9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan


Bila masuknya bulan mulia Ramadan, Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu-tunggu. Apakah kelebihan malam lailatur qadar ini sehingga ramai mencarinya? 

Para ulama’ berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, adalah berdasarkan kepada beberapa nas, antaranya ialah firman Allah SWT:


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ


Maksudnya: “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Ibrahim al-Nakha‘i ketika menafsirkan ayat ini berkata: “Beramal pada malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun.”


9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Kelebihan malam lailatul qadar yang pertama adalah malam tersebut merupakan malam diturunkannya Al-Qur’an. Sesuai dengan firman Allah SWT di surat Al-Baqarah dan Al-Qadr. “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran…” (Q.S Al-Baqarah: 185) “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan” (Q.S Al Qadr: 1) malam lailatul qadar tersebut lebih baik dari pada seribu bulan. Allah SWT berfirman, “Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Q.S Al-Qadr:2–3) Banyak ulama berpendapat bahwa ibadah dan amalan baik yang dilakukan di malam lailatul qadar, akan dibalas dengan pahala yang sangat besar. 3.Malam dipenuhi dengan keberkahan. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul.” (Q.S Al-Dukhan: 3-5) Malam lailatul qadar adalah malam yang penuh kesejahteraan.Selain penuh dengan keberkahan, malam lailatul qadar juga dipenuhi dengan kesejahteraan dan kedamaian. Allah SWT telah berfirman dalam surat Al-Qadr, “Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr: 5) Para malaikat akan berbondong-bondong turun ke bumi. Maka pada malam tersebut dianjurkan bagi umat muslim untuk banyak berdoa. Allah SWT berfirman: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.” (Q.S Al-Qadr: 4) Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.Dosa umat muslim akan diampuni. Pada malam lailatul qadar, Allah SWT membuka lebar-lebar pintu ampunan bagi siapa saja yang meminta ampun kepada-Nya. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari, An Nasa’i, dan Ahmad). Malam lailatul qadar merupakan malam yang penuh kebaikan. Pada malam tersebut dianjurkan bagi umat muslimin mengerjakan ibadah dan amalan baik dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Namun bagi mereka yang mengabaikan malam tersebut maka akan menjadi orang-orang yang merugi, karena mereka melewatkan kesempatan untuk mendapatkan banyak pahala dan keutamaan, yang bahkan setara dengan seribu bulan. Mendapat keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar. Al-Dhahhak berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.” Manakala Mujahid pula berpendapat: “Ia merupakan malam yang selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”Rasulullah bersabda, 
“Sesungguhnya bulan Ramadhan ini telah menghampiri kalian. Dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang dari menjumpainya, maka sungguh dia telah terhalang dari seluruh kebaikan. Dan tidaklah terhalang dari menjumpainya kecuali orang-orang yang merugi.” (HR. Ibnu Majah). 
Semoga apa yang saya paparkan diatas bermanfaat atau bisa menambah pengetahuan kita tentang kelebihan malam Lailatul Qadar bagi kita semua untuk menjalankan Sunnah dan mengerjakan amalan-amalan pada malam Lailatul Qadar tersebut.


Apa Itu Malam Lailatul Qadar?Apakah yang dimaksudkan dengan malam lailatul qadar

Lailatulqadar (لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
— Surah al-Qadr: 1-3
Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam)
al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan
Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam

Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain

Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan.
Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar?Malam Lailatul Qadar hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan pada malam ganjil. 
Kelebihan malam Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah SAW sewaktu berada di Gua Hira'. Selepas  itu, al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama kira-kira 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah


Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah Taala dalam al-Quran, antaranya firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar."  (Surah al-Qadr, ayat 1 - 5)  
Pendapat yang masyhur menyatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ke-27 Ramadan

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. (Hadis riwayat Ahmad) Terdapat juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia tersebut terjadi pada malam ganjil sepuluh hari terakhir. 
Tanda-Tanda Malam Lailatul QadarApakah alamat atau tanda-tanda berlakunya malam lailatul qadar

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan tanda-tanda malam lailatul qadar iaitu;
Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya, Ubadah bin al-Somit RA berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.”Matahari terbit keesokan harinya tidak terang dan tidak panas, Daripada Ubay bin Kaab RA menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:  “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” 
Doa Bertemu Lailatul QadarTanpa izin Allah swt, maka tiada daya untuk kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar, oleh itu seawal Ramadan lagi, kita lazimkan dengan memohon doa agar dipertemukan dengan malam penuh kebaikkan ini. 


Doa-Doa Malam Lailatul Qadar
Rasulullah SAW sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan antara doa yang sering baginda SAW baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." 
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat sahaja, malahan doa itu bertujuan untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah Taala kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah Taala
Doa Malam Lailatul Qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr

Berikut doa malam lailatul qadar:


Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii 
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”
Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW:
Wahai Rasulullah SAW, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu

Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426)


Amalan Lailatul QadarApakah amalan yang boleh dilakukan pada 10 malam terakhir demi meraih malam lailatul Qadar? Sekiranya kita tidak mengetahui yang manakah malam tersebut, maka amalan ini anda laksanakanlah sebaiknya, berikut adalah amalan-amalan yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang 10 malam terakhir



Melakukan Solat Malam (Qiamullail)Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan

Daripada ‘Aisyah RA, katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)” (HR Muslim)
Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:
Solat TahajjudSolat TaubatSolat HajatSolat TasbihSolat WitirBerdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang LaluLailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim

Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini

Melakukan IktikafItikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan. Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata: “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” (HR Bukhari, Abu Daud & Ibn Majah)
Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara BerjemaahImam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan bahawa sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. 
Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” 
Perbanyakkan Doa, Selawat dan ZikirAntaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah RA beliau berkata maksudnya:
Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa

Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’

Bagi wanita yang sedang haid, tetap boleh melakukan amalan meraih pahala lailatul qadar seperti banyakkan berdoa, berzikir dan bersedekah. Insya Allah, semoga amalan yang dilakukan ini walaupun tidak seperti kaum lelaki atau wanita tidak haid, hanya Allah sahajalah yang menentukan besar pahala dan diterima amalnya
KesimpulanOleh itu, marilah kita melakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikannya. Penuhilah ia dengan Qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa, khususnya memohon keampunan dan rahmat dari Allah Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang.
Paling kurang usahakanlah solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah iaitu pada waktu Isyak dan Subuh. Ibu-ibu khususnya mempunyai kelebihan malam lailatul qadar ini dengan melakukan solat dua rakaat setiap hari ketika menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Luangkan sedikit masa untuk berzikir dan berdoa memohon keampunan, diterima amal ibadah dan rahmat dari Allah swt.
Semoga kita semua meraih malam Lailatul Qadar. Amin.


Sumber:
1. https://zulkiflialbakri.com/1023-lailatul-qadar-dan-kelebihannya/
2. https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/700211/lailatul-qadar-malam-istimewa-1000-bulan
3. https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/


Baca juga:
1. https://www.emmemarina.com/2023/10/smart-pen-al-qolam.html
2. https://www.emmemarina.com/2023/06/selawat-ke-atas-nabi.html
3. https://www.emmemarina.com/2023/12/17-hadis-tentang-kelebihan-membaca-al-quran.html
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/03/kelebihan-malam-lailatul-qadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Amalan Lailatul Qadar Dan Doa Malam Lailatul Qadar

7 Amalan Lailatul Qadar Dan Doa Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 195 hits
7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar 5 Bulan Ramadhan merupakan bulan yang begitu istimewa bagi para mukmin di seluruh dunia Bagi mereka yang menjalankan amal ibadah dengan bersungguh sungguh pada bulan tersebut maka Allah s...
Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan

Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 206 hits
Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan Terdapat satu malam pada bulan Ramadan yang Allah SWT jadikan istimewa berbanding malam malam lain iaitu malam Lailatul Qadar Pada malam tersebut setiap amalan akan dil...
5 Doa Amalan Ni Mama Papa Kena Praktik Barulah Anak Lembut Hati

5 Doa Amalan Ni Mama Papa Kena Praktik Barulah Anak Lembut Hati

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 191 hits
Anak anak yang sentiasa buat perangai dan tidak mendengar kata degil dan sebagainya sememangnya buat kita resah kerana memikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya Buntu bila ber...
Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 164 hits
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda Doa dan amalan surah surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil Namun tidak...
Doa Nabi Yunus Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan

Doa Nabi Yunus Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 223 hits
Doa Nabi Yunus merupakan zikir atau istighafar yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun Disebalik doa tersebut terdapat kelebihan terutamanya boleh diamalkan ketika berada dalam kesusahan Kisah Nabi Yunus AS sangat terkenal d...
Allahumma Yassir Wala Tu Assir Maksud Doa Kelebihannya

Allahumma Yassir Wala Tu Assir Maksud Doa Kelebihannya

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 212 hits
Allahumma Yassir Wala Tu assir Maksud Doa Kelebihannya Doa adalah merupakan senjata umat Islam Apabila memiliki sebarang hajat kita dianjurkan untuk banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah agar ditunaikan apa yang kita hajatkan Allahumma ...
Istidraj Maksud Tanda Tanda Kesan Istidraj Contoh

Istidraj Maksud Tanda Tanda Kesan Istidraj Contoh

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 167 hits
Istidraj Maksud Tanda tanda Contoh Pernah tak anda alami situasi di mana seseorang yang sering melakukan maksiat tetapi diberikan rezeki yang melimpah ruah Itulah yang dinamakan sebagai istidraj Istidraj adalah merupakan sebuah istilah yang...
Solat Tahajud Niat Panduan Doa Tahajjud Kelebihan

Solat Tahajud Niat Panduan Doa Tahajjud Kelebihan

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 255 hits
SOLAT TAHAJUD Qiamullail atau bangun malam untuk mengerjakan ibadah seperti solat sunat tahajud taubat tasbih hajat membaca al Quran beristighfar dan berzikir sememangnya amat dituntut dalam Islam sebagai salah satu terapi diri yang amat be...
Lelaki Ditahan Langgar Undang Undang Trafik Doa Polis Ditimpa Azab

Lelaki Ditahan Langgar Undang Undang Trafik Doa Polis Ditimpa Azab

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 225 hits
KOSMOLelaki berpakaian jubah berdoa selepas ditahan pegawai trafik POS KUPANGJAKARTA nbsp nbsp Sebuah insiden melibatkan anggota nbsp polis trafik dan seorang lelaki memakai jubah di atas lebuh raya menjadi nbsp tular di internet lapor lama...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba