Was Was Sama Ada Terpijak Najis Anjing Atau Haiwan Lain



SOALAN:
Saya mengalami was-was agak teruk, saya ada terpijak najis dan tidak diketahui najis apa. Kemungkinan najis anjing, adakah perlu sertu? Saya bimbang amalan saya tidak diterima Allah.

JAWAPAN:
Sekiranya najis yang dipijak hanya terkena pada bahagian bawah tapak kasut mahupun selipar, maka tidak perlu dibasuh, hanya memadai bersentuh dengan tanah. Hal tersebut termasuk dalam perkara yang sukar dielakkan (umum al-balwa) iaitu sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku. Tambahan pula, kasut mahupun selipar yang sentiasa digunakan seharian boleh disucikan secara tidak langsung apabila terkena padanya tanah, air mahupun rumput. Tapak kasut atau selipar yang disapu pada tanah dapat menyucikannya. Hal ini berdasarkan riwayat Abu Sa’id al-Khudri R.A, Rasullulah SAW bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ : فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
“Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dengan tanah) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.” [Riwayat Abu Daud (650)]

Ibn Ruslan berkata: “Perkataan ‘الْأَذَى’ pada bahasa iaitu yang keji dan kotor sama ada ia bersih atau najis.” (Lihat Syarh Sunan Abi Daud, 3/72)

Hadis tersebut menunjukkan sapuan selipar atau sepatu pada tanah boleh menyucikannya daripada kotoran. Dan yang zahir pada kedua-duanya adalah dengan maksud najis, sama ada najis bersifat basah atau kering. (Lihat Subul al-Salam, 1/137)

Ibn Malik ketika mensyarahkan hadith dengan menyatakan bahawa:

أن النعل إذا أصابته نجاسة ، فمسحت بالأرض حتى ذهب أثرها، جازت الصلاة فيه
“Sesungguhnya sekiranya kasut terkena najis, kemudian dihilangkan dengan disapu oleh tanah sehingga hilang kesannya, maka diharuskan solat dengannya.” (Lihat Syarh Masabih al-Sunnah, 1:457)

Maka difahami tapak kasut yang terkena najis yang nyata akan hilang kesannya dengan sebab disapu oleh tanah.

Namun persoalan terpijak najis anjing akan menjadi isu sekiranya najis yang dipijak terkena pada kulit kaki, anggota mahupun pakaian. Lantaran itu, kami akan merungkaikan persoalan berikut dengan mengemukakan dalil tentang pensabitan najis mughallazah yang perlu dibasuh, serta solusi terhadap perkara tidak pasti sehingga menimbulkan keraguan.

Majoriti ulama' telah sepakat menyatakan anjing sebagai najis (Lihat: al-Wajiz fi Fiqh al-Islami, Wahbah al-Zuhaili (1/35)

Anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah kerana cara basuhan najis anjing lebih berat daripada najis lain sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
“Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.” [Riwayat Muslim (279)]

Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا
“Apabila seekor anjing minum di dalam bekas salah seorang kami, maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan.” [Riwayat al-Bukhari (172)]

Berdasarkan mafhum kedua-dua riwayat hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu najis yang perlu dibasuh. Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada kewajipan perkara tersebut. Maka, sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian paling bersih daripada anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk dianggap sebagai najis). [Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105)]

Oleh itu, kefahaman riwayat hadis tersebut sekiranya jilatan anjing itu merupakan suatu kotoran dan perlu dibasuh, apatah lagi najis daripada anjing yang lebih jelas kekotorannya. Sehubungan itu, terpijak najis mughallazah anjing lalu terkena bahagian kulit badan mahupun pakaian maka perlu dibasuh dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali.

Merujuk mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi: “Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya, daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah.” [Rujuk al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim, (m/s 185)]

Seterusnya, sesuatu keraguan terhadap perkara yang masih tidak pasti sama ada terpijak najis anjing mahupun najis haiwan lain lalu terkena pada kulit kaki. Sekiranya perkara tersebut pada peringkat syak, maka hendaklah diabaikan syak-wasangka tersebut tanpa perlu menyertu. Hal ini kerana perkara yang dzon tidak memberi apa-apa kesan terhadap satu keyakinan. Firman Allah SWT:

وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Surah al-Najm: 28)

Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
“Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan.”

Selain itu, kaedah yang bertepatan tentang syak menyebutkan bahawa:

شك لا يبنى عليه حكم
“Hukum tidak akan terbina ke atas perkara syak.”

Kesimpulan

Secara tuntasnya, kami berpendapat bahawa solusi terhadap situasi tidak pasti najis yang dipijak daripada anjing ataupun tidak, lalu terkena pada kulit kaki. Maka, perkara tersebut hanya disyaki sahaja kerana bukan sesuatu benar-benar pasti tanpa melihat dengan mata kepala sendiri najis daripada anjing. Oleh yang demikian, hendaklah meninggalkan perasaan syak-wasangka tersebut tanpa perlu menyertu. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberatkan seseorang hamba-Nya daripada syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj: 78)

Sebaliknya sekiranya yakin bahawa najis yang dipijak daripada anjing lalu terkena pada kulit kaki dan melihat dengan mata kepala sendiri najis daripada anjing, maka perlu dibasuh dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali.

Akhir sekali, marilah kita mohon semoga Allah SWT menerima amalan kita serta memberikan taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/was-was-sama-ada-terpijak-najis-anjing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 298 hits
Diterbitkan Hari ini 7 11 malamBERITASetiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata terdapat dua kemungkinan berhubung perjumpaan antara sekumpulan anggota parlimen BN dan Azmin Ali di kediaman menteri hal ehwal ekonomi itu baru baru ini Kata An...
Ngo Pecinta Haiwan Dikritik Kerana Mengacau Tugas Pbt Membanteras Anjing Liar

Ngo Pecinta Haiwan Dikritik Kerana Mengacau Tugas Pbt Membanteras Anjing Liar

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 435 hits
VIRAL Dua insiden kanak kanak sekolah digigit anjing liar mendapat perhatian netizens Insiden pertama membabitkan seorang kanak kanak perempuan yang berumur 7 tahun dan bersekolah diSekolah Kebangsaan Lipasu Manakala insiden kedua berlaku d...
Ngo Pencinta Haiwan Dakwa Anjing Liar Telah Didiskriminasi Dan Dibunuh Secara Berleluasa

Ngo Pencinta Haiwan Dakwa Anjing Liar Telah Didiskriminasi Dan Dibunuh Secara Berleluasa

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 396 hits
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ANCAMAN DAN SERANGAN SEEKOR ANJING TERHADAP ORANG AWAM DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN Seekor anjing liar gigit kanak kanak di Port Dickson Negeri Sembilan merupakan insiden melibatkan nyawa manusia Animal Malaysia...
Inovasi Untuk Selesaikan Masalah Bilik Darjah Atau Ada Tujuan Lain

Inovasi Untuk Selesaikan Masalah Bilik Darjah Atau Ada Tujuan Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 279 hits
Antara soalan yang selalu tanya bila saya jumpa guru yang aktif berinovasi adalah apa tujuan cikgu buat inovasi Jawapannya berbeza bergantung kepada apa tujuan dan hasrat guru inovatif tersebut Yang pastinya biarlah inovasi tersebut menyele...
Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 463 hits
Keputusan PRK Tg Piai memang memeranjatkan semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang sendiri Apa yang ramai tak sedari ialah keputusan PRK Tg Piai membuatkan baik Dr Mahathir mahu pun Lim Kit Siang semakin terdesak untuk mencantas ...
Sloth Haiwan Aneh Memakan Najis Manusia Kajian

Sloth Haiwan Aneh Memakan Najis Manusia Kajian

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 982 hits
SLOTHS merupakan makhluk yang misteri dan luar biasa hinggakan para penyelidik terkejut apabila mereka mendapati mereka mempunyai habit mengintai di tandas dan memakan najis manusia di hutan Amazon Para penyelidik menulis dalam kertas kerja...
Arif Fadzilah Tolak Tawaran Lain Demi Impian

Arif Fadzilah Tolak Tawaran Lain Demi Impian

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 323 hits
KUALA TERENGGANU Bagai sirih pulang ke gagang Itu peribahasa tepat buat pemain kelahiran Kampung Kubu Marang Arif Fadzillah Abu Bakar 23 yang kembali ke negeri kelahirannya musim depan menyarung jersi skuad Terengganu FC Arif mengakui begit...
Hakikat Nyawa Atau Ruh

Hakikat Nyawa Atau Ruh

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 353 hits
Hakikat Nyawa Ruh Assalamu alaikum ustad saya fajar saya mempunyai beberapa pertanyaan 1 Apakah nyawa mempunyai bentuk 2 Jika nyawa mempunya bentuk apakah nyawa mengikuti bentuk raga nya seperti wajah tinggi dan berat 3 Apabila nyawa tanpa ...
Isu Tanah Jalan Semarak Felda Saman Isa Samad 19 Yang Lain

Isu Tanah Jalan Semarak Felda Saman Isa Samad 19 Yang Lain

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 323 hits
Projek Kuala Lumpur Vertical City dibangunkan di tanah milik Felda di Jalan Semarak KUALA LUMPUR Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus