Bekalan Darah Di Hrpz Ii Cuma Mampu Bertahan 3 Hari


Bernama
  Bekalan darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu kini berada dalam keadaan kritikal dan hanya mampu bertahan hingga tempoh tiga hari sahaja, kata pengarahnya Dr Selasawati Ghazali.
Katanya keadaan itu berlaku berikutan HRPZ II tidak dapat mengadakan program derma darah secara meluas memandangkan keadaan semasa yang menyebabkan pelaksanaan program perlu dihadkan.
“Sebelum ini, kami sering mengadakan program derma darah dengan penglibatan pelajar-pelajar dari universiti dan kolej selain program-program di pasar raya untuk mengutip bekalan darah namun disebabkan keadaan semasa seperti pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan PKP bersyarat (PKPB) baru-baru ini ia tidak dapat diadakan.
Susulan itu, katanya, kutipan darah kini hanya tertumpu kepada mereka yang datang ke hospital sekali gus menyebabkan bekalan darah sangat kritikal.
"Saya merayu kepada rakyat Kelantan untuk datang ke hospital bagi menderma darah kerana pihak kami tidak boleh mengadakan program yang besar di luar ketika ini,” katanya kepada Bernama.
Selasawati ditemui pada majlis amal Mega Blood Donation 2021 Semarak Kasih Amal di Jabatan Perubatan Transfusi HRPZII di Kota Bharu hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Amal Kelantan Aliman Ismail dan dan Ketua Unit Perubatan Transfusi HRPZ II Dr Rahimah Abdul Wahab.
Terdahulu lebih 100 sukarelawan Jabatan Amal Kelantan menderma darah secara berperingkat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Mengulas lanjut, Selasawati berkata secara purata HRPZ II memerlukan 80 hingga 100 beg darah setiap hari bagi memenuhi keperluan 12 hospital iaitu sembilan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga hospital swasta di seluruh Kelantan.
“Masih ramai pesakit memerlukan bekalan darah seperti pesakit talasemia, pesakit yang perlu menjalani pembedahan kecemasan, pesakit trauma dan ibu-ibu mengandung yang ketumpahan darah, menyebabkan pihak hospital perlu sentiasa bersedia dengan semua bekalan jenis darah iaitu jenis O, AB, A, dan sebagainya.
"Namun, kami juga berharap dengan pelaksanaan PKP ini, ia dapat mengurangkan kes trauma ataupun kemalangan yang berlaku, sekali gus dapat menurunkan permintaan keperluan darah,” katanya.
Sementara itu, Dr Rahimah berkata masyarakat tidak perlu khuatir dan risau untuk ke hospital bagi menderma darah memandangkan HRPZ II mengambil langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 selain ia diadakan mengikut SOP yang ketat.
“Mereka yang ingin menderma boleh mengunjungi pusat transfusi darah HRPZ II setiap Ahad hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
"Petugas kesihatan turut mengenakan peralatan pelindungan diri, selain penderma juga diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa dan katil penderma dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter.
“Bagaimanapun, penderma dari zon merah dan mereka yang bergejala tidak dibenarkan untuk menderma dan mereka juga perlu mengisytiharkan sama ada mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 atau tidak dan juga sejarah perjalanan jika ada,” katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/bekalan-darah-di-hrpz-ii-cuma-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Teluk Renjuna Tumpat Terputus Bekalan Makanan Tiga Hari

Penduduk Teluk Renjuna Tumpat Terputus Bekalan Makanan Tiga Hari

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 270 hits
TUMPAT Lebih 2 000 penduduk di perkampungan pulau di mukim Teluk Renjuna di sini berharap mendapat perhatian banyak pihak selepas hampir tiga hari terputus bekalan makanan susulan gelombang ketiga banjir melanda Kelantan ketika ini Klik unt...
Hiburan Sambut Hari Lahir Ke 40 Datin Alyah Ucap Kata Penghargaan Hanya Allah Mampu Membalasnya

Hiburan Sambut Hari Lahir Ke 40 Datin Alyah Ucap Kata Penghargaan Hanya Allah Mampu Membalasnya

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 590 hits
Kelmarin penyanyi Datin Alyah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 Sumber Instagram Datin Alyah Perkara itu dikongsikan Alyah menerusi akaun Instagramnnya yang turut menzahirkan ucapan khas sempena sambutan hari istimewa itu ...
6 Hari Terputus Bekalan Makanan Elektrik Ebit Lew Datang Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

6 Hari Terputus Bekalan Makanan Elektrik Ebit Lew Datang Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 335 hits
26 total views 26 views today Banjir yang telah melanda beberapa buah negeri telah mengakibatkan kemudahan awam kenderaan dan kediaman penduduk terjejas Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara sehingga keadaan sem...
Baru Semalam Tular Hari Ini Ebit Lew Dah Sampai Ziarah Makcik Hilang Rumah Dibawa Banjir

Baru Semalam Tular Hari Ini Ebit Lew Dah Sampai Ziarah Makcik Hilang Rumah Dibawa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 462 hits
Sejak semalam tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyut dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang Tular di media sosialPastinya gambar diperoleh dari Bernama dan di...
Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 1066 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 telah bermula pada hari ini selama 14 hari dan akan dilanjutkan sekiranya kes convid masih tinggi Berikutan itu sekatan jalan raya telah di lakukan oleh anggota keselamatan negara untuk menghalang pergerakan ...
Jokowi Disuntik Vaksin Covid 19 Sinovac Hari Ini Ibu Negara Kapan

Jokowi Disuntik Vaksin Covid 19 Sinovac Hari Ini Ibu Negara Kapan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 363 hits
Presiden Joko Widodo akan menjalani vaksinasi Covid 19 perdana pada hari ini Rabu Proses vaksinasi perdana itu akan disiarkan secara langsung melalui live streaming Kepala Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono menyatakan bahwa Presiden Jok...
Istana Para Menteri Tak Diberi Vaksin Covid 19 Bersama Presiden Jokowi Hari Ini

Istana Para Menteri Tak Diberi Vaksin Covid 19 Bersama Presiden Jokowi Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 301 hits
Para menteri akan diberi vaksin bersama pejabat eselon I Vaksinasi untuk para menteri Kabinet Indonesia Maju akan dilakukan sesegera mungkin
Pkp Enam Negeri Jejas Kdnk Rm1 5 Bilion Setiap Hari

Pkp Enam Negeri Jejas Kdnk Rm1 5 Bilion Setiap Hari

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 330 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Melaka Johor dan Sabah yang akan bermula Rabu dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi negara Penganalisis ekonomi Profesor Dr Barjoya...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

User Generated Content For Marketing

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured