Cara Tukar Status Kenderaan Batalkan E Hailing Ke Persendirian
CARA TUKAR STATUS KENDERAAN BATALKAN e-HAILING KE PERSENDIRIAN (Batal EVP Puspakom B2 Borang JPJK8)
Sekiranya anda ingin menukar status kenderaan e-haling atau teksi anda kepada kenderaan persendirian anda perlu memilih jenis pemeriksaan khas – tukar guna dalam ruangan ketika membuat temujanji MyPUSPAKOM. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut:
Salinan kad pengenalan diri atau wakil
Borang JPJK8 (pind. 1/2016)
Salinan surat pembatalan oleh EHO
Laporan pemeriksaan khas (B2) puspakom
CARA BATALKAN STATUS e-HAILING KE PERSENDIRIAN
Terdapat beberapa proses untuk anda batalkan pendaftaran anda sebagai pemandu e hailing. Antaranya adalah seperti berikut:
CARA BATALKAN EVP
Sekiranya anda ingin batalkan EVP, berikut adalah merupakan caranya:
Anda boleh membuat panggilan kepada syarikat ehailing itu tersebut untuk dapatkan surat pembatalan evp atau ehailing.
Surat tersebut akan dikirimkan kepada anda menerusi email anda.
Printkan surat tersebut untuk simpanan ke JPJ nanti.
NOTA: Pembatalan EVP perlu dilakukan sebelum membuat urusniaga interchange dan penukaran hak milikan kenderaan motor (Selain/Secara) sukarela.
CARA PEMBATALAN e-HAILING DI PUSPAKOM
Inspection puspakom perlu dibuat supaya anda boleh menukar status kenderaan anda. Jenis pemeriksaan puspakom tersebut adalah B2. Berikut adalah merupakan cara untuk tempahan puspakom bagi tujuan batal e-hailing iaitu:
Layari website puspakom: https://www.mypuspakom.com.my/
Log masuk ke dalam akaun anda. Jika belum daftar, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
Pada paparan utama klik pada branch reservation.
Isikan maklumat kenderaan anda mengikut task yang disediakan sehingga lengkap.
Buat pembayaran secara online.
Kemudian print borang yang telah anda lengkapkan. Barcode akan diberikan sebaik saja anda membayar.
Jadi anda perlu datang pada waktu yang ditetapkan anda hanya perlu membuat scan sahaja tanda kehadiran.
CARA BATALKAN e-HAILING DI JPJ
Setelah pembatalan evp dibuat dan juga puspakom b2 telah pun selesai, berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembatalan status e-hailing kepada persendirian iaitu:
Datang ke JPJ sama ada pejabat JPJ Negeri atau cawangan dengan membuat urusan tukar status dengan mengisi borang JPJ K8 (mengikut perubahan semasa). Borang ini adalah bagi membuat pindaan kod kegunaan.
Borang permohonan yang lengkap akan diproses dan ditapis oleh JPJ
Jika lengkap, proses pertukaran kenderaan persendirian e-Hailing (AH) kepada kenderaan persendirian individu (AB/AD) akan dilakukan
Selesai saja penukaran ini. Status kenderaan anda telah pun bertukar menjadi kepada private car atau persendirian seperti dulu.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara batalkan e-Hailing ke persendirian, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pengangkuta Jalan
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM (Buat Temujanji Pembaharuan LKM)
SENARAI KAUNTER BERGERAK JPJ (JPJ Mobile) MENGIKUT NEGERI
CARA LUPUS KERETA MOTOSIKAL DI JPJ (Borang Pelupusan)
The post CARA TUKAR STATUS KENDERAAN BATALKAN e-HAILING KE PERSENDIRIAN (Batal EVP Puspakom B2 Borang JPJK8) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-batalkan-e-hailing.html