Doa Qunut Witir Pada 15 Akhir Ramadan Hukum Panduan


Alhamdulillah, malam ini kita akan masuk 16 Ramadan, bagi yang solat berjemaah di masjid atau surau, mulai malam ini kita akan mula membaca doa qunut dalam solat sunat witir.
Kenapa bila masuk hari ke 16 Ramadan kita perlu baca qunut dalam solat witir? Kalau tak baca, tak sah ke solat tarawih yang kita buat? Adakah ia perlu digantikan dengan sujud sahwi seperti mana solat subuh juga?
Jom kita baca selanjutnya penjelasan di bawah.
Dalil Membaca Doa Qunut Dalam Solat Sunat Witir (Selepas Tarawih) Pada Bulan Ramadan Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA di dalam Jami’ al-Tirmizi dan juga di dalam Sunan Abi Daud:
عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الوِتْرِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ… Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam witir: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu…”. [Riwayat al-Tirmizi (464)]
Selain itu, perbuatan berqunut pada separuh akhir Ramadhan ini juga termasuk dalam usaha untuk mendapatkan lailatul qadar. Mengenai ini, Ibn Rajab ada menyebutkan dalam kitabnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais R.A, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda SAW menjawab:
رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ
Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)]
Hukum Membacanya Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadan, iaitu bermula malam 16 Ramadan. [Lihat: al-Muktamad, 1/309]
Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik.
Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran.
Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali.
Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).
Walau bagaimanapun, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadan lagi kerana ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadan.
Doa Qunut Witir Ramadan Dibacakan Pada Rakaat Ke Berapa? Doa Qunut dibaca pada 15 malam terakhir Ramadan, iaitu bermula pada hari 16 Ramadan. Sunat membaca doa Qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir.
Lafaz Doa Qunut Dalam Solat Sunat Witir Doa qunut yang dibacakan adalah sama seperti yang kita baca semasa solat Subuh.
Ini adalah lafaz bacaan bagi doa Qunut sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi”.
Tambahan pula, disunatkan juga membaca selawat kepada Nabi SAW selepas daripada membaca doa di atas sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA di dalam al-Azkar. Selain itu, disunatkan kepada orang yang bersolat bersendirian atau imam jika mereka ingin memanjangkan bacaan doa qunut dengan membaca doa qunut Umar bin al-Khattab RA yang panjang dan kami nyatakan sebahagiannya dan doa ini juga terdapat di dalam kitab al-Azkar oleh Imam al-Nawawi RA:
اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ مَنْ يَفْجُرُكَ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد، ولَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُد…
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon pertolongan kepada-MU, kami memohon ampun kepada-Mu dan kami tidak mengkufuri-Mu, kami beriman dengan-Mu dan kami membenci sesiapa yang menderhakai-Mu. Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya untuk-Mu kami bersolat dan bersujud…”.
Sumber rujukan :
Soal Jawab Agama – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Baca juga:
Doa Selepas Solat Tarawih, Selawat & Tasbih Antara 2 Rakaat Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) – JAKIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/qunut-witir-tarawih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=qunut-witir-tarawih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qunut Witir Terawih Mulai Malam Ke 16 Ramadan

Qunut Witir Terawih Mulai Malam Ke 16 Ramadan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 204 hits
1 Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca doa qunut di dalam solat witir 2 Imam Al Naw wi rahimahullah berkata Terjemahan Disunatkan qunut dalam solat witir pada separuh terakhir bulan Ramadan Rujuk Raudah Al T libin Al Naw wi Separu...
Doa Akhir Ramadan Amalan Sunat 10 Malam Terakhir

Doa Akhir Ramadan Amalan Sunat 10 Malam Terakhir

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 350 hits
Doa akhir Ramadan merupakan doa yang boleh dibaca oleh umat Islam pada 10 malam terakhir bulan Ramadan Doa ini dibaca bagi memohon agar kita dapat bertemu semula dengan bulan mulia ini pada tahun akan datang Pada penghujung bulan Ramadan in...
Solat Tahajud Niat Panduan Doa Tahajjud Kelebihan

Solat Tahajud Niat Panduan Doa Tahajjud Kelebihan

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 256 hits
SOLAT TAHAJUD Qiamullail atau bangun malam untuk mengerjakan ibadah seperti solat sunat tahajud taubat tasbih hajat membaca al Quran beristighfar dan berzikir sememangnya amat dituntut dalam Islam sebagai salah satu terapi diri yang amat be...
Panduan Amalan Qiamullail Malam Dan 10 Hari Terakhir Ramadan

Panduan Amalan Qiamullail Malam Dan 10 Hari Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 233 hits
Bulan Ramadan adalah merupakan bulan yang penuh rahmah Amalan qiamullail malam mula menjadi kebiasaan dan saranan kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang mengerjakan amalan Lebih lebih lagi apabila memasuki 10 m...
Begini Panduan Minum Obat Bagi Orang Sakit Selama Puasa Ramadan

Begini Panduan Minum Obat Bagi Orang Sakit Selama Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 211 hits
Kementerian Kesehatan memberikan panduan cara mengonsumsi obat bagi orang sakit selama puasa Ramadan
Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 323 hits
SALAM RAMADAN PESANAN BUAT PENIAGA BAZAR PEMBELI Kepentingan Suntikan Typhoid Buat Para PeniagaUntuk info setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran kafe kantin sekolah dan bazar harus mel...
Panduan Tata Cara Shalat Witir

Panduan Tata Cara Shalat Witir

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 264 hits
Apa itu Shalat Witir Shalat Witir adalah salah satu shalat sunnah yang sangat dianjurkan untuk kita kerjakan Secara istilah Shalat Witir adalah shalat yang dikerjakan pada rentang waktu antara shalat isya dan terbitnya fajar Dinamakan witir...
Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 342 hits
Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan Alhamdulillah ramadhan sudah menginjak ke minggu ke 3 yang mana kita kena meggandakan amalan kita femi meraih redhaNya Jangan lupa untuk amalkan doa di bawah agar amalan kita diterima ...
Tahnik Bayi Panduan Step By Step Hukum Manfaatnya

Tahnik Bayi Panduan Step By Step Hukum Manfaatnya

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 206 hits
Tahnik Bayi Panduan Step by Step Hukum Manfaatnya Kelahiran permata hati adalah satu detik yang ditunggu tunggu oleh setiap ibu bapa Terdapat beberapa sunnah yang dianjurkan untuk dilakukan agar anak tersebut diberikan keberkatan dan kebaik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot