Isu Arak Kerajaan Kedah Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat Sokong Perketat Undang Undang


ALOR SETAR, 3 Jun  — Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak di negeri ini.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih bidang kuasa dalam perkara berkenaan, justeru apa sahaja yang akan diputuskan di peringkat pusat akan diikuti kerajaan negeri.
“Kedah ambil sikap sokong apa-apa sahaja ketetapan yang dibuat di peringkat Persekutuan dalam menjaga nyawa orang ramai yang lebih penting.
Cadangan untuk perketat peraturan dan tingkatkan hukuman, misalnya membayar pampasan kepada keluarga mangsa, saya rasa ia munasabah untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sama ada perlu penjualan arak di negeri ini khususnya di Langkawi dibekukan , ekoran banyak berlaku kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sehingga menyebabkan kematian kebelakangan ini.
Muhammad Sanusi berkata, setiap keputusan yang dibuat juga perlu mengambil kira hak masyarakat bukan Islam kerana halangan tidak boleh dikenakan jika agama mereka tidak melarang sesuatu perkara itu termasuk minum arak.
Sementara itu di IPOH, Kerajaan Negeri Perak sedang memperhalusi pelbagai cadangan berkaitan pengambilan dan penjualan arak termasuk memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan banyak kemalangan jalan raya disyaki disebabkan oleh pemabuk kebelakangan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sekiranya SOP diperketat ia akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak polis, namun sebarang keputusan bakal mengikut ketetapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Kita akan lihat kepada keperluan sama ada untuk membeku (pengeluaran lesen baharu) buat sementara atau hanya perlu mengeluarkan SOP yang lebih ketat dengan kerjasama pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan POP Travels Cer Citer di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata sebarang keputusan untuk terus menghapuskan penjualan arak perlu dilihat secara teliti kerana dibimbangi ia akan menyebabkan orang ramai mendapatkannya secara haram.
“Saya percaya kalau kita hapuskan terus, ia bukan perkara mudah tetapi apa yang penting adalah mendidik orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan mengehadkan kuantiti pengambilan alkohol.
“Jika anda mahu minum arak, minum dengan rasa bertanggungjawab, anda tidak sekali-kali minum sebelum memandu. Jangan main-main perkara ini, arak adalah satu perkara yang boleh menjadi pembunuh utama, saya risau,” katanya.
Di SEREMBAN, pula  Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata permohonan baharu lesen penjualan arak masih mengikut prosedur sedia ada yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Eksais di setiap daerah di negeri ini.
“Di Negeri Sembilan kita tiada isu yang melibatkan pemberian lesen baharu tetapi setakat ini hanya permohonan memperbaharui lesen sedia ada sahaja yang kita ada terima maknanya tiada lesen baharu diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Katanya syarat sedia ada bagi permohonan baharu lesen penjualan arak adalah sangat ketat dan bukan mudah untuk diperoleh.
“Kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Eksais yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di setiap negeri sebelum memproses sesuatu permohonan baharu,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menimbang cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sejak kebelakangan ini.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang berhubung penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia membabitkan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.
Sumber: BERNAMA
The post Isu Arak: Kerajaan Kedah, Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat, Sokong Perketat Undang-Undang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/03/isu-arak-kerajaan-kedah-perak-akan-turuti-langkah-kerajaan-pusat-sokong-perketat-undang-undang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fatwa Covid 19 Kerajaan Perak Kedah Melaka Johor Haram

Fatwa Covid 19 Kerajaan Perak Kedah Melaka Johor Haram

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 415 hits
Hanipa Maidin Fatwa Majlis Syura parti ehem 1 Khabarnya Majlis Syura parti ehem telah keluar satu fatwa iaitu menjatuhkan Kerajaan ketika negara berdepan dengan COVID 19 adalah haram Jika betul nak tanya spt di bawah 2 Tak pasti adakah fatw...
Mengapa Tiada Bantuan Aidilfitri Kerajaan Perak Buat Imam Bilal

Mengapa Tiada Bantuan Aidilfitri Kerajaan Perak Buat Imam Bilal

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 482 hits
Parti Amanah Negara Negeri Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak menilai kembali pemberian Bantuan Khas Aidilfitri yang tidak diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih Pekerja Sambilan Harian Guru Tadika Islam Jabatan Agama Islam Negeri ...
Panas Jom Lihat Kronologi Politik Kedah Yang Bermula Februari Sehingga Berubah Kerajaan Baharu

Panas Jom Lihat Kronologi Politik Kedah Yang Bermula Februari Sehingga Berubah Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 448 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke 14 hari ini sekali gus menamatkan andaian dan teka teki mengenai perubahan kerajaan negeri ini Perubahan pentadbiran kerajaan Kedah se...
Lagi Isu Balak Kedah

Lagi Isu Balak Kedah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 415 hits
Isu balak kedah Siri 3Memetik dari laporan dari PAS Kawasan Sik mengatakan penulisan saya adalah satu fitnah ingin sekali sy perjelaskan dan menyatakan pendirian saya bahawa semua penulisan itu berlandas fakta jelas Selaku aktivis yang acap...
Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

Kerajaan Digesa Bincang Langkah Konkrit Pendidikan Susulan Sekolah Terus Cuti

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 431 hits
Pelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas PETALING JAYA Seorang pendidik menggesa Putrajaya supaya memulakan perbincangan mengenai norma baru pendidikan berikutan pe...
Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 365 hits
Masalah air di Kedah antara keutamaan kerajaan kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2020 3 3
Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 314 hits
Mohammed Firdaus JohariKerajaan PN jangan hanya sekadar menabur janji untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepatutnya mengambil langkah segera bagi meminda akta tersebut melalui sidang Parlimen yang seharusnya diadakan tanpa lengah De...
7 Bahagian Ppbm Kedah Sokong Dr M Sebagai Pengerusi Parti

7 Bahagian Ppbm Kedah Sokong Dr M Sebagai Pengerusi Parti

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 369 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Selain Jerlun dan Langkawi 5 daripada 15 bahagian PPBM Kedah menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu selepas surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengesahkan beliau tidak lagi ...
Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Zaid Wants Jakim To Expand Its Halal Mission Beyond Plates To Graft Fight Declare Dirty Money Haram

Don T Just Squeeze Petronas Build Buffers

Wanita Berpakaian Kostume Anime Maut Terjatuh Kondominium

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Pn Pledges 40 Revenue Return To Sabah In Upcoming Manifesto

Branding The Heartbeat Of Business

Sun Bear Cub Found In Car In Jb 22 Year Old Man Detained


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Besar Sangat Ke Beban Tugas Guru

Sushi Empire Untuk Anak Anak

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Quick Dinner Recipe For 4

Sedekah Kambing Di Makkah Pahala Berganda Di Tanah Suci

Pasta Cedok Tour By Akak Pasta Cedok