Sediakah Zahid Lepas Jawatan Presiden Untuk Tunjuk Umno Bersih


agendadaily.com8/7/2021
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi punca pengundi menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti kerana kes-kes mahkamahnya.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menggesa Zahid meletak jawatan Presiden UMNO jika mahu melihat parti itu kembali mendapat kepercayaan pengundi.

Ahli Parlimen Padang Besar itu percaya jumlah undi yang akan diperoleh calon UMNO akan turun selagi Zahid kekal sebagai presiden kerana rakyat akan merujuk tuduhan mahkamah terhadapnya.

“Zahid masih lagi mempunyai kes mahkamah yang akan memberi impak negatif terhadap imej UMNO.

“Kalau kita lihat sebelum ini, ahli UMNO yang ada kes mahkamah akan meletak jawatan. Contohnya Rahim Thamby Chik, Mat Taib (Muhammad Muhd Taib), Khir Toyo dan terbaru Ketua Bahagian Mersing.

“Sebab itu UMNO dulu kuat dan dihormati rakyat. Kita perlu tunjukkan bahawa UMNO bersih kerana rakyat ketika ini sudah kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara sebelum ini,” katanya pada sebuah wacana dalam talian semalam.

Semalam Agenda Daily melaporkan pemimpin senior parti yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Zahid menggunakan MT UMNO untuk mendesak PM meletak jawatan disebabkan perbicaraan kesnya yang semakin hampir dijatuhi hukuman dan sudah kesuntukan masa.

“Kes Zahid tetap tidak selesai sebab Tan Sri Muhyiddin tidak mahu berkompromi. Ini bermakna keputusan tersebut (keluar Perikatan Nasional dan tarik balik sokongan) lebih kepada pengaruh dan dendam,” kata Nazri.

Nazri juga berkata Zahid dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak mahu membawa UMNO keluar daripada PN disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing-masing daripada kes mahkamah.

Untuk rekod, Zahid kini sedang berdepan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Najib pula berdepan beberapa kes mahkamah antaranya tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta,empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Mengenai keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN seperti diumumkan Zahid, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, tindakan itu akan memberi peluang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih menjadi Perdana Menteri (PM).

“Saya tak kisah kalau calon PM bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau PAS saya akan sokong. Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Anwar memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Zahid.

“Saya tak sokong sebab saya berpegang kepada prinsip ‘No Anwar No DAP’,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/sediakah-zahid-lepas-jawatan-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 184 hits
Rakan rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sebaliknya mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Peri...
Zahid Beritahu Umno Akan Diberi Jawatan Pm Dalam Jajaran Baharu

Zahid Beritahu Umno Akan Diberi Jawatan Pm Dalam Jajaran Baharu

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 210 hits
Ahli Ahli Majlis Tertinggi diberitahu Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan diberi jawatan Perdana Menteri dalam jajaran baharu disertainya lapor Utusan Online Portal tersebut berkata keyakinan itu dinyatakan semasa per...
Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 257 hits
agendadaily comJohari Abdul perlekeh cita cita Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri PKR menafikan jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada UMNO sekiranya jajaran baharu dibentuk ia selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memberita...
Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 216 hits
TOKOH wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan pandangan yang mengatakan tekanan atau kecaman dihadapi Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ini adalah berbeza daripada Presiden Umno terdahulu Orang lama yang su...
Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 173 hits
June 25 2021 Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagiUmno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih kerana wabak Covid 19 Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan seca...
Zahid Najib Berjaya Yakinkan Mp Keluar Pn Janji Jawatan Pm Milik Umno

Zahid Najib Berjaya Yakinkan Mp Keluar Pn Janji Jawatan Pm Milik Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 210 hits
agendadaily com6 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak antara yang hadir dalam pertemuan dengan Ahli Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional di Wisma Perwira semalam Pertemuan Ahli Ahli Parlimen UMNO d...
Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 273 hits
On Jul 7 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberi tekanan kepada Ismail Sabri Yaakob ketika pemimpin parti itu bermesyuarat secara maya dalam Majlis Tertinggi Umno malam ini dilihat sebagai usaha terakhir beliau agar part...
Tajuddin Lepas Kemarahan Zahid Pecat Beliau Dari Jawatan Pengarah Pilihan Raya

Tajuddin Lepas Kemarahan Zahid Pecat Beliau Dari Jawatan Pengarah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 237 hits
agendadaily com14 7 2021Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat begitu marah terhadap perbuatan Presiden UMNO Datuk Seri Ah...
Tidak Benar Presiden Umno Buat Keputusan Sendiri

Tidak Benar Presiden Umno Buat Keputusan Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 202 hits
MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama bangsa dan negara Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun Segalanya diputuskan secara ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses