Youtuber Kaya Mendadak Dituduh Guna Sihir Oleh Orang Kampung


Kemewahannya disedari penduduk kampung sehingga ada yang menuduhnya menggunakan sihir untuk melariskan perniagaan.
Youtuber Kaya Mendadak Dituduh Guna Sihir

Banyumas, Indonesia: Siswanto sebelum ini sering berdepan nasib kurang baik dalam kerjaya sebagai mekanik namun keadaan berbeza selepas dia mula memuat naik video sehingga mengubah nasib komunitinya yang kini diberi jolokan Kampung YouTube Indonesia.

Ia bermula empat tahun lalu ketika Siswanto bergelut untuk meneruskan perniagaan bengkelnya di Kasegeran, bandar yang jauh di pinggir Jawa sehingga warga Indonesia juga sukar menjumpainya di peta.

Dia tersepit untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga namun pekerjaan sampingan iaitu mengutip sampah dan menanam kacang soya tidak cukup untuk menampung keperluannya.

Dia mendapat idea untuk menghasilkan video pendek komedi mengenai sambungan internet di Kasegeran selepas menonton rancangan televisyen memaparkan pempengaruh Indonesia yang menjana pendapatan lumayan melalui video dalam talian.

“Namun, ketika itu tiada sesiapa menonton video yang saya hasilkan dan saya berhenti,” kata pemuda berusia 38 tahun itu.

SISWANTO merakam video di sungai berhampiran desanya. FOTO AFP Suatu hari, dia berdepan masalah membaiki motosikal pelanggannya yang agak mahal dan memuat naik video dalam talian bagi mendapatkan bantuan.

“Walaupun saya mekanik, ada masanya saya tidak tahu membaiki sesuatu model motosikal kerana ia terlalu sukar,” katanya.

Dari situasi itu, dia mendapat idea menghasilkan video membaiki motosikal yang mudah diikuti.

Dia menggadai telefon bimbit yang dikongsi dengan isterinya dan menambah peralatan untuk rakaman video.

“Pada awal video, saya menggigil dan banyak merapu. Namun, selepas beberapa tahun saya dapat mengumpul pengikut mencecah dua juta orang di YouTube,” katanya.

Dia menubuhkan pasukan kecil untuk kerja suntingan dan memuat naik video berkaitan kerja membaiki motosikal atau aktiviti memancing.

Hasilnya, dia menjana pendapatan sehingga 150 juta rupiah sebulan (kira-kira RM44,000).

Kemewahannya disedari penduduk kampung sehingga ada yang menuduhnya menggunakan sihir untuk melariskan perniagaan.

Katanya, ada ibu bapa melarang anak mereka pergi ke bengkelnya kerana risau dijadikan korban ilmu hitam.

“Saya panggil semua penduduk dan menjelaskan bagaimana saya menjana pendapatan melalui video YouTube. Kebanyakan mereka tidak pernah dengar langsung mengenai YouTube,” katanya.

Siswanto kemudian menawarkan diri mengajar penduduk kampung menghasilkan video dan sehingga kini sekurang-kurangnya 30 penduduk Kasegeran memiliki saluran sendiri dengan ratusan ribu pengikut.

Seorang daripadanya adalah Tirwan, 45, yang menjual makanan ringan dikenali sebagai cilok dengan pendapatan sekitar 50,000 rupiah sehari.

Hari ini, dia menghasilkan video masakan selain turut menyelitkan video mengenai pemburuan hantu.

Dengan peningkatan pendapatan penduduk kampung, Kasegeran kini dilengkapi sambungan internet lebih pantas yang dapat membantu pelajar menyertai kelas dalam talian.

“Kasegeran sebelum ini adalah kampung termiskin di daerah ini, namun kini kami menyaingi kampung lain,” kata Ketua Kampung, Saifuddin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/youtuber-kaya-mendadak-dituduh-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ak 28 Loji Rawatan Air Kampung Telok Guna Teknologi Ozon

Ak 28 Loji Rawatan Air Kampung Telok Guna Teknologi Ozon

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 346 hits
Loji Rawatan Air Kampung Telok yang dalam fasa percubaan operasi ini akan memulakan operasi sebenarnya dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan KKM Projek LRA Telok bernilai RM45 5 juta ini mampu membekal 30 juta liter sehari air bers...
Gerai Ini Tersorok Di Dalam Taman Tak Pernah Lagi Di Viral Kan Oleh Mana Mana Youtuber Menu Rare

Gerai Ini Tersorok Di Dalam Taman Tak Pernah Lagi Di Viral Kan Oleh Mana Mana Youtuber Menu Rare

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 339 hits
Lokasi 8 Tingkat Perpaduan 33 Taman Hiburan 31150 Ulu Kinta Perak Waktu Niaga Setiap Hari 11 pagi 3 petang Untuk Tempahan 019 505 3638 Mala
Kehilangan 3 Beradik Yang Aneh Dibawa Anjing Hitam Diberi Makan Oleh Nenek Misteri Yang Hanya Muncul Selepas Senja

Kehilangan 3 Beradik Yang Aneh Dibawa Anjing Hitam Diberi Makan Oleh Nenek Misteri Yang Hanya Muncul Selepas Senja

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 568 hits
Hanya 5 hari setelah kehilangan mereka barulah pihak polis menemui 3 beradik ini pada pukul 5 45 petang 10 November 2004 MASIH ingat lagi kes Acap yang hilang di Gua Tempurung pada Mac tahun 2019 yang lalu Macam macam teori dikaitkan dengan...
Kabinet Mail Dibentuk Oleh Tiga Kepala

Kabinet Mail Dibentuk Oleh Tiga Kepala

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 436 hits
ULASAN WALAUPUN Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menyusun kabinetnya tetapi beliau tidak akan menggunakan kuasa itu kerana kedudukannya sebagai perdana menteri berbeza dengan kedudukan PM sebelum ini Masalah besar beliau...
Exco Kesihatan Diserang Lembab Oleh Pembangkang Isu Covid 19

Exco Kesihatan Diserang Lembab Oleh Pembangkang Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 259 hits
Exco Kesihatan diserang lembab oleh pembangkang isu Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin diasak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang berhubung isu perkembang...
Hiburan Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil Dan Psiko Oleh Seorang Ustazah Nora

Hiburan Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil Dan Psiko Oleh Seorang Ustazah Nora

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 550 hits
Dianggap perkara biasa penyanyi Datuk Nora Ariffin tak dapat menolak dari difitnah kejian atau makian daripada orang luar apabila membabitkan dirinya dengan dunia selebriti ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Nora dia juga pernah dipangg...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Hotel Bajet Bawah Rm100 Di Malaysia Selesa Bersih Dekat Bandar

Produk Kecantikan Drugstore Vs Produk Viral Patut Beli Yang Mana

Bukan Sedarah Tapi Setia Sehidup Semati Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah