Ramai Tampil Bertanding Pemilihan Bukti Demokrasi Dalam Umno Semakin Subur



(Berita Harian) – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan jumlah calon yang ramai tampil untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini, membuktikan demokrasi dalam UMNO semakin subur.
Beliau berkata, ia jelas berbeza dengan senario pada 2018 yang menyaksikan ahli seolah-olah kurang berminat terhadap pemilihan ketika itu, malah ada penyandang enggan mempertahankan jawatan mereka dalam parti, selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Malah, katanya, keadaan itu juga menunjukkan mereka yang tampil untuk bertanding kali ini, melihat UMNO terus mempunyai masa depan.
“Apabila ramai orang berminat untuk bertanding jawatan pada pemilihan UMNO, itu bermakna demokrasi dalam UMNO semakin subur.
“Ia berbeza berbanding 2018 apabila kali pertama UMNO dan BN kalah (pada PRU). Ketika itu, mereka seolah-olah kurang berminat, malah ada pemegang jawatan yang tidak mahu mempertahankan jawatan mereka (dalam parti),” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian pada sidang media selepas melawat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, pemilihan UMNO dijadualkan bermula 1 Februari lalu hingga 18 Mac depan, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bersama Pemilihan Jawatankuasa Cawangan dan Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan dari 1 hingga 26 Februari.
Mesyuarat Perwakilan serta Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, memandangkan BN adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, pihaknya berkeyakinan potensi parti itu untuk memenangi lebih 30 kerusi Parlimen pada masa akan datang adalah sangat besar.
“Potensi untuk kita menang semula amat besar jika UMNO diperkukuhkan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/26/ramai-tampil-bertanding-pemilihan-bukti-demokrasi-dalam-umno-semakin-subur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demokrasi Subur Dalam Proses Pemilihan Umno Kata Zahid

Demokrasi Subur Dalam Proses Pemilihan Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 147 hits
JUMLAH calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan Umno kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata hal ini kerana mere...
Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Memandangkan tempoh penamaan calon bagi pemilihan UMNO semakin menghampiri tarikh akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden parti itu Dia berkata ...
Pemilihan Wanita Umno Noraini Dicabar Shahrizat Norliza Berdepan Rosni Zahari

Pemilihan Wanita Umno Noraini Dicabar Shahrizat Norliza Berdepan Rosni Zahari

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bakal dicabar bekas ketua pergerakan itu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan sayap parti itu yang dijadualkan pada 11 Mac ini Noraini adalah Ahli Parlimen Parit Sulong mana...
Shahaniza Serah Borang Tawarkan Diri Bertanding Mkt Umno Sesi 2023 2026

Shahaniza Serah Borang Tawarkan Diri Bertanding Mkt Umno Sesi 2023 2026

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini Beliau yang hadir ber...
Wujud 3 Kem Berbeza Dalam Pemilihan Umno

Wujud 3 Kem Berbeza Dalam Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 162 hits
Pemilihan kepemimpinan UMNO bagi penggal baharu menyaksikan semua jawatan tertinggi bermula dari peringkat Naib Presiden hinggalah kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi ketua tiga sayap dan naib masing masing berdepan pertandingan sengit Dari ...
Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 264 hits
Punca Anak MP Bersatu Bertanding Umno Tersebar Anak kepada pemimpin Bersatu Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan Ikmal Hazlan yang juga anak kepada Ahl...
Umno Semakin Dipinggir Parti Komponen Ph Roslan Shahir

Umno Semakin Dipinggir Parti Komponen Ph Roslan Shahir

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 207 hits
agendaily com02 03 2023Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata laporan yang menyifatkan UMNO sebagai haiwan yang cedera juga menjadi bukti parti itu semakin diketepikan oleh pemimpin parti komponen PH UMN...
Bekas Ahli Parlimen Tawar Diri Kembali Terajui Umno Jerantut Pemilihan Kali Ini

Bekas Ahli Parlimen Tawar Diri Kembali Terajui Umno Jerantut Pemilihan Kali Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 181 hits
JERANTUT Bekas Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris menawarkan diri bertanding untuk menduduki semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan parti kali ini Ahmad Nazlan berkata beliau memutuskan sedemikian kerana UMN...
Kalau Jawatan Presiden Umno Ada Perlawanan Agaknya Itulah Keburukan Demokrasi

Kalau Jawatan Presiden Umno Ada Perlawanan Agaknya Itulah Keburukan Demokrasi

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 120 hits
Nasib baik jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO berjaya dielakkan daripada berlaku pertandingan maka dapatlah Zahid Hamidi sembang kencang berkenaan pemilihan kali ini Kata Presiden UMNO itu jumlah calon yang ramai menawarkan diri un...
Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Sihat Dan Kaya

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Rahim Yang Sama Lakonan Nabila Huda Mhia Firdaus

Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama