Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah


Siapa yang suka makan ayam, gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam. Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu! Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill, Ayam Percik, Ayam Goreng Ala KFC, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk, Ayam Panggang Ala Dominos, Ayam Masak Merah, dan Ayam Goreng Cili Kering. Semua resipi ni sangat mudah disediakan. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba koleksi resipi ayam untuk seminggu ni.
Bestnya kalau ada set pinggan baru kat rumah ni macam set Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerware ni design premium pula tu! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
AYAM GRILL

BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
SEMUA BAHAN DI ATAS KITA KISARKAN DIA
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
CARA PENYEDIAAN:
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
 
AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula & garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kemudian boleh dibakar.
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 biji bawang merah/besar
2 labu bawang putih
10 tangkai lada kering/ikut kepedasan (direbus & dikisar)
1 inci halia
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/4 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
2 sudu sos cili
Gula, garam & perasa
CARA PENYEDIAAN KUAH:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul-betul masak..
Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.
Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa.
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.
TIPS NAK LAGI SEDAP, AYAM YANG DIBAKAR MENGGUNAKAN ARANG DICELUP PANAS-PANAS KE DALAM KUAH PERCIK UNTUK MENDAPATKAN KUAH YANG ENAK!
AYAM GORENG ALA KFC

BAHAN-BAHAN:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
6 sudu tepung beras
4 sudu serbuk cili babas
1 kiub pati ayam
Gaul semua bahan di atas bagi sebati
Bahan B
5 biji telur
2 sudu besar magi cukup rasa
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk lada hitam
Kacau sebati..lepas tu masukkan 5 6 sudu bahan A bagi jadi pekat supaya boleh salut ayam
Bahan c
Seekor ayam potong seketul2..gaul dengan garam halus
CARA PENYEDIAAN:
Celup ayam dalam bahan B..lepas tu salut dengan bahan A dan goreng dalam minyak yang banyak (tenggelam semua ayam) sampai masak elok.
 
AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 tangkai daun kari
Setengah ekor ayam (dipotong kecil)
Garam dan serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap lemak manis JALEN
Minyak untuk menggoreng ayam.
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap selama 15 hingga 30 minit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat. Ceduk minyak hingga tinggalkan setengah cawan di dalam kuali tadi.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumiskan d2ngan lebihan minyak tadi.
Masukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Agak pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.
Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan enak dimakan bersama sambal belacan dan ulam pilihan anda..hmmmm sedapppp…
 
AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

BAHAN-BAHAN:
Ayam (1kg drumsticks atau mana mana bahagian yang suka)
2 susu besar butter/marjerin
1 labu bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
2 sudu besar madu
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan semua bahan kecuali ayam
Masak dalam 5-10 minit sehingga butter/ marjerin cair.
Tambah sikit minyak masak masa lumur atau gaul bahan perapan pada ayam.
Perap selama 1-2 jam, lagi lama lagi sedap
Bakar dalam airfryer 180°C 15minit, boleh sesuaikan ikut airfryer memasing ye
 
AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong 14).
Serbuk kunyit
Garam halus
Minyak masak secukupnya
Lada mesin (5 senduk)
Sos tiram (3 sudu makan)
Sos tomato (2 sudu makan)
Sos cili (2 sudu makan)
Gula melaka (1/2 ketol)
Kerisik-(2 sudu makan)
Serai-3 batang (ketok)
Halia-(3 inci) blend
Bawang merah kecil (15 biji) kisar
Bawang putih (12 biji) blend
Bawang besar (2 biji) hiris masuk last
Air putih 2 cawan teh
2 kiub ayam
3 sekawan (Tumis)
Serbuk perasa (saya tak guna)
Gula pasir (agak2)
BAHAN HIASAN:
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
Tomato hiris
Kacang gajus (goreng dulu ye)
Kismis
CARA PENYEDIAAN:
Cuci ayam bersih-bersih ,lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng Ayam) Jangan garing-garing sangat ye nanti ayam keras
Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam 2 senduk, tumis 3 sekawan, bawang merah, putih dan halia tumis sampai warna kekuningan sikit.
Masukkan lada mesin, kacau sampai terbit minyak masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula melaka, kiub ayam. Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
Bila dah terbit minyak masukkan serai, garam, gula dan masukkan ayam…. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan… Kalau takda pun takpe.
 
AYAM GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN:
Dada ayam potong dadu (atau bahagian isi)
5 sudu besar atau lebih tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah
Gaul dengan ayam.. Saya tak guna
Saya gaulkan dengan tepung bestari dan perap 15 minit.. Kemudian goreng
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam cili kering, jangan potong ye
4 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
2 batang daun bawang (potong 1 1/2 inci)
Capsicum hijau dipotong kiub
Bawang besar dimayang
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam 4 sudu besar
Tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning
Masukkan cili kering, goreng sekejap, masukkan sos cili, kicap manis, dan air.
Renehkan sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, capsicum hijau dan 2 sudu besar secukup rasa maggi
1/4 sudu teh garam ..siappp.. Taburkan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
 
Resipi Nasi Serai Memberi Aroma Yang Pasti Membangkitkan Selera

Puding Sirap Bandung Tak Cukup Sepotong Makan Ketika Dingin

Resipi Puding Buah Naga Susu Hidangan Manisan Yang Mudah Untuk Sekeluarga

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:



 
The post Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/09/resipi-lauk-berasaskan-ayam-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Resipi 5 Minit Mudah Je Masak Sup Tauhu Telur Simple

Idea Resipi 5 Minit Mudah Je Masak Sup Tauhu Telur Simple

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 94 hits
Kalau ibu ibu tiada idea nak masak apa untuk hidangan lauk boleh cuba resipi sup tauhu telur simple yang mudah Sedap dan cepat dimasak Resipi yang dikongsi Umi Watie ini ambil masak tak sampai 5 minit pun dah siap masak Anak anak mesti suka...
Resipi Oden Ala Family Mart Simple Mudah Buat

Resipi Oden Ala Family Mart Simple Mudah Buat

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 85 hits
Anak anak suka sangat membeli oden dekat Family Mart Boleh tahan juga harganya jika sering membeli Jadi nak puas hati apa kata buat sendiri lebih puas makan Hanya gunakan pes tomyam dan pes asam pedas je dah sedap Boleh cuba buat ikut resip...
Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 138 hits
Bahan bahan Shell tart boleh beli kt shopee senang boleh terus buat cheese dia link Shell tart Cheese 500g Cream cheese 1 sudu besar mentega 2 biji kuning telur 100 gram gula aisingCara cara 1 masukkan gula aising dan Cream cheese kemudian ...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 145 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 114 hits
Buat roti bakar itu dah biasa Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap iaitu roti butut bakar mok rare Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kia...
Resipi Telur Hancur Masak Berlada Mudah Jimat

Resipi Telur Hancur Masak Berlada Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 64 hits
Telur Hancur Masak Berlada ni antara lauk yang paling mudah dimasak Ia tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya juga sangat sedap Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas ataupun jika dimakan bersama roti juga sedap rasanya Nak cuba Sa...
Resipi Semur Ayam

Resipi Semur Ayam

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 85 hits
Kali ni resipi semur ayam enak banget ni dimasak oleh bibik MY tengok aje sambil main henpon Jadi gambar masa masak takde lah Ada gambar lepas masak aje Resipi Semur AyamBahan bahan Seetengah ekor ayam dipotong sederhana dan cuci bersih2 su...
Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 130 hits
Alhamdulillah saya gembira sangat bila anak saya Nana membuat keputusan untuk menghantar Aliya Hajar ke rumah kami setiap hari Walaupun ada pembantu rumah yang menjaga Aliya saya gembira untuk sama sama menjaga Aliya Setiap kali tiba waktu ...
Buat Ayam Gunting Mudah Cara Puas Makan

Buat Ayam Gunting Mudah Cara Puas Makan

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 65 hits
Ada peminat ayam gunting Buat sendiri lagi puas makan Jom ayam gunting rangup di luar lembut dan juicy di dalam Tak susah hanya guna tepung goreng serbaguna bestari je Dah tak perlu ke pasar malam lagi kalau nak makan ayam gunting Ayam gunt...
Senarai Taska Di Malaysia Kadar Yuran Terkini

Marc Anthony Bergelar Suami Buat Kali Keempat

Cara Menonton Iqiyi Melalui Smart Tv

1 Februari 2023 Masa Berlalu Meninggalkan Kita

Mat Sabu Kini Datuk Seri

3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

5 Perkara Yang Wajib Tahu Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Chinese Education Groups Lodge Police Report Against Nstp Papers For Claiming Sjkc Students Not Keen On Learning Bm



6 Pekerjaan Yang Mungkin Selamat Daripada Ancaman AI

5 Permainan Video Popular Sepanjang Zaman

8 Fakta Biodata Pelakon Sophia Albarakbah Gandingan Terbaru Aliff Aziz Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

8 Kenderaan Ikonik Dalam Industri Filem dan Drama

Kahwin Beristerikan Nad Zainal Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Ungku Ismail Aziz


Azmin Mb Jika Pn Menang Prn Selangor

Permohonan Guru Sambilan Mrsm 2023 Tawaran Gaji Rm100 Sehari

Misi Adeera

T23b02 Kawan Kawan Hello Kitty

Buah Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang

Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023