Agih Zakat Pimpinan Dap Tunggang Agama Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens


SOSMED | Sehari dua ini hangat isu pimpinan DAP yang memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat ke umat Islam yang layak menerimanya.






Hal ini menjadi persoalan kerana ramai pihak berpendapat tujuan pimpinan DAP mengagihkan bantuan zakat adalah demi millage politik.


Misalnya Fathul Farisan berkata, "Ramai masih tak faham dan tengok benda ni secara literal.. Yang dimarahkan ialah perbuatan pemimpin DAP ni menunggang agama Islam dengan menggunakan zakat bagi menampakkan mereka "mesra Muslim".. 

Kalau betul-betul mereka ikhlas, buat di tempat tertutup, tanpa ada orang tengok, rasanya mereka akan menyondol tak zakat ni?

INi tak, muka terpampang sana-sini riak menunjuk agih zakat padahal orang Islam yang bekerja membayar zakat pun tak berlebih macam tu," komennya.

Nasruddin Tantawi pula berkata;

Janganlah satu hari nanti non muslim kena sembelih daging korban..


Kenyataan oleh Ustaz Aznan Hasan di Facebooknya pula mendapat respon meluas netizens dan dikongsikan oleh ramai pihak;

"Sepanjang saya menjadi penasihat syariah bank-bank (sama ada sebagai chairman atau ahli biasa), pengalaman saya ialah, kita amat berjaga dengan agihan zakat. 

Kita akan pastikan bahawa agihan zakat ini jauh daripada capaian ahli politik. Bahkan, pernah kita menolak proposal agihan zakat daripada seorang menteri untuk beliau agihkan kepada kawasan beliau. 

Menteri tersebut call saya secara peribadi, dan bertanya kenapa tak benarkan. Saya memberitahu beliau kenapa kita tak nak agihan zakat ini diberikan oleh ahli politik, walaupun beliau adalah menteri dan agihan tersebut adalah utk kawasan beliau. 

Beliau berhujah bahawa mereka yang pegawainya beri nama tersebut adalah asnaf yang sepatutnya menerima sumbangan. Saya kata tak ada masalah. Kami boleh buat assessment kami dan kami akan serahkan, tanpa perlu kehadiran beliau. (Beliau bertanya, bolehkah saya hadir? Jawapan saya: Sesiapa saja boleh hadir. Tak ada masalah. Tapi untuk nak serah dan berucap, kita tak dapat beri.) 

Kami tak mahu agihan zakat ini menjadi milage politik sesiapa sekalipun. Apa yang penting adalah zakat sampai kepada mereka, tak penting melalui sesiapa, termasuklah beliau. 

Daripada nada suara beliau, saya tahu beliau tetap tak berpuas hati, namun beliau tahu, itu prinsip yang kami pegang. Jika ini yang kita lakukan kepada MP dan ADUN Muslim, apatah lagi jika agihan zakat ini, menjadi milage kepada MP Arau ADUN yang bukan Islam.

Ini adalah pengalaman saya. Penasihat Syariah lain, saya tak tahu," katanya dalam satu kenyataan.
 
Manakala Sue Qaseh berkongsikan fatwa,"Menurut Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Mei 2001, orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil iaitu mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat. 

Keputusan ini terpakai dalam isu mewakilkan orang bukan Islam dalam mengagihkan zakat. Biarpun mungkin tiada lantikan rasmi, tetapi mewakilkan mereka tidak bertepatan dengan al-Siyasah al-Syariyyah," tulisnya.

Bagaimanapun semakan mendapati fatwa sedemikian tiada wujud di laman web agensi berkenaan. Sebaliknya apa yang ada ialah;

 

Rujukan (sini)

Berkemungkinan besar fatwa yang disebarkan oleh sebilangan pihak telah diubahsuai bagi tujuan mengelirukan. 

Berdasarkan semakan juga, fatwa wanita dan orang bukan Islam sebagai amil tidak diwartakan.



 
Manakala Khairul Azri menulis;
 
"AMIL.

Amil ialah mereka yang dilantik untuk melaksanakan segala fungsi urusan zakat yang meliputi tugas memungut, menyimpan, mengagih dan mentadbir wang zakat. Ia terdiri daripada pemungut, kerani, jurukira, pengagih, pentadbir, penjaga stor dan jawatan lain yang berkaitan. [1]

Menurut kitab ‘Ianah al-Thalibin, syarat-syarat amil zakat ialah Islam, memahami hukum fikah, mukallaf, merdeka, adil, mendengar, melihat, lelaki dan amanah. [2]

Menurut Yusuf al-Qaradhawi, syarat-syarat amil zakat ialah Islam, mukallaf, jujur, memahami hukum zakat, mampu melaksanakan tugas, adil, merdeka, bukan keturunan Nabi SAW, dan lelaki.[3]

Menurut Mazhab Maliki, amil tidak boleh dilantik dari kalangan orang kafir, fasiq dan orang jahil.

Daripada hujah-hujah tersebut, dapat dirumuskan bahawa zakat adalah berkaitan dengan urusan agama, maka orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai amil zakat.

Sekian.

*Nota Kaki: Petikan asal daripada Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,
Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat - Cetakan 2009 ketika membincangkan mengenai Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan
Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Rujukan :
 
[1] Al-Qaradhawi, Yusuf, Fiqh al-zakah, jld.2 hlm.579.
[2] Syed al-Bakri Mohamad Syatha al-Dimyati, Ianah al-thalibin, jld. 2, hlm.190. 87
[3] Al-Qaradhawi, Yusof, Fiqh al-zakah, jld. 2, hlm. 586-589," katanya dalam kenyataan itu.


Mufti Pulau Pinang sebelum ini mengatakan hukumnya harus bagi bukan muslim terlibat dalam agihan zakat. - 2 Jun 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/agih-zakat-pimpinan-dap-tunggang-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agih Zakat Pemimpin Dap Sengaja Cabar Islam

Agih Zakat Pemimpin Dap Sengaja Cabar Islam

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 278 hits
MOHD KAMIL AB HALIM 01 JUNE 2019SELEPAS tindakan biadab beberapa Adun DAP yang mengagihkan bantuan daripada Zakat Pulau Pinang untuk kepentingan politik semalam Ahli Parlimen DAP Batu Kawan Kasthuriraani Patto telah mengulangi perlakuan yan...
Musuh Agama Mahu Perlahankan Gerakan Islam Kata Nasrudin

Musuh Agama Mahu Perlahankan Gerakan Islam Kata Nasrudin

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 309 hits
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini mengingatkan tentang apa yang menurutnya sebagai usaha musuh Islam untuk memperlahankan gerakan Islam dan umat Islam Tanpa menamakan mana mana pihak secara khusus Nasrudin dalam kenyataan hari i...
Zahid Bidas Lakonan Agih Zakat Wakil Rakyat Dap

Zahid Bidas Lakonan Agih Zakat Wakil Rakyat Dap

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 290 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi membidas wakil rakyat DAP Chris Lee Chun Kit yang memuat naik gambarnya mengagihkan zakat di Pulau Tikus Pulau Pinang kelmarin Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam da...
Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 248 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam Katanya tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah b...
Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

Tugas Agih Zakat Diserah Kepada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 400 hits
Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf Ini kerana tiada nas yang menjelaskan haram perbuatan itu dilakukan Mengikut hukum fikah semua perkara adalah harus melainkan ada nas mengatakan sebalikny...
Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 252 hits
Kata pemimpin Yadim itu isu tersebut diuar uarkan pihak tertentu antara lain untuk menunjukkan mereka kuat dan dapat sokongan ramai
Boleh Teruskan Siasatan Salah Laku Kehakiman Walau Ada Saman Kata Menteri

Boleh Teruskan Siasatan Salah Laku Kehakiman Walau Ada Saman Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 449 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong KOTA KINABALU Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh meneruskan siasatan ke atas dakwaan salah laku kehakiman walaup...
Jika Dap Ikhlas Dekati Islam Lepas Raya Kasi Sunat Potong

Jika Dap Ikhlas Dekati Islam Lepas Raya Kasi Sunat Potong

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 484 hits
DAP kini sedar mereka perlukan sokongan orang Melayu Muslim Mula mula DAP sedar adalah bila UMNO dan PAS umumkan kerjasama Jika hubungan mereka dengan PPBM retak dan putus lagi terjejas strategi pecah dan perintah undi undi kaum majoriti Me...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis