10 Cara Hilangkan Senggugut Semasa Datang Haid


Bagaimanakah cara hilangkan senggugut yang datang setiap bulan? Masalah senggugut sudah tidak asing lagi bagi setiap wanita yang sedang datang haid.
Ia akan menjadi keluhan pada mereka kerana menyebabkan keterbatasan untuk melakukan banyak perkara dalam urusan harian.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan senggugut yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Tanda Awal Kehamilan Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan Pecah Dara Apa itu senggugut? Senggugut atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “dysmenorrhoea” adalah kesakitan yang dialami pada bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis ialah tempat di mana organ seperti rahim, ovari, saluran falopio, dan pundi kencing berasa.
Senggugut biasa berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula, tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Jenis senggugut Terdapat tiga jenis senggugut yang perlu anda tahu. Berikut adalah penjelasannya:
1. Senggugut primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor.
Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula, tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
2. Senggugut sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebabnya:
Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid. Cyst ovari dan tumor. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis). Kongetial (contoh: rahim bicornuate, rahim subsepta). Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita. 3. Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak.
Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Sebab berlaku senggugut Tanda-tanda senggugut Tanda-tanda umum:
Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang. Loya, muntah, dan cirit-birit. Tanda-tanda khusus:
1. Senggugut primer
Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu.
Rasa sakit akan berhenti apabila haid juga berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari.
Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkay dan selepas bersalin.
2. Senggugut sekunder
Senggugut ini mempunyai seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjang, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk.
Ia akan menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami senggugut sekunder.
Haid yang tidak tetap. Kesakitan antara haid. Pendarahan yang bertambah banyak. Lelehan dari faraj. Kesakitan ketika melakukan hubungan seks. Cara menghilangkan senggugut 1. Banyak minum air
Air suam boleh menjadi cara hilangkan senggugut. Ia mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan seperti membantu melancarkan peredaran darah dan membuang toksik.
Selain itu, air juga boleh mengurangkan kembung semasa haid dan beberapa kesakitan yang menyerang anda.
2. Minum teh herba
Cara hilangkan senggugut yang seterusnya adalah minum teh herba.
Sesetengah jenis teh herba mempunyai ciri anti-radang dan sebatian antispasmodik yang boleh mengurangkan kekejangan otot dalam rahim.
Minum teh chamomile, adas atau halia adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk melegakan senggugut. 
Selain itu, teh herba ini juga mempunyai faedah lain, seperti melegakan tekanan dan membantu menangani gejala insomnia.
3. Makan makanan anti radang
Sesetengah makanan boleh memberikan kelegaan semula jadi untuk kekejangan, dan rasanya sangat enak. 
Makanan anti-radang boleh membantu menggalakkan aliran darah dan melegakan rahim anda. 
Cuba makan buah beri, tomato, nanas dan rempah ratus seperti kunyit, halia atau bawang putih. 
Sayuran hijau berdaun, badam, walnut dan ikan berlemak, seperti salmon, juga boleh membantu mengurangkan keradangan.
4. Lakukan senaman ringan
Jika anda mengalami kesakitan, senaman mungkin menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda. 
Tetapi senaman ringan juga membebaskan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira, mengurangkan kesakitan dan mengendurkan otot.
Lima belas minit yoga, regangan ringan atau berjalan mungkin sahaja yang anda perlukan untuk merasakan manfaat fizikal dan mental senaman . 
5. Buat terapi urutan
Satu kajian mendapati bahawa terapi urut mengurangkan kesakitan haid pada wanita. Urutan boleh mengurangkan kekejangan rahim dengan merehatkan rahim. 
Untuk menguruskan senggugut dengan paling berkesan, terapi urutan harus memberi tumpuan kepada kawasan perut. 
Tetapi urutan seluruh badan yang mengurangkan tekanan keseluruhan anda juga boleh membantu melegakan senggugut.
6. Makan ubat pain reliever
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untu dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat.
Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
7. Banyakkan pengambilan vitamin
Vitamin D boleh membantu badan anda menyerap kalsium dan mengurangkan keradangan. 
Suplemen lain, termasuk omega-3, vitamin E dan magnesium, boleh membantu mengurangkan keradangan dan mungkin menjadikan haid anda kurang menyakitkan. 
Untuk hasil terbaik, ambil suplemen setiap hari, bukan semasa haid sahaja. Disebabkan sesetengah suplemen berinteraksi dengan ubat-ubatan, pastikan anda bertanya kepada doktor sebelum mengambil sesuatu yang baru.
8. Tuaman panas
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
9. Tukar jenis tuala wanita
Ada sesetengah kes dimana senggugut dipacu dari masalah penggunaan tuala wanita yang tidak sesuai.
Tuala wanita biasa misalnya mengandungi bahan kimia di dalamnya. Bagi sesetengah wanita yang sensitif terhadap bahan kimia ini mereka boleh terkena senggugut yang teruk.
Justeru itu, anda boleh pastikan dahulu jenis tuala wanita yang digunakan sesuai. Jika tidak bertukarlah kepada tuala wanita jenis kain untuk keselesaan berpanjangan.
10. Jaga pantang makan
Senggugut juga berkait dengan pemakanan dan gaya hidup. Justru itu kita haruslah peka dan bijak dalam menjaganya.
Antara contoh yang paling lazim adalah untuk elak dari makan makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.
Sebaliknya, banyakkan lagi makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat tinggi.
Bila perlu jumpa doktor? Sekiranya anda mendapati tanda atau kesakitan senggugut semakin teruk setiap bulan, segeralah jalani pemeriksaan dengan doktor anda.
Hal ini kerana, senggugut juga boleh menjadi petanda penyakit lain yang lebih serius seperti endometriosis dan fibroid (cyst).
Justeru, dapatkan kepastian dari doktor lebih awal untuk memastikan kesihatan diri dalam keadaan baik.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara hilangkan jeragat dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Sumber:
Amalan Ketika Haid Perlu Wanita Muslim Tahu. Taqwa Ways to stop period cramps. Health Partner Senggugut. My Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-hilangkan-senggugut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-hilangkan-senggugut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cara Hilangkan Senggugut Secara Semula Jadi Tanpa Melalui Ubat

6 Cara Hilangkan Senggugut Secara Semula Jadi Tanpa Melalui Ubat

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 181 hits
Senggugut kerap dialami oleh mereka yang bergelar wanita saat kedatangan haid Ramai mencari cara hilangkan senggugut kerana senggugut dapat memberi kesan kepada tubuh badan manusia Ia juga sering kali menjadi keluhan kerana ia dapat menggan...
6 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Di Rumah Menurut Doktor

6 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Di Rumah Menurut Doktor

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 295 hits
Secara umumnya semua orang pernah merasai sakit gigi berdenyut Ramai di kalangan kita sentiasa mencari cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut di rumah Namun terdapat banyak petua yang tidak betul dan tidak berkesan dalam usaha untuk meraw...
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin

Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 309 hits
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas BersalinTips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin Perut buncit disebabkan oleh viseral fat dan lemak di kulit kerana ambil kalori berlebihan dan kurang aktiviti fizikal Saya per...
Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 10 Minit Tanpa Laser

Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 10 Minit Tanpa Laser

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 268 hits
Bagaimanakah cara hilangkan jeragat khususnya bagi wanita yang akan berganjak ke usia 40 an dan cenderung berisiko untuk mendapatkan masalah kulit wajah Artikel pada kal ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara hilangkan je...
Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya Pada Anak Kecil

Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya Pada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 203 hits
Tips Cara Hilangkan Kutu Rambut dan Telurnya Pada Anak KecilTips Cara Hilangkan Kutu Rambut dan Telurnya Pada Anak Kecil Hazim ada kutu semalam Terus ibu gelabah Dia nak gi sekolah pastu ibu tengok dia asyik duk menggaru kepala Ibu pun ambi...
6 Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah Dan Cepat

6 Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 252 hits
Love Bite adalah merupakan ciuman lebam Ramai yang mencari cara hilangkan love bite kerana ia meninggalkan kesan tanda yang tidak sesuai untuk dinampakkan pada umum Jika kesan Love Bite ini dinampakkan di khalayak ramai ia akan memberi kesa...
Cara Tukar Status Kenderaan Batalkan E Hailing Ke Persendirian

Cara Tukar Status Kenderaan Batalkan E Hailing Ke Persendirian

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 426 hits
CARA TUKAR STATUS KENDERAAN BATALKAN e HAILING KE PERSENDIRIAN Sekiranya anda ingin menukar status kenderaan e haling atau teksi anda kepada kenderaan persendirian anda perlu memilih jenis pemeriksaan khas tukar guna dalam ruangan ketika me...
Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang

Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 225 hits
Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang Apakah Anda seorang penggemar permainan slot online Jika ya maka Anda mungkin sudah familiar dengan permainan slot Zeus yang terkenal Slot Zeus merupakan salah satu permainan ...
Cara Mohon Kerja Empire Sushi Cawangan Di Seluruh Negeri

Cara Mohon Kerja Empire Sushi Cawangan Di Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 309 hits
Jom mohon kerja Empire Sushi yang ramai orang kenali sebagai kedai rangkaian sushi nombor satu di Malaysia Pastinya ia mempunyai pihak pengurusan yang berkualiti Pernah memenangi pelbagai anugerah terbaik pihak empire sushi sememangnya amat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran