Bufet Ramadan 2024 Restoran Saprah Zebra Square Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan lancar. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka dengan hidangan-hidangan yang cukup menyelerakan serta harga yang sangat berpatutan iaitu di Restoran Saprah, Zebra Square, Kuala Lumpur.
{tocify} $title={Kandungan}
BUFET RAMADAN 2024 : RESTORAN SAPRAH @ ZEBRA SQUARE, KUALA LUMPUR
Restoran Saprah @ Zebra Square julung kalinya mengadakan 'Pesta Buffet : Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung' bermula dari 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 dari jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam
Terletak berdekatan dengan Bulatan Kampung Pandan, Restoran Saprah yang beroperasi sejak tujuh bulan yang lalu ini dikenali kerana keenakan masakan tradisional Melayu asli ibunda, seperti mana yang anda dapat nikmati di rumah
Untuk kali ini, Pesta Buffet ini membawakan lebih daripada 100 juadah 'ala kampung' serta makanan laut. Lebih menarik, menu utamanya bertukar setiap hari, memberikan lebih keistimewaan kepada pengunjung yang bakal hadir
Selain itu, lebih daripada 20 buah gerai disediakan, termasuklah gerai Kambing Golek, gerai Aneka Roti, gerai Mak Wan Cucur, gerai Nasi Kenduri, Kids Corner, gerai Ais Tanjak, gerai Aneka Mee, gerai Sushi, gerai Oden, gerai Tempura, gerai Yakitori, gerai Aneka Kuih, gerai Tomahawk, gerai Seafood Grill dan banyak lagi.
BERHIBUR & BERAMAH MESRA BERSAMA DEE JANGAN KETAWA
Selain dihidangkan juadah yang pelbagai, anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Dee Jangan Ketawa dengan masakan air tangannya sendiri seperti nasi bawang, gulai tumis darat dan macam-macam lagi, setiap hari bersama dengan celotehnya
Untuk maklumat juga, Restoran Saprah ini merupakan satu-satunya restoran yang mempunyai air terjun di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dengan berkonsep dalam taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa yang sangat selesa dengan mempunyai kemudahan ruang makan lebih 500 hingga 800 tetamu (berpendingin hawa).
Selain itu, disini juga terdapat ruangan meletak kenderan yang luas, surau, bilik permainan kanak-kanak dan sebagainya.
HARGA BUFET RAMADAN 2024 : RESTORAN SAPRAH @ ZEBRA SQUARE
Pasti anda tertanya-tanya tentang harga bagi 'Pesta Buffet : Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung' di Restoran Saprah ini. Baiklah, harga untuk dewasa adalah RM89.00 manakala untuk kanak-kanak adalah pada harga RM59.00 sahaja.
Anda juga boleh memilih untuk membuat 'add on premium' iaitu RM250 untuk Tomahawk, RM199 untuk Premium Beef dan RM199 untuk Premium Seafood
Restoran Saprah ini terletak di lokasi yang cukup strategik di ibu kota Kuala Lumpur. Untuk mana-mana syarikat, pertubuhan atau organisasi, anda boleh mengambil pakej yang lengkap dengan PA System, LED Screen, dan hiburan di sini
Untuk sebarang tempahan dan persoalan, anda boleh hubungi : 011-9879 9987
RESTORAN SAPRAH @ ZEBRA SQUARE, KUALA LUMPUR
LOKASI : Zebra Square, 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/saprahrestaurant/FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=61553872861987TIKTOK : https://www.tiktok.com/@restaurant.saprah
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2024/03/bufet-ramadan-2024-restoran-saprah.html