Isu Perkauman As Henry Golding Marah Ratu Cantik
Gambar Hendry (kiri) dan Samantha (kanan)
HALAMAN HIBURAN
Henry Golding marah ratu cantik
PELAKON kelahiran Malaysia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Henry Golding menempelak tindakan pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James, 25, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai rusuhan yang sedang berlaku di negara itu.Henry berkata, kenyataan Samantha itu tidak sensitif selain menyifatkan bekas ratu cantik Malaysia itu kurang memahami keadaan sebenar yang menghimpit masyarakat kulit hitam di AS."Biasanya saya cuba bertenang apabila berdepan situasi begini, tapi apabila baca komen anda, ia benar-benar menimbulkan kemarahan saya.
"Anda tidak faham isu yang perlu dihadapi orang kulit hitam dari hari ke hari di AS. Anda perlu dikritik kerana bercakap mengenai isu perkauman seperti itu," katanya.Henry yang juga pelakon filem Crazy Rich Asians menerusi status di Instagram Stories berkata, kebanyakan orang mungkin tidak memahami apa dilalui golongan itu di AS."Namun, satu perkara boleh dilakukan adalah dengan tolong bersuara. Kita perlu menjadikan Malaysia terus maju bermula dengan diri kita sendiri. Sudah tentu saya tak akan berdiam diri dengan kenyataan daripada seorang selebriti 'tak signifikan' di Malaysia. Saya tak akan membiarkan orang lain salah faham apa yang berlaku sebenarnya," katanya.Terdahulu, Samantha melontarkan komen bahawa mereka yang melakukan rusuhan tidak berjaya mencapai matlamat melalui apa yang disifatkannya sebagai keganasan.Menurut Samantha, rusuhan dan bantahan masyarakat kulit hitam menandakan golongan kulit putih 'telah menang'.Dalam kenyataan sama, dia juga berkata masyarakat kulit hitam sepatutnya menerima kelahiran mereka sebagai cabaran.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Polemik di atas terbahagi 2 cara berfikir.Cara fikir Henry Golding. Cara fikir Samantha Katie James.Menurut Hendry, Samantha (Cara fikir 2) telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai rusuhan yang sedang berlaku di AS itu. Menurut Samantha 'mereka yang melakukan rusuhan tidak berjaya mencapai matlamat melalui apa yang disifatkannya sebagai keganasan.' Pada Samantha 'rusuhan dan bantahan masyarakat kulit hitam menandakan golongan kulit putih 'telah menang'.' Dia juga berkata 'masyarakat kulit hitam sepatutnya menerima kelahiran mereka sebagai cabaran.'Itu yang sangat tidak disukai Hendry, padahal, 'satu perkara boleh dilakukan adalah dengan tolong bersuara.', menurut Hendry.Sebenarnya cara fikir Hendry yang ingin membela kebenaran dan keadilan. Tetapi 'demokrasi ala AS/Israel' yang menghalang kewujudan keamanan di dunia. Melalui demokrasi inilah negara haram Israel tegak 1948, di atas darah dan air mata rakyat Palestin. Bahkan terus melebarkan dengan menjajah dan merampas hak negara-negara lain. Jadi apa nak hairan dengan penindasan ke atas kaum kulit hitam.
Lihat sebelum ini..*Terserlah AS Perkauman, Rakyat Rusuh Tuntut Keadil...*Perkauman AS Makin Memburuk, Merebak Ke 30 Bandar....*Hari Ke 6 Perkauman AS: Rumah Putih Diserang, Trum...*Sikap Perkauman Menebal Di AS. Trump Kerah Tentera...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/isu-perkauman-as-henry-golding-marah.html