Kabinet Mail Dibentuk Oleh Tiga Kepala


ULASAN 

WALAUPUN Ismail Sabri Yaakob (Mail) mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menyusun
kabinetnya, tetapi beliau tidak akan menggunakan kuasa itu kerana kedudukannya sebagai perdana menteri berbeza dengan kedudukan PM sebelum ini.
Masalah besar beliau ialah, tidak mempunyai majoriti melegakan untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, atau sekurang-kurangnya 50% atas kehendaknya sendiri sebagai perdana menteri. 
Beliau terpaksa berkongsikan kuasa. Bukan sahaja peribadinya tidak berani, tetapi partinya juga tidak punyai kekuatan seperti sebelum ini.


Situasi itu menyebabkan hendak tidak hendak kabinet itu nanti ditentukan oleh tiga fraksi atau tiga kepala. Frakasi pertama kumpulan Mail sendiri sebagai PM, fraksi kedua Zahid Hamidi selaku presiden Umno dan fraksi ketiga daripada PBBM atau Mahiaddin.
Seperti mana diketahui dalam Umno sendiri keadaanya tidak tupat, apabila wujud dua fakrasi. Satu fraksi bersama presiden Zahid Hamidi dan satu lagi bersama Mail Sabri yang dilihat tidak sejalur dengan presiden. 
Dalam fraksi Zahid ada 15 orang, yakni mereka yang menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan kerajaan PN, sehingga Mahiaddin terbalik (jatuh), manakala di sebelah Mail ada 25 orang wakil rakyat yang mempertahankan Mahiaddin dan kerajaan PN.
Sementara dalam fraksi PPBM pula jumlahnya lebih ramai daripada jumlah kedua-dua fraksi dalam Umno itu sekitar 50 suara. Ia bukan suara kecil yang boleh dikesampingkan.
Keadaan inilah menyukarkan Mail untuk pandai-pandai bertindak sendiri menggunakan kuasa prerogatif sebagai perdana menteri. Hendak tidak hendak beliau terpaksa rujuk kepada semua fraksi itu atau pun mengambil kira pandangan pihak kedua.

Persoalan juga timbul apakah Mail akan mengekalkan konsep dan jumlah kabinet yang sama. Kabinet bersaiz “LL” dengan membentuk hingga lebih 30 kementerian seperti di era PN, atau pun beliau akan perkecilkan saiz itu menjadi “L” sahaja? Saiz kabinet itu kelak juga menentukan kewibawaan Mail sebagai perdana menteri.
Ada kemungkinan beliau akan membentuk kabinet yang sama saiz dengan kabinet Mahiaddin sebelum ini bukan keperluan untuk negara, tetapi menyelamatkan dirinya. Politik scheme of thing diteruskan demi survive. Namun pun begitu, scheme of thing tetap juga tidak menyelamatkan Mahiaddin? Mail tidak perlu sangat bermain dengan scheme of thing itu kerana ia tidak menjamin kekukuhannya.  
Dalam catatan ini mari kita cuba analisa masalah dan apa yang dihadapi Mail dalam pembentukan kabinetnya nanti. Sejauh mana kabinet dibentuk nanti atas konsensus sesama Umno dengan PPBM. Apakah ia wujud sebuah kabinet “kekeluargaan” atau pun kabinet yang sakit, kabinet yang indah di luar buruk di dalam, kabinet yang pepet di luar runcing di dalam?
Untuk mengetahui siapakah berkuasa dalam menentukan anggota kabinet itu nanti dapat melihat kepada individu yang menganggotainya kelak. Individu yang dilantik jadi menteri akan menggambarkan mereka atas kehendak dan persetujuan siapa. Dari situ kita dapat mengetahui pemerannya.
Nama kerajaan yang hendak diwujud kini sudah timbul perbalahan. PPBM mahukan kerajaan pimpinan Mail itu sebagai kerajaan PN, meneruskan legasi kerajaan Mahiaddin. Manakala Umno mahu dikenali dengan nama kerajaan BN, untuk menampakkan bahawa Umno kembali berkuasa semula selepas kehilangan kerajaan selama 39 bulan.
Biarlah soal nama itu soal teknikal sahaja.
Ada sekurang-kurang empat atau lima nama yang menjadi kunci atau indikator untuk kita mengenali peranan masing-masing ke atas kabinet itu. Nama-nama itu ialah Annuar Musa, Mustapa Mohamed, Mohamed Azmin Ali, Mohamad Hassan, Hamzah Zainuddin. Apakah nama-nama ini akan wujud dalam barisan kabinet nanti. Nama-nama ini ada signifikan tersendiri. 
Sekiranya Annuar Musa dilantik menjadi menteri kabinet jelas ianya atas kehendak Mail. Ertinya Mail menggunakan kuasa untuk melantik Annuar Musa tanpa boleh ditangkis sesiapa. Ia tidak mungkin atas persetujuan presiden Zahid Hamidi, kerana Annuar menjadi duri dalam daging kepadanya. Dari konteks Umno Annuar tidak diperlukan lagi. 
Pelantikan Annuar Musa nanti akan membawa kepada pelantikan nama-nama lain juga seperti Tajuddin Abdul Rahman, Shahidan Kassim, Mahadzir Khalid dan Ismail Mohamad Said. Mereka juga mungkin akan disenaraikan sebagai menteri. Orang-orang ini merupakan individu yang mempertahankan dan mendokong Mail Sabri untuk jadi perdana menteri. Bahkan inilah orang yang menginding naik jet bersama Mail ke Kedah.
Mail sudah tentu mahukan mereka yang setia bersamanya untuk menjadi tongkat semasa meniti titian nanti. Apakah Mail tidak berhasrat untuk menjadi presiden Umno selepas menjadi perdana menteri? Justeru pembentukan kabinet itu sedikit sebanyak sebagai persiapan untuk digunakan dalam pemilihan Umno kelak. 


Zahid selaku presiden akan menolak Annuar Musa.  Jadi Annuar tidak perlu dibawa ke dalam kabinet. Apakah pandangan Zahid diterima dalam membentuk kabinet itu juga dapat dilihat sekiranya nama-nama berikut disenaraikan dalam kabinet, Mohamad Hassan, Shamsul Annuar Nasarah, Noraini Ahmad, Noh Omar, Azalina Othman Said dan Ahmad Jazlan Yaakob. Mereka adalah yang berdiri teguh di belakang presiden. Merekalah pemancu kejatuhan Mahiaddin membolehkan Mail jadi PM. 

Sementara apakah Mail tunduk kepada permintaan Mahiaddin atau tidak dapat ditentukan sekiranya diwujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan dilantik wakil dari PPBM memenuhinya. Jawatan TPM adalah kemuncak kepada tuntutan PBBM bagi menunjukkan kekuasaanya. 
Tanpa mengira siapa yang akan dilantik nanti, yang penting ia datang daripada PPBM. Sekiranya jawatan itu diisi oleh Azmin Ali, maka siaplah Umno untuk terus bergomol dengan PPBM dalam pilihan raya akan datang. Umno perlu takut dengan Azmin memandangkan cara dia berpolitik sangat licit dan mempunyai nafsu yang besar. 
Mail tidak boleh mengabaikan tuntutan daripada PBBM kerana ia boleh membahayakan kedudukannya. Kalau PBBM buat gila, Mail boleh jatuh beleping. Walaupun dalam senario kini peluang atau kemungkinan PBBM menarik sokongan kecil tetapi kemungkinan itu perlu ada dalam kepala dan berwaspada kerana politik itu penuh dengan seni serba mungkin. 

Nyawa Mail sebagai perdana menteri berada dalam dua genggaman, Umno dan PPBM. 

Seorang lagi individu yang boleh dijadikan indikator adalah Mustapa Mohamed, yang sudah dipasti akan dikemukakan semula oleh PBBM untuk berada dalam barisan kabinet berdasarkan pengalaman dan kebolehannya. 
Umno sangat tidak senang dengan Mustapa ini, tetapi ia tidak dapat menolaknya kerana ia dicadang oleh PBBM. Penerimaan Mustapa nanti menunjukkan Mahiaddin masih berkuasa dalam membentuk kabinet itu.
Kesimpulannya, apakah pembentukan kabinet yang boleh dinamakan kabinet Kekeluargaan nanti dibuat mengikut suasana disebut tadi atau sebaliknya. Ia boleh diperhatikan setelah kabinet itu diumumkan nanti. Kita akan sorot selepas nama-nama itu diumum kelak. 
Sekurang-kurangnya bentuk dan semangat kabinet Mail nanti adalah gabungan daripada aspirasi, naluri dan nafsu tiga kepala. Ia boleh berjalan dengan baik dan sukses kalau semua sudah insaf dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara daripada kepentingan kelompok dan peribadi. [wm.kl.9:32 am 25/08/2021]
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/kabinet-mail-dibentuk-oleh-tiga-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Weeyyy Jangan La Bagi Pak Long Mail Pening Kepala Sabar Sabar La Nak Jawatan Pun

Weeyyy Jangan La Bagi Pak Long Mail Pening Kepala Sabar Sabar La Nak Jawatan Pun

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 260 hits
Mesyuarat MKT ditangguh lagi ahli MKT bimbang Ismail umum Kabinet tanpa bincang dengan pimpinan parti kata sumber August 23 2021 2 51 PMMenurut sumber sebelum ini Ismail Sabri Yaakob meminta mesyuarat MKT yang dijadualkan Sabtu lalu turut d...
Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 141 hits
Fuh kalau buat di Malaysia tiada siapa la boleh jadi PM dan Menteri menteri dalam kerajaan skg ni Nasib baik kerajaan yang ada dibentuk oleh MP bukan rakyat
Kabinet Pm Mail Diisi Muka Muka Gagal Tidak Diyakini

Kabinet Pm Mail Diisi Muka Muka Gagal Tidak Diyakini

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 299 hits
Sejurus selepas Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan anggota kabinetnya pagi tadi rakyat membalas dengan pelbagai lelucon di media sosial melambangkan kekesalan mereka terhadap pelantikan muka muka lama ke dalam...
Tak Perlu Di Bincangkan Lagi Tentang Kesedapannya Di Akui Sendiri Oleh Pelanggan Dari Tahun 1970

Tak Perlu Di Bincangkan Lagi Tentang Kesedapannya Di Akui Sendiri Oleh Pelanggan Dari Tahun 1970

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 241 hits
Lokasi Medan Selera Greentown Utama Jalan Raja Ashman Shah Taman Fair Park 31400 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari Isnin Sabtu 3 petang 8 malam Untuk Tempahan 017 545 877
Kelas Berkuda Pada Kadar Berpatutan Oleh Rpec

Kelas Berkuda Pada Kadar Berpatutan Oleh Rpec

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 258 hits
Kelas berkuda pada kadar berpatutan oleh RPEC SEBAHAGIAN besar masyarakat berpendapat aktiviti menunggang kuda terhad kepada golongan elit memandangkan kos pemilikannya yang tinggi Dianggarkan kos membeli dan menjaga seekor kuda baka baik a...
Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di Yeg Academy

Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 487 hits
TIPS PELUANG KERJAYA OLEH TUN MAHATHIR DI YEG ACADEMY Perhatian untuk pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sedang mencari kerja jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan eksklusif bersama Tun Mahathir berkongsi tips peluang kerjay...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport