (tepung roti)100gm gula kastor100gm margerin atau mentega2 biji telur gred B (100gm)210ml air suam kuku | untuk uli tangan1 sudu teh @ 5gm garam halus2 sudu teh @ 10gm susu tepungg1 sudu teh bread improver1 paket yis kering (11gm)Bahan krim keju biscoff :
250gm krim keju120gm gula ising | yang telah diayak50gm Lotus Biscoff Spread200gm non dairy whipping creamSnow powder secukupnya (sejenis serbuk gula untuk menyalut bombolini)CARA MEMASAK :
Cara Penyediaan Doh :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh 40gram. Susun doh atas dulang pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
8. Tunggu doh cukup kembang. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga perang kedua-dua bahagian atas dan bawah Bombolini.
9. Toskan atas tisu dapur, Bila dah sejuk boleh salut bombolini dengan snow powder.
10. Paipkan dengan krim keju Biscoff Cream.
11. Hias dengan biskut Lotus Biscoff. Sedia untuk dihidang.
Cara penyediaan krim keju biscoff :
1. Pukul krim keju dan gula icing.
2. Masukkan biscoff spread dan pukul rata.
3. Dalam bekas berasingan pukul non dairy whipping cream hingga kental.
4. Campurkan keduanya dan kaup balik hingga kental
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM15
INFO CHEF : Pastikan bombolini usah kerap dibalikkan dalam kuali. Cukup 2 atau 3 kali sahaja.
2. ROTI CREAMCHEESE OREO


BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi (tepung roti)100gm gula kastor100gm margerin atau mentega2 biji telur gred B (100gm)210ml air suam kuku | untuk uli tangan1 sudu teh @ 5gm garam halus2 sudu teh @ 10gm susu tepungg1 sudu teh bread improver1 paket yis kering (11gm)Bahan krim keju :
250gm krim keju120gm gula ising | yang telah diayakCARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 50gram setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh 15 minit.
8. Gelek doh dan boleh masukkan doh dalam acuan roti saiz 15sm. Biar doh naik kembang ¾ cup. Tekan bahagian tengah doh dengan jari.
9. Sapu susu cair atas doh dan paipkan inti krim keju.
9. Tabur sekeliling atas doh dengan serbuk oreo, tunggu doh kembang paras acuan.
10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
11. Selepas bakar boleh dihias bahagian tengah roti dengan serbuk biskut Oreo.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM12
INFO CHEF : Satu adunan ini boleh dapat 20 biji roti.
3. KEK COKLAT LEMBAB


BAHAN-BAHAN :
Bahan kek coklat :
300gm tepung gandum400gm gula kastor1 sudu teh baking powder1 sudu teh soda bikarbonat100gm serbuk koko4 biji telur gred B250ml susu cair250ml minyak jagung250ml air panasBahan krim coklat ( sapuan dalam lapisan kek):
200gm coklat coin (zalina guna beryl's)200gm whipping cream UHT ( dairy, zalina guna Anchor)300gm whipping cream ( non dairy,zalina guna Value Pride)Bahan coklat ganache (topping) :
300gm coklat coin250gm whipping cream UHT ( dairy,Zalina guna Anchor atau Emborg)200gm whipping cream (non dairy)CARA MEMASAK :
Cara memasak kek coklat :
1. Ayakkan tepung, serbuk koko,baking powder dan bikabonat.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang pada kelajuan tinggi.
3. Perlahankan kelajuan. Masukkan minyak jagung.
4. Masukkan susu cair .
5. Berhentikan mixer. Kemudian masukkan tepung. Sambung pukul pada kelajuan perlahan.
6. Berhentikan mixer lagi sekali. Masukkan air panas. Kacau dulu guna spatula.
7. Kemudian baru pukul dengan mixer pada kelajuan perlahan.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
9. Kalau guna loyang, sapukan marjerin dan alaskan loyang dengan baking paper.
10. Kalau tuang pada acuan aluminium, hanya tuang separuh bekas.
11. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 – 35 minit (ikut adunan dan saiz loyang ) atau hingga masak.
12. Berat adunan lebih kurang 1680 gram.
Langkah menyediakan kek coklat dengan krim coklat:
1. Sediakan kek dan sediakan krim coklat
2. Lepa krim pada lapisan kek
3. Simpan dalam peti chiller lebih kurang satu jam
4. Sediakan coklat ganache, sejukkan sekejap
5. Curah coklat ganache atas kek.
Cara penyediaan krim coklat:
1. Masukkan coklat coin dan whipping cream UHT ke dalam bekas aluminium.
2. Panaskan secara double boiler sehingga coklat cair sepenuhnya, dikacau selalu.
3. Sejukkan sebentar.
4. Pukul whipping cream (non dairy) hingga kental.
5. Coklat ganache dan whipping cream digaul rata menggunakan spatula.
Cara penyediaan coklat ganache :
1. Masukkan coklat coin dan whipping cream (dairy) dalam bekas aluminium
2. Masukkan whipping cream yang sudah dipukul kental. Masukkan ke dalam bekas aluminium tadi
3. Panaskan secara double boiler hingga coklat cair sepenuhnya.
4. Sentiasa dikacau selalu, sejukkan sebentar sebelum dituang pada kek.
Masa penyediaan : 5 jam
Kos : RM30
INFO CHEF : Kek yang telah dilepa hendaklah disimpan dalam peti sejuk sehingga krim betul-betul keras sebelum dituang coklat ganache atas kek.
4. NUTELLA CHESSE TART
(Hidangan 75 biji)


BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tartlet :
500gm tepung gandum250gm mentega125gm gula icing50gm telur1 sudu teh esen vanilaBahan inti krim keju :
250gm cream cheese50gm gula icing (diayak)20gram daripada telur yang telah dikocok (atau boleh tambah sedikit sedikit mengikut kesesuaian)½ sudu teh esen vanillaCARA MEMASAK :
Cara penyediaan doh :
1. Masukkan tepung ke dalam bekas.
2. Ayakkan gula icing.
3. Masukkan mentega yang telah dipotong kecil.
4. Ramas semua bahan hingga menjadi serbuk roti.
5. Masukkan telur dan esen vanilla.
6. Uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat di tangan.
7. Bungkuskan doh dan simpan dalam peti sejuk minimum 2 jam atau seeloknya sehari semalam.
8. Bentukkan doh ke dalam acuan. Cucuk doh dengan garfu.
9. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah celcius atau hingga nampak keperangan.
Cara penyediaan krim keju(filling) :
1. Putar krim keju hingga tidak berketul dan licin.
2. Masukkan gula icing yang telah diayak. Pukul lagi hingga licin.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Kaup balik adunan. Angkat sptatula dan buat pengiraan 1 hingga 10. Kalau adunan masih agak pekat, kita masukkan sedikit sedikit baki telur tadi. Adunan krim keju harus tidak terlalu cair.
4. Masukkan Nutella ke dalam kulit tart.
5. Paipkan krim keju ke atasnya. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
6. Bila tart keju dah sejuk boleh paipkan Nutella atas tart keju dan boleh dihias dengan cip coklat.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM15
INFO CHEF : Kulit tart boleh dibuat awal dan disimpan di dalam balang kedap udara.
5. ECLAIRS
(ANGGARAN 25 BIJI)


BAHAN-BAHAN
Bahan doh :
275ml air100gm mentega1/2 sudu teh gula1/4 sudu teh garam halus150gm tepung gandum225gm telur gred B (ditimbang)Bahan inti (filling) :
40gm kastad segera100ml air sejuk300gm Whipping Cream ( Zalina guna Value Pride)CARA MEMASAK :
1. Panaskan air, mentega, gula dan garam dalam periuk hingga mendidih.
2. Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga doh tak melekat kat periuk lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan terus doh ke dalam mixer. Pasang mixer pada kelajuan sederhana. Biarkan sehingga adunan sejuk sedikit.
4. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga adunan nampak licin.
5. Hidupkan oven dan panaskan selama 15 minit. Set suhu 200 darjah celcius.
6. Alas dulang dengan parchment paper(warna putih,kalau baking paper warna hitam creampuff akan melekat lepas bakar)
Boleh juga sapu margerin pada dulang kalau tak nak guna baking paper.
7. Masukkan nozzle dalam plastic kon.
8. Masukkan adunan dan paipkan.
9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 – 20 minit kemudian turunkan suhu pada 180 darjah celcius dan bakar lagi selama 5 minit atau hingga nampak garing.
10. Jangan buka oven selagi belum cukup 25 minit. Kalau masak tak rata, selepas turunkan suhu 5 minit, boleh buka oven dan pusingkan tray dan sambung bakar lagi 3 atau 4 minit atau sehingga cukup perang.
Cara memasak filling :
1. Pukul whipping cream hingga kental menggunakan mixer.
2. Bancuh instand custard dan air sejuk.
3. Bila whipping cream dah kental, masukkan bancuhan instant custad dan digaul/kaup balik menggunakan spatula.
4. Potong eclairs kepada 2 bahagian
5. Gunakan nozel bintang dan paipkan krim ke atas bahagian bawah Eclairs.
6. Bahagian atas eclairs dicelup dengan coklat bar atau coklat coin yang telah dicairkan secara kaedah double boiler.
7. Boleh hias bahagian atas eclairs dengan bebola manik.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM10
INFO CHEF : Boleh simpan eclairs di dalam petisejuk supaya coklat yang dicelup cepat mengeras.
Terima kasih : Zalynz Oven
No. 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
IG @ zalynz_oven


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/zalina-kongsi-5-menu-popular-super.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 546 hits
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Kita makin hampir ke penghujung PKP 2 0 adakah ianya akan disambung lagi Sama samalah kita nantikan keputusan dari yang berkuasa Kes nampaknya...
Nak Niaga Makanan Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan Jual Secara Cod

Nak Niaga Makanan Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan Jual Secara Cod

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 511 hits
Tengah fikir menu menu yang sedap dan mudah masak untuk diniagakan Tidak dinafikan jika anda nak berniaga salah satu produk yang pasti dicari pelanggan ialah makanan Kena dengan rasa serta harga pasti pelanggan akan repeat order Namun untuk...
Maruku Rangup Dan Biskut Sedap Super Delicious Mudah Dibeli Melalui Online

Maruku Rangup Dan Biskut Sedap Super Delicious Mudah Dibeli Melalui Online

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 367 hits
Ini khabar baik untuk kalian yang suka maruku dan biskut Kalian boleh mendapatkan maruku dan biskut ini melalui online Syarikat The post first appeared on
10 Menu Untuk Hari Jadi Gerenti Sedap Ilham Fim

10 Menu Untuk Hari Jadi Gerenti Sedap Ilham Fim

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 348 hits
Food Institute of Malaysia adalah pusat pengajian seni kulinari dan bakeri di Petaling Jaya ini tersohor dan banyak melahirkan tenaga Chef yang berjaya dalam industri makanan dan perhotelan Di sini barisan pensyarahnya telah menyediakan 10 ...
Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 353 hits
Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja Makan dengan bubur sedap nasi panas panas pun layan Malah nikmati bersama roti pun boleh Memang serbaguna Rasa pedas pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai Kalau ...
Scone Sedap Ala Cameron Highland

Scone Sedap Ala Cameron Highland

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 370 hits
Sebut jer scone pasti terbayang saat menikmati teh panas dan scone di Cameron Highland Saya jarang ke sana Kalau tak silap saya hanya 2 atau 3 kali 2 kali saya ke sana atas urusan tugas rasmi Sekali pergi bercuti bersama keluarga Hanya kunj...
It S Series Variasi Kopi By Aik Cheong S Sedap Mudah Di Buat

It S Series Variasi Kopi By Aik Cheong S Sedap Mudah Di Buat

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 367 hits
Salam to all readers IT s Series Variasi Kopi by Aik Cheong s Sedap Mudah di Buat Sejak PKP ini aku kembali semula bekerja dari rumah bila ada auction baru kena masuk office So disebabkan banyak masa aku dihabiskan di rumah aku kena lebih p...
Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap

Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 448 hits
Nasi Goreng Pedas Ayam Kunyit Pasti Sedap Nasi goreng pedas kemudian makan dengan ayam goreng kunyit rangup memang antara faveret saya Dah la nasi tu pedas makan masa panas Memang hot plate betul taw Siapa suka makan macam gitu Lagi pedas l...
Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 460 hits
Resepi Daging Harimau Menangis Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram