Lebih Manis Orang Islam Agihkan Zakat Mufti Kelantan


Haspaizi ZainDiterbitkan 31 Mei 2019,

Tindakan wakil rakyat bukan Islam mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri, kata Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.

Bagaimanapun katanya, adalah 'tidak manis' bagi bukan Islam berbuat demikian kerana ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan agihan zakat.

"Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum.

"Tetapi, lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit mengundang kontroversi apabila bertindak mengedarkan kit bantuan zakat kepada penduduk Islam Ahad lalu.
Chun Kit dalam status dimuat naik di dalam laman Facebook menjelaskan kit bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu diagihkan kepada penerima di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bangkok Lane dan Kampung Herriot di Pulau Tikus.

Bagaimanapun, tindakannya menyerahkan kit bantuan zakat itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggap perbuatan tersebut sebagai mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ia kemudiannya mendapat respon Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor yang menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah.

Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.

'Tak pernah berlaku zaman nabi'

Bagi pendakwah bebas, Rasyiq Alwi pula tidak bersetuju dengan tindakan bukan Islam melakukan agihan zakat kerana ia membabitkan ibadah dalam Islam.

Jelasnya pada zaman Rasulullah SAW tidak pernah berlaku bukan Islam diamanahkan berbuat demikian walaupun ketika itu terdapat bukan Islam di kota Madinah.

"Saidina Umar al- Khattab pernah menolak usaha lantikan seorang Kristian dalam urusan zakat walaupun dia ada beberapa kelebihan. Ini kerana wujud para sahabat yang mampu mengurus zakat waktu yang sama Saidina Umar enggan urusan Islam dimasuk campur oleh kafir.

"Sebahagian ilmuan yang mengatakan harus mewakilkan orang bukan Islam untuk mengagihkan zakat itu adalah pada keadaan pemilik zakat, iaitu orang yang keluarkan zakat itu sendiri yang wakilkan sendiri kepada orang bukan Islam untuk diagihkan," jelasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/lebih-manis-orang-islam-agihkan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 382 hits
Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysi...
Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 218 hits
Muslim Suni di Desa Wakal Kaitetu Kecamatan Leihitu dan Tengahtengah Kecamatan Salahutu Pulau Ambon Kabupaten Maluku Tengah Provinsi Maluku Senin hari ini merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1440 Hijriah
Agihbantuanzakat Agihan Zakat Oleh Pemimpin Bukan Islam Jejas Imej Zpp

Agihbantuanzakat Agihan Zakat Oleh Pemimpin Bukan Islam Jejas Imej Zpp

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 336 hits
Pemuda UMNO Nibong Tebal bimbang isu penyerahan zakat oleh pemimpin dan wakil rakyat bukan Islam akan meninggalkan imej tidak baik kepada Zakat Pulau Pinang Ketuanya Mohd Norhiesam Ismail berkata ZPP sebelum ini mempunyai reputasi yang baik...
Agih Zakat Pemimpin Dap Sengaja Cabar Islam

Agih Zakat Pemimpin Dap Sengaja Cabar Islam

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 317 hits
MOHD KAMIL AB HALIM 01 JUNE 2019SELEPAS tindakan biadab beberapa Adun DAP yang mengagihkan bantuan daripada Zakat Pulau Pinang untuk kepentingan politik semalam Ahli Parlimen DAP Batu Kawan Kasthuriraani Patto telah mengulangi perlakuan yan...
Sekurangnya Akak Bagitahu Makanan Anak Tumpah Ada Orang Tinggal Je Lebih Manis Maklumkan Pada Pekerja

Sekurangnya Akak Bagitahu Makanan Anak Tumpah Ada Orang Tinggal Je Lebih Manis Maklumkan Pada Pekerja

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 555 hits
Lumrah si kecil kalau makan pasti akan meninggalkan sisa ataupun sisa akan bersepah di bawah lantai Situasi ini memang tidak dapat dielakkan lebih lebih lagi di tempat awam Baca Selanjutnya Namun lebih baik jika ibu bapa dapat membersihkan ...
Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 292 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam Katanya tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah b...
Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 476 hits
Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf Ini kerana tiada nas yang menjelaskan haram perbuatan itu dilakukan Mengikut hukum fikah semua perkara adalah harus melainkan ada nas mengatakan sebalikny...
Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 652 hits
Malam ini adalah malam ke 3 Master dan Mummy tidur di HUSM dan malam ke 2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti Adus keluh Master...
Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 663 hits
SOSMED Sehari dua ini hangat isu pimpinan DAP yang memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat ke umat Islam yang layak menerimanya Hal ini menjadi persoalan kerana ramai pihak berpendapat tujuan pimpinan DAP mengagihkan bantuan zakat adala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt