Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas



Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam.

Katanya, tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah berlaku di negara ini.

“Dalam isu zakat, proses wajib yang lazimnya adalah ia diambil dari orang Islam, untuk orang Islam dan di uruskan oleh orang Islam.

“Namun, apabila tularnya di media sosial mengenai Adun Pulau Tikus , Chris Lee Chun Kit mengedarkan kit bantuan zakat kepada penerima zakat, saya merasakan ia sangat tidak wajar dilakukan malah belum pernah berlaku sebelum ini di dalam negara.

“Isu zakat cukup sensitif di kalangan orang Islam dan adalah sangat wajar orang Islam yang menguruskannya,” katanya di Facebook.

Khalil merujuk kepada hantaran Facebook Chris Lee pada 26 Mei yang memaparkannya menyerahkan bantuan zakat kepada penduduk di MPKK Kampung Heriot dan MPKK Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus.
Hantaran itu menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuklah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan tindakan Chris.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mempertahankan Lee bersandarkan pandangan Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa harus untuk orang bukan Islam diwakilkan untuk menerima atau mengagihkan zakat.

Mengulas lanjut, Khalil bekata, dia difahamkan perkara sama turut dilakukan oleh beberapa lagi wakil rakyat bukan beragama Islam di Pulau Pinang.

Dakwanya, amalan itu tidak seharusnya berlaku dan wajib ditegur serta dipantau agar tidak menimbulkan prasangka buruk dan mendatangkan fitnah yang boleh meresahkan umat Islam.

Sehubungan itu, Khalil menyarankan agar wakil rakyat bukan Islam menyerahkan perkara berkaitan zakat kepada pegawai-pegawai mereka yang beragama Islam untuk memudahkan proses tersebut dan mengelak menimbulkan syak wasangka serta fitnah.

“Perkara sebegini harus dipantau oleh pihak berwajib agar ia tidak berulang lagi.

“Saya menyeru kepada umat Islam di dalam negara agar sama–sama menghayati Ramadan dan menjaga agama Islam agar tiada yang mengambil kesempatan ke atasnya di bulan yang mulia ini.

“Islam wajar dipelihara kesuciannya agar tidak di perkotak–katikkan dan diambil kesempatan ke atasnya. Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesuciannya, siapa lagi yang kita mahu harapkan?” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/zakat-dari-islam-untuk-islam-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 663 hits
SOSMED Sehari dua ini hangat isu pimpinan DAP yang memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat ke umat Islam yang layak menerimanya Hal ini menjadi persoalan kerana ramai pihak berpendapat tujuan pimpinan DAP mengagihkan bantuan zakat adala...
Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 303 hits
Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza com itu sebagai sangat sangat ...
Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 302 hits
Piagam PAS Umno hanya untuk kuasa kata Husam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 29AM
Lebih Manis Orang Islam Agihkan Zakat Mufti Kelantan

Lebih Manis Orang Islam Agihkan Zakat Mufti Kelantan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 403 hits
Diterbitkan 31 Mei 2019 Tindakan wakil rakyat bukan Islam mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri kata Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad Bagaimana...
Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 477 hits
Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf Ini kerana tiada nas yang menjelaskan haram perbuatan itu dilakukan Mengikut hukum fikah semua perkara adalah harus melainkan ada nas mengatakan sebalikny...
Azhar Idrus Pas Pilihan Terbaik Untuk Umat Islam

Azhar Idrus Pas Pilihan Terbaik Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 329 hits
PRU14 Penceramah terkenal Azhar Idrus hari ini membuat kemunculan dalam siri kempen PAS di Kuala Terengganu dan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap parti Islam itu Penceramah bertaraf selebriti yang popular dengan pendekatan jenaka ...
Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 297 hits
Kata pemimpin Yadim itu isu tersebut diuar uarkan pihak tertentu antara lain untuk menunjukkan mereka kuat dan dapat sokongan ramai
Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 383 hits
Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysi...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation