Zahid Najib Berjaya Yakinkan Mp Keluar Pn Janji Jawatan Pm Milik Umno
agendadaily.com6/7/2021
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak antara yang hadir dalam pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional di Wisma Perwira semalam.
Pertemuan Ahli-Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung semalam berakhir dengan tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Difahamkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergandingan mantap bersama Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dalam memberikan hujah untuk mengajak MP UMNO dan BN bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pertemuan yang berakhir lewat malam semalam di Wisma Perwira adalah susulan daripada pertemuan awal pada tengahari semalam antara Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Zahid meminta Menteri dan Timbalan Menteri melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan.
MP yang hadir terpukau dan mendengar satu persatu hujahan Zahid yang disokong oleh Najib, menurut sumber parti semua yang hadir teruja dengan janji yang ditawarkan semasa pertemuan itu.
Antara perkara yang dibincangkan adalah langkah seterusnya jika mereka menarik sokongan daripada kerajaan, Zahid dan Najib memberitahu jawatan Perdana Menteri (PM) adalah milik UMNO selepas jajaran baharu tersebut dibentuk.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak memperincikan parti-parti yang akan terlibat dalam pembentukan jajaran baharu tersebut, nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak disebut sebagai calon PM dalam pertemuan semalam.
Sebelum ini juga, Zahid dikatakan akan bekerjasama dengan Anwar untuk membentuk kerajaan bersama DAP dalam rakaman perbualan antara keduanya yang viral.
Walaupun menafikannya, Zahid dan Presiden PKR itu sama-sama tidak membuat laporan polis mengenainya.
Semasa pertemuan semalam, Zahid dan Najib memberikan keyakinan dengan pembentukan jajaran baharu tersebut, UMNO akan kembali menjadi dominan dan mengetuai tampuk kerajaan apabila jawatan PM diberikan kepada mereka nanti.
Retorik kuasa dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat antara isu-isu yang dibincangkan dalam pertemuan semalam, Zahid dan Najib menyuarakan pandangan kelemahan dan kegagalan kerajaan PN dalam menangani pandemik Covid-19 serta keadaan rakyat yang semakin tertekan.
Hujah-hujah tersebut dijadikan asas dan alasan berlapik untuk Menteri UMNO dan MP yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya meletakan jawatan mereka.
Menurut sumber, hampir majoriti MP UMNO dan BN hadir semasa pertemuan semalam, kecuali Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang berada diluar negara atas urusan peribadi.
Semalam, Agenda Daily mendedahkan beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen BN berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan PN, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Zahid semalam.
Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Kemudiaan, Najib juga tiba dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.
Menurut sumber Agenda Daily, difahamkan semasa pertemuan di Menara Dato Onn itu, cadangan yang dikemukakan oleh Zahid dan Najib supaya keluar daripada kerajaan PN ditolak atas alasan sekarang bukan masanya untuk berpolitik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/zahid-najib-berjaya-yakinkan-mp-keluar.html