10 Jenis Resipi Kek Yang Sedap Mudah Dibuat


Menu minum petang, kek, antara yang senang untuk disediakan. Pelbagai jenis kek yang boleh dibuat, antaranya kek coklat, kek pandan, kek nestum dan juga kek mango cheese.
Paling menarik, dalam koleksi 10 resipi kek ini, anda boleh cuba kek sarang semut yang sangat popular dan sedap!
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
(semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan)
4 biji telur gred A
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder
(ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati.
3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek.
4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair. Sejukkan baru tuang atas kek.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE
BAHAN A:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu teh vanila
(Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
(Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
½ cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 penutup esen vanila
*Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk.
2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi.
3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat.
4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
Kredit resipi: Dyzah Sulaiman
MINI CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
20 keping biskut marie atau biskut oreo pun boleh (saiz kecil, kalau saiz roti besar 10 ketul) | dikisar halus – beli online di sini
5 sudu besar mentega | dicairkan
CARA-CARA:
1. Mentega yang dicairkan tuang ke dalam biskut marie (kalau guna unsalt butter lagi okay). Gaul rata.
2. Masuk 1 sudu besar ke dalam paper cupcake. Tekan-tekan biskut kisar tadi biar padat. Buat hingga habis. Ketepikan.
ADUNAN CHEESE:
250g cheese tatura atau jenama lain pun boleh
½ cawan gula
2 biji telur
Esen vanilla
½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil jus lemon @ sunquick pun boleh (optional)
3 sudu makan yogurt asli
CARA-CARA:
1. Mix dahulu cheese selama 10 minit. Masukkan gula. Mix lagi.
2. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla. Mix lagi hingga sebati dalam 10 minit gitu.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan lemon jus atau sunquick pun boleh (tak nak letak pun boleh). Mix sebati.
4. Akhir sekali, masuk yogurt asli. Kaup balik hingga sebati. Isikan dalam bekas cupcake.
5. Panaskan ketuhar dengan suhu 160C dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dahulu baru letak topping. Filing strawberry atau buah strawberry pun okay.
Kredit resipi: Ieda Jahaya
KEK OREN
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
½ sudu kecil baking powder
¾ cawan gula pasir
1 biji oren (ambil airnya)
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan oren tadi, jadikan ½ cawan)
1 cawan minyak
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang putih.
2. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick dan garam, masukkan minyak. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul secara perlahan saja.
4. Bila dah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit planta dan dilapik kertas.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 1 jam, guna api atas bawah.
6. Saya guna loyang 8×8, jadi saya gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
KEK KELAPA PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin
½ cawan gula kastor
3 biji telur
Esen ros
1 sudu susu pekat
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kelapa kering
Pewarna merah/hijau/ kuning
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi.
3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap.
4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.
5. Kaub balik adunan.
6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan. Kaub balik adunan.
7. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin.
8. Bakar 170°C selama 60 minit (ikut ketuhar masing-masing). Siap.
Kredit resipi & gambar: Juju Minhad
KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu marjerin atau mentega
4 biji telur (gred A atau B)
1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja)
Esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA:
1. Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit.
2. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan.
3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk.
4. Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati.
5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata.
6. Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5).
7. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar.
SEDIKIT TIP UNTUK MEMASAK KEK SARANG SEMUT:
*Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan.
*Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar).
*Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus.
*Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih.
* Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu, baru guna api atas bawah, fan on.
Kredit resipi & foto: Syafawatie Yatiey
BUTTER CHOC RICE CAKE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, kurangkan sikit ye gula dalam ¾ cawan je)
4 biji telur gred B
1 buku mentega (guna pure butter lagi sedap)
100mls susu segar/ full cream milk
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil butter oil/essence vanilla
Chocolate rice (kuantiti ikut suka)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang.
2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik.
3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik.
4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu.
6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap.
7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal.
8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata.
9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.
10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.
Kredit resipi: Himawari Chan
MINI MANGO CHEESE CAKE
CRUST BISKUT:
1 paket biskut Marie | dikisar halus
1 cawan bijirin Nestum (optional, boleh abaikan jika tak suka)
150gm mentega | dicairkan
CREAM CHEESE:
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut
200ml dairy whipping cream
1 cawan gula kastor
1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak
½ biji mangga susu | dipotong kiub
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
PURI MANGGA:
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan)
1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil
½ cawan gula pasir
½ cawan air masak
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
Pewarna kuning (optional)
CARA-CARA:
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum.
2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata.
3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye.
5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang.
7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika.
8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata.
9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping.
11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati.
12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
KEK PANDAN BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200ml santan
2 sudu makan susu pekat
1 sudu serbuk penaik
1 sudu ovalette
Emulco pandan
Pewarna hijau
CARA MASAK:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit.
4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan ketuhar dalam 5-10 minit.
6. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Siti Sarah Hamid via Loyang & Acuan
KEK NESTUM GEBU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je)
150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit)
Sedikit esen vanila
50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar)
3 sudu besar susu pekat
160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan)
5 biji telur
Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa
CARA-CARA:
1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati.
2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya.
3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.
4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi.
5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya.
6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah.
8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.
Kredit resipi: Lieyaa Homemade
The post 10 Jenis Resipi Kek Yang Sedap & Mudah Dibuat! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/10/10-jenis-resipi-kek-yang-sedap-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 210 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Mudah Sedap Wajib Cuba Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak Fb

Mudah Sedap Wajib Cuba Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak Fb

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 170 hits
Di media sosial terdapat banyak resipi resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya Semuanya sangat mudah disediakan sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta Rata rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah y...
Resipi Asam Gumpal Inti Kacang Hijau Mudah Buat Sedap

Resipi Asam Gumpal Inti Kacang Hijau Mudah Buat Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 236 hits
Sedapnya Kuih Asam Gumpal Biasanya bila tiba bulan kuih ini menjadi pilihan ramai Di sesetengah kawasan agak sukar nak dapatkan juadah juadah kegemaran terutamanya pilihan orang Pantai Timur Andai ada pun tak sama seperti rasa yang kita mak...
Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 203 hits
Bahan bahan Shell tart boleh beli kt shopee senang boleh terus buat cheese dia link Shell tart Cheese 500g Cream cheese 1 sudu besar mentega 2 biji kuning telur 100 gram gula aisingCara cara 1 masukkan gula aising dan Cream cheese kemudian ...
Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 154 hits
Siapa yang suka makan ayam gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill Ayam Percik Ayam Goreng Ala KFC Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Ayam P...
Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 360 hits
Bila masuk musim hujan ni sedap kalau dapat makan makanan yang berkuah kan Paling senang nak buat soto bersama sambal kicap yang meletup Fuhh memang terbaik rasanya makan soto panas panas Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini antara yang m...
Rasa Coklat Mahal Tapi Buat Guna 2 Bahan Je Resipi Chocolate Truffle Ni Memang Sedap

Rasa Coklat Mahal Tapi Buat Guna 2 Bahan Je Resipi Chocolate Truffle Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 153 hits
Bagi penggemar coklat resipi Chocolate Truffles perkongsian saudari Lailatul Naqiuah ni patut anda cuba Walaupun hanya menggunakan 2 bahan sahaja tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang menggunakan pelbagai bahan premium ya...
Resipi Puding Biskut Sultana Paling Sedap Makan Sejuk Sejuk

Resipi Puding Biskut Sultana Paling Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 296 hits
Bila sebut pasal Puding biasanya diperbuat dari roti telur atau biskut lemak Tapi menerusi hantaran saudari Hamidah HA beliau berkongsi resipi Puding Biskut Sultana yang dicuba dari empunya asal Pn Salbiah Mohd Noh Wow Biskut ni kalau dimak...
Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 199 hits
Sambal Ikan Gonjeng Masin perkongsian saudari Nuriani Buang ini sangat istimewa Mana tidaknya ia adalah resipi yang dikongsi dari ibunya Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan ternyata sambal ini sangat sedap dan membuka...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Staycation Di Flemington Hotel Taiping

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Pb House By D Compose Architect In Chiang Thailand

Elevate Your Home S Aesthetic With These Outdoor Renovations

Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police