Exco Kesihatan Diserang Lembab Oleh Pembangkang Isu Covid 19
Exco Kesihatan ‘diserang’ lembab oleh pembangkang isu Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin diasak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang berhubung isu perkembangan vaksinasi dan Covid-19 di Perak, hari ini.
Rata-rata mereka memberi pandangan bahawa Adun Selama itu gagal menguruskan kedua-dua hal berkenaan dan pemberian vaksin didakwa masih rendah.
Antara Adun pembangkang terbabit Tan Kar Hing (PH-Simpang Pulai), Howard Lee Chuan How (PH-Pasir Pinji), Asmuni Awi (PH-Manjoi) dan Jenny Choy (PH-Canning).
Chuan How berkata, mereka kasihan mendengar rintihan pengamal perubatan yang terpaksa tebal muka meminta bantuan daripada masyarakat dan wakil rakyat serta merayu meminta oksigen ‘concentrator’ dan segala peralatan serba kekurangan.
“Di manakah Exco Kesihatan kita? Wajarkah seluruh tanggungjawab ini dibebankan sepenuhnya ke atas bahu Menteri Besar sehinggakan semua portfolio pun Menteri Besar kena turun padang.
“Ini bukan perkara remeh, perkakasan ini diperlukan untuk membantu menyelamatkan setiap warga yang bakal jadi korban nyawa Covid-19, sekiranya YB Exco Kesihatan terus tetap goyang kaki.
“Ini bukan perkara main-main. Ini bukanlah kritikan semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak di Dewan Negeri Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Beliau mengakui ada menulis surat kepada Exco Kesihatan untuk meminta sokongan dan bantuan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak yang kini sudah beroperasi.
“Tetapi, jangankan sokongan atau bantuan, sebarang maklum balas surat langsung tidak diberikan sehinggalah ke hari ini.
“Sehingga hari ini, dengan kapasiti 30 sukarelawan perubatan, 80 sukarelawan bukan perubatan, 15 pelaksana Team Home Visit, 10 anggota pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timor, Canning dan pejabat saya sendiri di samping perbelanjaannya ditanggung oleh saya dan HCO lantikan, kami berjaya jalankan kerja ini yang Exco sendiri, bukan gagal atau tak berjaya buat, tetapi dia sendiri memang enggan dan tak nak buat.
“Maka dengan itu, saya terpanggil untuk memberi teguran serta permintaan di mana saya memohon supaya diwujudkan jawatankuasa rentas parti dengan pengkhususan menggubal dasar dan tindakan pengurusan kesihatan untuk membantu kerajaan menangani pandemik,” katanya.
Tan pula berkata, ‘trend’ kes Covid-19 di Perak dilihat membimbangkan dengan jumlah kes meningkat selain kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan jumlah kematian dicatatkan setiap hari.
“Kerajaan negeri mesti memandang serius masalah ini, terutama Exco Kesihatan. Saya ingin bertanya kepada Exco Kesihatan apa peranannya untuk mengatasi Covid-19?
“Menteri Besar dilihat mengunjungi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pelancaran Program Imunisasi Industri Covid-19 kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), Silvervax, ‘outreach’ tetapi di mana Exco Kesihatan itu? Saya percaya (mungkin) Exco Kesihatan lebih sibuk daripada Menteri Besar,” katanya.
Justeru beliau berkata, jika Mohd Akmal tidak dapat melakukan tugasnya, perlu ada rombakan untuk mendapatkan seseorang yang dapat melakukan kerja dengan lebih baik.
Sementara itu, Jenny berkata, Exco Kesihatan harus sentiasa memastikan vaksin yang mencukupi disediakan kepada semua PPV di negeri ini.
“Selain itu, Exco Kesihatan harus memastikan mereka yang menunjukkan simptom dan bagi individu mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid- 19 harus menjalani ujian saringan Covid- 19.
“Kontak rapat harus dijejaki dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kluster baharu,” katanya.
Exco Kesihatan ‘diserang’ lembab oleh pembangkang isu Covid-19
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
Tak halal dunia akhirat – Amy Search
Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
Lan Pet Pet kini pembantu peguam
Negara tanpa pesawat rasmi
Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Tiada mesyuarat MKT UMNO malam ini
The post Exco Kesihatan ‘diserang’ lembab oleh pembangkang isu Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/26/exco-kesihatan-diserang-lembab-oleh-pembangkang-isu-covid-19/