Wujud 3 Kem Berbeza Dalam Pemilihan Umno



(Berita Harian) – Pemilihan kepemimpinan UMNO bagi penggal baharu, menyaksikan semua jawatan tertinggi bermula dari peringkat Naib Presiden hinggalah kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ketua tiga sayap dan naib masing-masing, berdepan pertandingan sengit.
Dari satu sudut, ia menunjukkan amalan demokrasi dalam UMNO masih terus subur, manakala dari perspektif lain pula seolah-olah menggambarkan wujud tiga kem berbeza, susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) untuk dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, berkata beliau melihat seperti wujud kem yang condong kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; kelompok kedua adalah antipresiden; manakala ketiga pula kumpulan bebas atau di tengah-tengah.
“Memang sudah diduga, pemilihan kali ini akan ada ramai yang mencalonkan diri. Sebab kita lihat ada tiga kumpulan (dalam UMNO). Kumpulan pro-Ahmad Zahid, kumpulan anti-Ahmad Zahid dan ketiga, yang tengah-tengah, bukan pro atau anti.
“Penting untuk ahli UMNO memikirkan mengenai kumpulan pro atau anti ini kerana ia boleh menyukarkan parti mengembalikan kegemilangannya. Jika calon yang dipilih adalah ‘neutral’ atau di tengah-tengah, (dijangka) mudah untuk UMNO mengembalikan kegemilangannya.
“Hala tuju UMNO akan diuji pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi. Semuanya bergantung pada ahli parti itu sendiri. Jalan terbaik adalah jalan tengah, iaitu pilih calon yang tidak berpihak, baik dalam kem pro atau antipresiden,” katanya kepada BH.
Esok adalah hari terakhir untuk pendaftaran pencalonan bagi jawatan dalam UMNO pada peringkat Pusat.
Setakat petang tadi, sekurang-kurang lapan calon sudah menghantar pencalonan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden.
Dua penyandang jawatan ketiga tertinggi dalam hierarki parti, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, sudah mengesahkan pencalonan, manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, belum mengumumkan pendiriannya.
Calon lain ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata UMNO kini melalui fasa amat penting dalam usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.
“Bilangan calon yang ramai menunjukkan amalan demokrasi dalam UMNO diraikan dan membolehkan masing-masing menyumbang dalam parti,” katanya.
Beliau berkata, tatkala UMNO dikatakan tenat dan sukar kembali menggugat, ramai bersedia untuk menggalas tanggungjawab walaupun mereka sedar fasa kini penting untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti dan kepemimpinannya.
Sivamurugan berkata, apabila wujud pertandingan, khususnya pada peringkat Naib Presiden, MKT serta ketua-ketua sayap, sudah pasti ia akan membawa kepada pertembungan pelbagai penjuru yang perlu dilalui.
“Calon perlu tahu batasan yang wajar dihormati, baik mengenai lawan atau parti, untuk mengelakkan perpecahan.
“Siapa menang sekalipun, perlu rapatkan barisan dan permuafakatan dalam parti. Perpecahan dapat dielak jika tidak wujud pembunuhan karakter, sebaliknya menumpukan kekuatan masing-masing,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/26/wujud-3-kem-berbeza-dalam-pemilihan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Umno Khir Toyo Buat Kemunculan Semula

Pemilihan Umno Khir Toyo Buat Kemunculan Semula

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 212 hits
MALAYSIADATELINEMenteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata beliau ...
Ramai Tampil Bertanding Pemilihan Bukti Demokrasi Dalam Umno Semakin Subur

Ramai Tampil Bertanding Pemilihan Bukti Demokrasi Dalam Umno Semakin Subur

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 166 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan jumlah calon yang ramai tampil untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini membuktikan demokrasi dalam UMNO semakin subur Beliau berkata ia jelas berbeza dengan senario pada 2018 ...
Demokrasi Subur Dalam Proses Pemilihan Umno Kata Zahid

Demokrasi Subur Dalam Proses Pemilihan Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 122 hits
JUMLAH calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan Umno kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata hal ini kerana mere...
Bekas Ahli Parlimen Tawar Diri Kembali Terajui Umno Jerantut Pemilihan Kali Ini

Bekas Ahli Parlimen Tawar Diri Kembali Terajui Umno Jerantut Pemilihan Kali Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 164 hits
JERANTUT Bekas Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris menawarkan diri bertanding untuk menduduki semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan parti kali ini Ahmad Nazlan berkata beliau memutuskan sedemikian kerana UMN...
Pemilihan Wanita Umno Noraini Dicabar Shahrizat Norliza Berdepan Rosni Zahari

Pemilihan Wanita Umno Noraini Dicabar Shahrizat Norliza Berdepan Rosni Zahari

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bakal dicabar bekas ketua pergerakan itu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan sayap parti itu yang dijadualkan pada 11 Mac ini Noraini adalah Ahli Parlimen Parit Sulong mana...
Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 133 hits
KUALA LUMPUR Memandangkan tempoh penamaan calon bagi pemilihan UMNO semakin menghampiri tarikh akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden parti itu Dia berkata ...
Licik Atok Nak Atur Umno

Licik Atok Nak Atur Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 127 hits
Ibrahim Mat IsaLicik betul game atuk Kalau orang UMNO masih percayakan pemilik lembu kondo ni alamat suatu kejayaan atuk saka melingkupkan UMNO Jangan kasi muka
Muhyiddin Dakwa Presiden Umno Dalangi Pendakwaan

Muhyiddin Dakwa Presiden Umno Dalangi Pendakwaan

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 153 hits
Shakira BuangPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyatakan rasa kesal dan sedihnya susulan pendakwaan rasuah ke atas ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan dan seorang lagi pemimpin lain hari ini Malah bekas perdana menteri itu juga mendakwa...
Zaid Ibrahim Mahu Tanding Mt Umno

Zaid Ibrahim Mahu Tanding Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 154 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim yang baru baru ini diterima semula sebagai ahli UMNO berhasrat untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu pada pemilihan yang akan berlangsung 18 Mac depan Katanya beliau b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat