Yang Di Sana Tu Dah Gaduh Ke Isu Keluar Kerajaan Ni



PETALING JAYA: Pertemuan sekumpulan ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara malam tadi, memfokuskan hanya satu isu iaitu perlu atau tidak keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disambut perasaan berbelah-bahagi dalam kalangan mereka.
Perjumpaan disertai Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu menyaksikan presiden parti berpendapat ‘sudah tiba masanya’ untuk ahli Parlimen UMNO keluar dari kerajaan.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
Sumber yang layak dipercayai memberitahu Utusan Online , pandangan Ahmad Zahid itu disokong Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang turut hadir.
Namun, sebahagian ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) tidak bersetuju dan disokong Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang masing-masing mengingatkan belum masanya berbuat demikian.
Akhbar ini dimaklumkan sekurang-kurangnya 29 ahli Parlimen UMNO menghadiri perjumpaan malam tadi termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikaitkan dengan isu Akuan Bersumpah (SD) 25 ahli Parlimen UMNO.
Bagaimanapun, kelibat beberapa ahli Parlimen seperti Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas) yang kini berada di luar negara, Khairy Jamaluddin (Rembau) serta Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) tidak kelihatan di Wisma Perwira itu.
Dalam sesi itu, beberapa pertanyaan dibangkitkan kepada Ahmad Zahid, antaranya ditimbulkan Ismail mengenai isu sokongan terhadap Anwar.
“Tetapi isu sokongan terhadap Anwar ini tidak dijawab oleh Presiden dan berlalu begitu sahaja.
“Noh pula berpandangan sekarang bukan masa yang sesuai menarik diri kerana Parlimen belum bersidang. Nak ambil tindakan pun, tunggu sampai Parlimen dibuka dulu.
“Tajuddin pula menyatakan ‘sebelum ini kita dah buat macam-macam tapi semua tidak menjadi. Dulu pun ada benda yang kita tidak bersetuju dengan Presiden, tapi kita ikutkan juga, macam-macam masalah timbul. Itu kata Tajuddin dalam perjumpaan tersebut.
“Bagaimanapun Hishammuddin hanya diam sepanjang pertemuan,” kata sumber.
Pertemuan di Wisma Perwira malam tadi berlangsung beberapa jam dari sesi pertemuan di Menara Dato’ Onn sebelah petangnya antara Ahmad Zahid dan beberapa pemimpin UMNO.
Semalam, Utusan Online melaporkan sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesaan Ahmad Zahid supaya keluar daripada kerajaan PN.
Ini kerana mereka menyifatkan sekarang bukan masa yang sesuai berpolitik, sebaliknya usaha menangani pandemik Covid-19 lebih utama.
Laporan dipetik dari Utusan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/yang-di-sana-tu-dah-gaduh-ke-isu-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tumpu Isu Keselamatan Siber Pacu Ekonomi Negara Kata Pm

Kerajaan Tumpu Isu Keselamatan Siber Pacu Ekonomi Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 267 hits
Menurut Muhyiddin mana mana negara tidak akan mampu untuk menangani masalah ancaman siber secara sendirian kerana ia tidak mengenal batas sempadan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan set...
Perlu Tukar Kerajaan Baru Untuk Keluar Dari Covid Johari

Perlu Tukar Kerajaan Baru Untuk Keluar Dari Covid Johari

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 242 hits
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani pendemik Covid 19 sejak lebih setahun lalu memerlukan pertukaran kerajaan agar satu strategi baharu yang berkesan dapat digerakkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Datuk Johari ...
Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 406 hits
PETALING JAYA Sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesa an Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya keluar daripada kerajaan Perika tan Nasional kerana menyifatkan sekarang bukan masa sesuai berpolitik sebaliknya usaha me nan...
Umno Umum Keluar Kerajaan Serta Merta

Umno Umum Keluar Kerajaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 245 hits
Umno perlu keluar kerajaan sebelum program vaksinasi berjaya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung malam ini merancang untuk meneruskan tindakan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional dengan segera dan mahu jawatan Perdana M...
Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 283 hits
IBRAHIM MAT ISANak alihkan isu kecaman ramai rakyat terhadap dan mereka cipta semula api perkauman Sampai ke mufti pun dah jadi macam walaun asyik meratib DAP DAP DAP Oii tangani pandemik tu bagi cantik bangang punya penyokong parti bulan
Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang tamak kuasa dan tidak boleh bergantung harap jika bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional
Umno Digesa Tetapkan Pendirian Berhubung Isu Tinggalkan Kerajaan Umno Tak Ada Teloq

Umno Digesa Tetapkan Pendirian Berhubung Isu Tinggalkan Kerajaan Umno Tak Ada Teloq

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 258 hits
July 7 2021 Jika ingin menarik diri daripada kerajaan Umno perlu melakukannya dengan sebab yang tidak mewujudkan tanggapan bahawa ia hanya ingin merebut kuasa kata Awang Azman Pawi PETALING JAYA Seorang ahli akademik menyeru agar Umno membu...
Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

Kesetiaan Dalam Umno Kian Hancur Tindakan Keluar Kerajaan Tak Boleh Dilengahkan Lagi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 231 hits
Nampaknya satu demi satu rakaman audio mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu dibocorkan kepada umum Setelah sebelum ini audio Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan dalam mesyuarat tersebut dibocorkan semalam audio Tajuddin Abdul Rahman pula di...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Tip Stok Cili Tahan Lama

Beard Stubble Fashion Trend Or Breeding Ground For Germs Insights From Medscape

New Research Links Agricultural Dust Exposure To Gut Health Issues In Farm Workers

Access Blocked What It Means For You

Diusung 8 Anggota Apm Kerana Cedera Netizen Risau Amp Nasihat Cik B Turunkan Berat Badan Seksanya Tengok