Nak Niaga Makanan Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan Jual Secara Cod


Tengah fikir menu-menu yang sedap dan mudah masak untuk diniagakan? Tidak dinafikan jika anda nak berniaga, salah satu produk yang pasti dicari pelanggan ialah makanan. Kena dengan rasa serta harga, pasti pelanggan akan ‘repeat order’. Namun, untuk memikirkan menu yang sesuai, buntu juga. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak biasa mengambil tempahan dan berniaga. Istimewa buat anda, saudari Widiati Sulaiman kongsikan 10 resipi yang anda boleh masak secara homemade dan dijadikan menu perniagaan anda. Selamat mencuba!
1 AGLIO OLIO SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
150gm spageti – direbus
10 ekor udang harimau
3 ekor sotong segar
5 ekor kepah
1 biji bawang holland (beli online disini)
2 ulas bawang putih (beli online disini)
1 sudu teh emping cili (beli online disini)
1 sudu teh parsli kering / parsley flakes
1 sudu makan minyak zaitun (beli online disini)
1 biji cili benggala
Garam secukup rasa
Brokoli dan lobak merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang, sotong dan kepah yang telah dibersihkan.
3. Kemudian masukkan sayur, emping cili dan parsli. Kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan spageti yang telah siap direbus. Kacau sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Sedia untuk dihidang.
2. TAUHU BERGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN:
6 keping tauhu kering
5 bji kentang – dikupas, direbus dan dilenyek
2 biji cili merah
2 sudu makan bawang goreng (beli online disini)
100gm isi ayam
1 ulas bawang besar – dimayang halus
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 biji telur
1 sudu teh lada hitam (beli online disini)
3 helai daun bawang
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan masak selama 10 minit. Angkat dan toskan.
3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam, ubi kentang, bawang goreng, daun bawang, cili merah dan serbuk cukup rasa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Ambil tauhu kering dan sumbatkan inti kentang tadi ke dalamnya sehingga padat. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak. Pada masa yang sama, pukul telur dan celupkan tauhu tadi.
6. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat, toskan minyak dan nikmati bersama sambal kicap.
BAHAN CILI KICAP:
10 biji cili padi (beli online disini)
1 ulas bawang putih (beli online disini)
1 sudu teh gula (beli online disini)
Sedikit garam (beli online disini)
100ml kicap manis (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi dan bawang putih menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Kemudian masukkan gula dan garam. Lumatkan lagi.
3. Masukkan kicap dan sebatikan. Sedia untuk dinikmati
3. BREAD LASAGNA BEEF
BAHAN-BAHAN:
8 keping roti putih
8 keping keju cheddar
3 biji telur
250ml susu full cream (beli online disini)
1 sudu teh daun parsli
50gm keju mozarella
Sos spageti secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bancuh susu bersama telur. Ketepikan.
2. Ambil loyang yang bersesuaian. Oleskan dengan marjerin. Sebaiknya loyang yang muat-muat dengan saiz roti.
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur. Susun dalam loyang. Kemudian sapukan sos spageti hingga rata.
4. Letak kepingan keju cheddar dan lapiskan dengan kepingan roti yang dicelup dalam bancuhan susu. Ulang langkah sama hingga habis.
5. Untuk lapisan terakhir, tabur keju mozzarella dan daun parsli.
6. Bakar selama 30 minit pada suhu 150C atau sehingga keju cair dan keperangan.
7. Enak dinikmati Ketika masih panas.
4. PAI AYAM MINI
BAHAN-BAHAN:
7 keping puff pastry sejukbeku
2 keping isi dada ayam – potong dadu kecil
50ml krim masakan
100gm sayur campur
30gm cendawan butang
1 biji bawang holland (beli online disini)
1 sudu teh lada sulah (beli online disini)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland hingga sedikit layu dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan isi dada ayam. Masak sebentar hingga ayam sedikit masak.
3. Tambahkan sayur campur dan hirisan cendawan butang. Masak seketika.
4. Seterusnya masukkan krim masakan. Kacau rata dan perasakan dengan lada sulah serta sedikit garam.
5. Bila inti keliahatn sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
6. Gelek puff pastri dan terapkan. Masukkan ke dalam acuan aluminium.
7. Sudukan inti secukupnya dan tutupkan dengan kepingan pastri. Kelim bahagian tepi menggunakan garpu.
8. Sapukan sedikit bancuhan kuning telur di bahagian atas pastri.
9. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga pastri kuning keemasan.
5. BOLOGNESE CHEESE FRIES
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang goreng
30gm keju mozarella
10gm keju cheddar
BAHAN SOS BOLOGNESE:
1 biji bawang besar (beli online disini)
1 ulas bawang putih (beli online disini)
Sedikit marjerin untuk menumis (beli online disini)
1 tin sos spageti
150gm isi ayam kisar
CARA MEMASAK:
1.Cairkan marjerin dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam kisar. Biar masak seketikan dan barulah dimasukkan sos spageti.
3. Setelah sos mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam loyang berisi kentang yang siap digoreng.
4. Taburkan keju mozzarella dan keju cheddar. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C.
5. Angkat dan nikmati segera.
6. CHICKEN MANGGO SALAD
BAHAN-BAHAN:
4 kepingan dada ayam – potong nipis
4 sudu makan tepung gorengan serbaguna perisa original (beli online disini)
1 bji telur
Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SALAD MANGGA:
2 biji manga muda – sagat halus
1 batang lobak merah – sagat halus
1 biji cili merah – hiris
Sedikit daun ketumbar
BAHAN SOS:
2 sudu makan sos plum (beli online disini)
2 sudu makan sos thai (beli online disini)
Sedikit daun ketumbar
2 sudu makan gula (beli online disini)
Sedikit garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan celupkan ayam hingga rata.
2. Salut isi ayam dengan tepung goreng serbaguna.
3. Goreng isi ayam dalam minyak hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Untuk menyediakan sos, satukan semua bahan ke dalam periuk kecil.
5. Didihkan seketika menggunakan api kecil. Angkat dan ketepikan.
6. Potong kepingan ayam dan gaulkan bersama bahan-bahan salad.
7. Sudukan sos dengan secukupnya. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
7. SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi ayam – direbus & dicarik
2cm halia – kisar (beli online disini)
5 ulas bawang merah – kisar (beli online disini)
1 ulas bawang putih – kisar (beli online disini)
Sedikit minyak untuk menumis
2 keping kulit kayu manis (beli online disini)
2 sudu teh rempah sup (beli online disini)
2 sudu teh rempah kurma (beli online disini)
1 sup bunjut
2 keping daun salam /bay leaf (beli online disini)
Air rebusan ayam secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN SAMPINGAN (HIASAN)
Nasi impit
Bergedil
Suhun goreng
Bawang goreng
Daun sup
Kacang tanah goreng (beli online disini)
Taugeh
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan sup bunjut, daun salam, kulit kayu manis, rempah sup dan rempah kurma. Kacau hingga naik bau.
3. Tuang air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4. Perasakan kuah soto dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Biarkan mendidih sekali lagi.
5. Untuk menikmatinya, masukkan nasi impit, begedil dan bahan-bahan sampingan lain ke dalam mangkuk.
6. Tuang kuah dengan secukupnya dan sedia untuk dinikmati.
8. LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1 peket spageti – direbus
70gm cili kisar
5 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2cm halia – kisar
3 keping asam gelugur (beli online disini)
50gm serbuk kari daging (beli online disini)
15gm serbuk kari ikan (beli online disini)
500ml santan
1kg ikan tengiri – direbus bersama asam gelugur
500gm ikan parang – direbus dan diambil isinya
Sedikit minyak untuk menumis
2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
1 ikat daun kesom
BAHAN SAMPINGAN:
Taugeh
Kacang panjang
Timun
Bunga kantan
Cili merah
Limau Kasturi
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan bersama asam gelugur. Kemudian asingkan isi dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama air secukupnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar diikuti serbuk kari daging dan ikan. Tumis lagi hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan kisaran isi ikan biar menggelegak seketika.
5. Bila kuah mendidih, masukkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
6. Tambahkan juga daun kesum. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekali lagi.
7. Angkat kuah dan hidangkan bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.
9. MEE RACUN BAHAN- BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500g mi kuning – basuh dan toskan
1kg tulang kambing – rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan
BAHAN KISAR:
50gm cili kisar
5 biji bawang merah (beli online disini)
3 biji bawang putih (beli online disini)
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN MASAKAN:
150gm sos tomato (beli online disini)
150gm sos cili (beli online disini)
1 sudu makan serbuk lada sulah (beli online disini)
1 sudu makan serbuk lada hitam (beli online disini)
2 sudu makan gula
BAHAN HIASAN:
50gm kubis – hiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam.
Kemudian masukkan air rebusan tulang kambing tadi. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Akhir sekali masukkan mi. Sedia untuk dihidang.
10. AYAM PEDAS KOREA
BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
300gm drummet ayam | cuci bersih dan tos
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam
1 cawan tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN TUMISAN:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 bawang besar | dadu halus
2 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam diperap bersama bahan-bahan perapan dan juga tepung jagung. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes.
3. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/nak-niaga-makanan-ini-10-menu-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 714 hits
Bagi ibu ibu lepas bersalin penting untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat Ini untuk memastikan ibu dapat zat yang cukup setelah bertarung nyawa selepas bersalin Banyak darah dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak dan wakt...
Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam

Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 362 hits
Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam Pernah sebelum ini cik en dengar pelanggan cik en membeli kucing yang berbaka mahal dan dikacuk atau mating untuk dapatkan anak anak yang cantik dan baka yang lebih baik kem...
Buasir Otak Tv Tak Boleh Jual Harimau Menangis

Buasir Otak Tv Tak Boleh Jual Harimau Menangis

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 487 hits
Bila kau nak buka bisnes makanan jual daging Harimau Menangis tapi tak boleh Jom tonton animasi ini
Lengquas 7 Menu Makanan Sejuk Beku Di Perkenalkan

Lengquas 7 Menu Makanan Sejuk Beku Di Perkenalkan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 242 hits
Hi Korang Makanan sejuk beku atau frozen food memang senantiasa mendapat tempat di hati para ibu ibu diluar sana kerana ianya sangat sangat membantu di dalam proses penyediaan makanan di rumah di kala sang ibu sibuk dengan kerjaya masing ma...
Sajat Perempuan Bayar Rm300 Juta Kalau Nak Tgk Sekali Imbas Boleh La Bapa Sajat Pula Bersuara

Sajat Perempuan Bayar Rm300 Juta Kalau Nak Tgk Sekali Imbas Boleh La Bapa Sajat Pula Bersuara

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 359 hits
Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya dig4ri
Harga Kereta Rasmi Km Pp Boleh Beli Makanan Untuk 9 162 Keluarga

Harga Kereta Rasmi Km Pp Boleh Beli Makanan Untuk 9 162 Keluarga

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 364 hits
HARGA Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri yang berharga RM458 122 78 boleh digunakan untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9 162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga dari Pas Yusni M...
Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 279 hits
Hi Korang Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korangKak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita Pernahkah anda rasa pe...
Doktor Kongsi Cara Nyahbeku Makanan Dengan Betul Silap Cara Boleh Bahayakan Kesihatan Keluarga

Doktor Kongsi Cara Nyahbeku Makanan Dengan Betul Silap Cara Boleh Bahayakan Kesihatan Keluarga

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Baru baru ini tular sekeping gambar makanan yang siap dimasak oleh si isteri lebih 30 jenis lauk untuk dibekukan Gambar tular tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada Netizen Artikel Berkaitan Ada yang berpendapat makanan yang dibekukan d...
Pemilihan Tahun Ini Siapa Nak Tanding Presiden Boleh Lawan

Pemilihan Tahun Ini Siapa Nak Tanding Presiden Boleh Lawan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 193 hits
Pemilihan UMNO diputus tetap diadakan tahun ini siapa siapa nak berhajat termasuk nak lawan Presiden bolehlah siap siap mulai sekarang
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa