Yuna Sertai Black Out Menentang Isu Perkauman






PENYANYI popular Yuna yang kini menempa nama di Amerika Syarikat (AS) menzahirkan sokongan menentang isu perkauman membabitkan orang kulit hitam di AS dengan menyertai gerakan 'black out', hari ini.

Yuna berkata, sokongan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai penghibur yang banyak menerima inspirasi daripada golongan itu.

"Sebagai artis Muslim Malaysia yang membesar dengan mendengar karya muzik daripada artis dan komposer kulit hitam, saya tidak pernah membayangkan bahawa saya kemudian akan membesar dan berpeluang bekerja dengan artis, penerbit, pemuzik dan penari kulit hitam yang berbakat, bahkan mampu berhubung dengan peminat.

"Ini adalah tanggungjawab saya untuk bersama-sama mereka, bukan hanya ketika meraikan kejayaan sahaja, tetapi tetap bersama mereka ketika mereka berada di saat sukar.

"Tanpa mereka, kita tidak akan dapat menikmati dan terinspirasi dengan seni yang mereka bawakan dengan menghubungkan semua orang di seluruh dunia, bahkan hingga ke Malaysia," katanya menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

Terdahulu, industri muzik di AS menggesa untuk sama-sama menyertai 'black out' dengan menghentikan seketika segala bentuk aktiviti berkaitan muzik susulan kematian George Floyd selama satu hari.

Menurut Yuna, langkah itu dibuat sebagai bentuk solidariti kepada rakan seperjuangan berkulit hitam yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan karier muziknya.

"Saya dan syarikat rakaman akan bersama-sama menyertai industri muzik untuk mengadakan 'black out' hari ini.

"Ia sebagai tanda solidariti kepada saudara berkulit hitam saya dalam menentang isu perkauman dan menghubungkan semula dengan komuniti di mana satu perbincangan mengenai menentang isu perkauman perlu dilakukan," katanya.

Sementara itu, Yuna menerusi di Instagram seakan menyindir tindakan pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai rusuhan yang sedang berlaku di AS.

Yuna seperti menggambarkan kenyataan bekas ratu cantik Malaysia itu menambah keperitan yang dunia sedang alami.

"Bila anda tidak mahu belajar sesuatu yang anda tak fahami, anda juga tidak mahu cuba faham dengan apa yang orang lain lalui, dan anda terus menggunakan platform anda untuk berkongsi pandangan yang salah, mempersenda orang lain yang ingin menolong. Anda hanya menambah kepada keperitan yang dunia sedang alami

"Anda sudah gagal walaaupun orang lain berjuang habis-habisan untuk mendapat hak sama rata (walaupun anda mengatakan anda turut perjuangkan)," katanya.

Sebelum ini, Samantha melontarkan komen bahawa mereka yang melakukan rusuhan tidak berjaya mencapai matlamat melalui apa yang disifatkannya sebagai keganasan.

Menurut Samantha, rusuhan dan bantahan masyarakat kulit hitam menandakan golongan kulit putih 'telah menang'.

Dalam kenyataan sama, dia juga berkata masyarakat kulit hitam sepatutnya menerima kelahiran mereka sebagai cabaran.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/06/yuna-sertai-black-out-menentang-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Perkauman As Henry Golding Marah Ratu Cantik

Isu Perkauman As Henry Golding Marah Ratu Cantik

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 463 hits
Gambar Hendry dan Samantha HALAMAN HIBURANHenry Golding marah ratu cantikPELAKON kelahiran Malaysia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat Henry Golding menempelak tindakan pemenang Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James 25 ya...
Isu Perkauman Caprice Tempelak Miss Universe Malaysia 2017

Isu Perkauman Caprice Tempelak Miss Universe Malaysia 2017

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 550 hits
Tindakan bekas Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap golongan berkulit gelap mendapat perhatian umum Namun kecoh apabila rapper dan ushawan terkemuka tempatan Caprice tampil mene...
Hiburan Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman

Hiburan Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 278 hits
Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sentiasa mengetengahkan isu perkauman dalam sesuatu perkara aktres Sharifah Amani tampil bersuara berkenaan hal berkenaan di laman Instagramnya Menurut Amani belum dikhabarkan kecewa terhadap piha...
Imigresen Perlu Mantapkan Sop Tangani Isu Lambakan Warga Asing

Imigresen Perlu Mantapkan Sop Tangani Isu Lambakan Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 318 hits
Tak mustahil warga asing tiada rekod keluar terbabit dengan jenayah Pensyarah UIAM Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood BANGI 10 Syawal 1441H Selasa Jabatan Imigresen Malaysia disaran untuk memantapkan Prosedur Standard Operasi dalam menanga...
Semua Taska Dibenarkan Beroperasi Serta Merta Tiada Isu Ibu Bapa Yang Tak Boleh Bekerja Kerana Perlu Menjaga Anak

Semua Taska Dibenarkan Beroperasi Serta Merta Tiada Isu Ibu Bapa Yang Tak Boleh Bekerja Kerana Perlu Menjaga Anak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 431 hits
Taman asuhan kanak kanak yang sebelum ini ditutup ekoran wabak Covid 19 akhirnya dibenarkan untuk beroperasi semula berkuatkuasa serta merta Kerajaan membenarkan semua 7 000 taman asuhan kanak kanak berdaftar di seluruh negara beroperasi se...
Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 277 hits
Mohammed Firdaus JohariKerajaan PN jangan hanya sekadar menabur janji untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepatutnya mengambil langkah segera bagi meminda akta tersebut melalui sidang Parlimen yang seharusnya diadakan tanpa lengah De...
Isu Premis Warga Asing Laporan Polis Di Buat Terhadap Pbt

Isu Premis Warga Asing Laporan Polis Di Buat Terhadap Pbt

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 470 hits
KUANTAN nbsp nbsp Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Pihak Berkuasa Tempatan Kuantan berkaitan isu premis warga asing yang tumbuh bagaikkan cendawan lepas hujan di bandar ini ...
Isu Arak Kerajaan Kedah Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat Sokong Perketat Undang Undang

Isu Arak Kerajaan Kedah Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat Sokong Perketat Undang Undang

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 304 hits
ALOR SETAR 3 Jun Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang undang membabitkan penjualan arak di negeri ini Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkat...
Sultan Abdullah Terima Panggilan Presiden Turki Erdogan Bincang Pelbagai Isu

Sultan Abdullah Terima Panggilan Presiden Turki Erdogan Bincang Pelbagai Isu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 432 hits
Bagi membincang dan berkongsi pelbagai isu pada saat ini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah telah menerima panggilan dari ketua negara Turki iaitu Presiden Racep Tayyip Erdogan Perkara ini dikongsikan Istana Negara di Facebook rasmi m...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam