10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat


MISI MEMBURU LAILATUL QADAR DALAM 10 MALAM AKHIR RAMADAN 2024
Diam tak diam, terasa macam baru saja kita menyambut bulan Ramadan. Tetapi rupa-rupanyanya kurang dari 2 minggu saja lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita.
Insya-allah, kita akan mula memasuki 10 hari akhir Ramadan.
Keutamaan utama 10 hari terakhir Ramadan ini tentunya berpaksa pada pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Malam al-Qadr ini merupakan malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu besar keistimewaannya untuk umat Nabi SAW sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus, iaitu surah al-Qadr.
Ayuh, save the date 10 malam akhir Ramadan 2024 dan ketahui cara untuk menggandakan amalam pada malam-malam terakhir yang penuh keberkatan ini.
Pengenalan Lailatul Qadar & 10 Malam Akhir Ramadan Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari akhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari ‘Aisyah RA berkata, “Rasulullah SAW biasa ketika memasuki 10 Ramadan terakhir, beliau mengetatkan kainnya, menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” Muttafaqun ‘alaih. (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174).
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.”
Menurut hadis Riwayat Bukhari No 2017, lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada 10 akhir bulan bulan Ramadan dalam malam ganjil.”
Tarikh 10 Malam Akhir Ramadan 2024 Jika Ramadan tahun ini adalah 29 hari, malam maka Sabtu ini sudah bermula 10 malam yang terakhir!
Sila rujuk jadual di bawah dan kalendar yang dilampirkan untuk memudahkan perancangan ibadah anda:
30 Mac 2024 (Sabtu)Malam ke-2031 Mac 2024 (Ahad)Malam ke-211 April 2024 (Isnin)Malam ke-222 April 2024 (Selasa)Malam ke-233 April 2024 (Rabu)Malam ke-244 April 2024 (Khamis)Malam ke-255 April 2024 (Jumaat)Malam ke-266 April 2024 (Sabtu)Malam ke-277 April 2024 (Selasa)Malam ke-288 April 2024 (Rabu)Malam ke-299 April 2024 (Khamis)Malam ke-30 / Malam 1 Syawal Sumber: Qalbun Salim TV Keistimewaan Lailatul Qadr Firman Allah SWT:
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)
Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.
Keistimewaan Lailatul Qadar antaranya:
Malam lebih baik daripada 1000 bulan Malaikat Jibril turun bersama para malaikat membawa rahmat dengan perintah Allah SWT. Orang yang menghidupkan malam ini akan diampuni dosanya oleh Allah SWT. Mendapatkan keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar. Marilah kita gandakan amalan di sepuluh akhir Ramadan dengan bangun berqiyamullail untuk meraih ganjaran 1000 bulan.
Sumber: JAKIM Doa Lailatul Qadar Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan Rasulullah untuk dibaca ketika malam Lailatul Qadar.
Berikut doa malam Lailatul Qadar:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Engkau mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah daku”. (HR. Tirmidzi No. 3513 dan Ibnu Majah No. 3850)
Baca juga:
Niat Iktikaf, Kelebihan & I’tikaf 10 Malam Akhir Ramadan 30+ Doa Bulan Ramadan & Zikir Untuk Diamalkan (Rumi & Arab) Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Menjelang 10 malam akhir Ramadan, penghujung ramadan kini semakin hari semakin dekat pengakhirannya. Oleh itu, marilah sama-sama kita mencari lailatul qadar.
Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :
Banyakkan membaca al-Quran Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa Beri’tikaf di Masjid Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam Banyakkan bersedekah Lebihkan malam hari kita dengan beribadah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran yang menanti daripada Allah SWT di akhirat kelak.
Dalam sebuah perkongsian di media sosial, Ustazah Asma’ Harun mencoretkan beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.
Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insyaAllah.
1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا‏‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ‏‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ‏
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
2. BERUSAHA MENCARI LAILATUL QADAR
Daripada Aisyah r.a., beliau menceritakan bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan? Rasulullah SAW bersabda:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat cintakan keampunan, maka berilah keampunan kepadaku.”
(HR Tirmizi, hasan sahih)
3. MEMPERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
a) Solat Sunat Qabliah (Sebelum) Subuh
Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
b) Solat Sunat Dhuha
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
c) Solat Sunat Tarawih
Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:
‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‏‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
d) Solat Sunat Rawatib
Daripada Ummu Habibah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
(HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
4. MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ إِنَّهٗ كَانَ غَفَّارًاۙ ﴿10﴾ يُّرْسِلِ السَّمَاۤءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَارًاۙ ﴿11﴾ وَّيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَّبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّكُمْ أَنْهٰرًاۗ ﴿12﴾
Maksudnya: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
(Surah Nuh 71: 10-12)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ أَذْنَبْتُ، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ، فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا، قَالَ: قَالَ رَبِّ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ: فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah aku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
5. PERBANYAKKAN SELAWAT
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab 33: 56)
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
(HR Muslim, hadis sahih)
6. MEMPERBANYAKKAN MEMBACA DOA
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۗ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”
(Surah al-Baqarah 2: 186)
Daripada Anas r.a., beliau berkata:
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling kerap diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
7. BERBUAT BAIK DAN MEMPERBANYAKKAN KHIDMAT BAKTI
Firman Allah SWT:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah al-Nisa’ 4: 36)
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR Daruqutni, hadis hasan)
8. HINDARI SIFAT RIAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN
Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.
Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dll.
Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.
Daripada Abdullah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ وَلَا يَدْخُلُ النَّارَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan (walau sebesar) biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan (walau sebesar) biji sawi.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿5﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ﴿6﴾
Maksudnya: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
(Surah al-Ma’un 107: 5-6)
Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تُزَكُّواْ أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
Maksudnya: “Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu.”
(HR Muslim, hadis sahih)
9. MEMAAFKAN ORANG LAIN
Firman Allah SWT:
خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ
Maksudnya: “Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf 7: 199)
Allah SWT juga menaikkan darjat mereka yang suka memberi kemaafan. Rasulullah SAW bersabda:
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ، إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللهُ
Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.
(HR Muslim, hadis sahih)
10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَاامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim dan Tirmizi, hadis sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mungkin kita tertanya pada diri sendiri, mampukah nak buat kesemua amalan ini? Di dalam kaedah fiqh, para ulama ada menyebutkan:
مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لُا يُتْرَكُ كُلُّهُ
Maksudnya: “Apa yang tidak boleh didapatkan kesemuanya maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT, manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin untuk mencari lailatul qadar, khususnya dalam 10 malam akhir Ramadan.
Sumber : Facebook Ustazah Asma’ binti Harun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/10-malam-akhir-ramadan-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=10-malam-akhir-ramadan-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Akhir Ramadan Amalan Sunat 10 Malam Terakhir

Doa Akhir Ramadan Amalan Sunat 10 Malam Terakhir

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 349 hits
Doa akhir Ramadan merupakan doa yang boleh dibaca oleh umat Islam pada 10 malam terakhir bulan Ramadan Doa ini dibaca bagi memohon agar kita dapat bertemu semula dengan bulan mulia ini pada tahun akan datang Pada penghujung bulan Ramadan in...
9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan

9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 257 hits
Bila masuknya bulan mulia Ramadan Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu tunggu Apakah kelebihan malam lailatur qadar ini sehingga ramai mencarinya Para ulama berpendapat sebaik baik amalan soleh adalah pada malam lailatul Qadar yang man...
Datang Haid Di 10 Malam Terakhir Ramadan Ustaz Kongsi Amalan Lain Kejar Pahala

Datang Haid Di 10 Malam Terakhir Ramadan Ustaz Kongsi Amalan Lain Kejar Pahala

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 220 hits
Dalam kesungguhan melakukan ibadat untuk mengejar apahal berganda ketika 10 malam terakhir Ramadan ralat sungguh rasa hati bila tiba tiba datang haid Risau sebab tak boleh nak buat solat sunat dan membaca Al Quran sedangkan jika dibuat besa...
Panduan Amalan Qiamullail Malam Dan 10 Hari Terakhir Ramadan

Panduan Amalan Qiamullail Malam Dan 10 Hari Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 232 hits
Bulan Ramadan adalah merupakan bulan yang penuh rahmah Amalan qiamullail malam mula menjadi kebiasaan dan saranan kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang mengerjakan amalan Lebih lebih lagi apabila memasuki 10 m...
Doa Qunut Witir Pada 15 Akhir Ramadan Hukum Panduan

Doa Qunut Witir Pada 15 Akhir Ramadan Hukum Panduan

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 280 hits
Alhamdulillah malam ini kita akan masuk 16 Ramadan bagi yang solat berjemaah di masjid atau surau mulai malam ini kita akan mula membaca doa qunut dalam solat sunat witir Kenapa bila masuk hari ke 16 Ramadan kita perlu baca qunut dalam sola...
Menu Berbuka Hari Keenam Ramadan 2024

Menu Berbuka Hari Keenam Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 302 hits
Menu Berbuka Hari Keenam Ramadan 2024 Enam hari Ramadan 2024 telah berlalu Syukur Masih bernyawa So semalam berbuka Puasa dengan adik ipar adikku Dan kawannya Iza Merasa jugak dorang Bufet Ramadan aku belanja Kami berbuka Puasa di Ponderosa...
Bufet Ramadan 2024 Restoran Saprah Zebra Square Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 Restoran Saprah Zebra Square Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan lancar Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka dengan hi...
Buffet Ramadan 2024 Di Ioi Mall

Buffet Ramadan 2024 Di Ioi Mall

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum uollz Sebenarnya plan awal nak pegi bazaar ramadhan je di Putrajaya sebab ai dah masak kat rumah tapi terlajak jalan sampai ke simpang IOI pulak akibat asik berbual je dalam kereta nbsp Ai kata nbsp tak pe la tak payah susah...
Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 209 hits
Bagi pelajar Universiti Islam Sains Malaysia sila rujuk artikel di bawah untuk melihat Kalendar Akademik Takwim USIM bagi tahun 2024 Kalendar akademik adalah rujukan rasmi yang perlu anda rujuk bagi memudahkan anda mengetahui tarikh kuliah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities