Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar


Yasmin RamlanDiterbitkan Hari ini 7:11 malam
BERITA

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata terdapat dua kemungkinan berhubung perjumpaan antara sekumpulan anggota parlimen BN dan Azmin Ali di kediaman menteri hal ehwal ekonomi itu baru-baru ini.

Kata Annuar, sama ada Azmin atau Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, salah seorangnya mungkin berbohong susulan pengakuan anggota parlimen Umno terbabit.

"Ada dua kemungkinan, pertama salah seorang berkata tidak benar. Mungkin Azmin beri laporan yang tidak benar, ataupun beliau beri laporan yang benar tapi Dr Mahathir berkata tidak benar," kata Annuar apabila ditanya mengenai kenyataan bercanggah tersebut pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada 22 Nov lalu, Mahathir berkata Azmin memberitahunya bahawa anggota parlimen berkenaan telah 'hilang parti' dan mempertimbangkan untuk menyertai parti lain ketika pertemuan itu berlangsung.
Namun pada hari sama, tujuh anggota parlimen BN tampil menafikan dakwaan itu sebelum disusuli lapan yang lain sehari selepas itu.

'Perlu difahami secara tersirat'

Menurut Annuar, berdasarkan pengalamannya mengenali Mahathir, apa yang disampaikan pemimpin berusia 94 tahun itu tidak boleh ditafsirkan secara terang-terangan kerana mempunyai maksud tersirat.

"Semua Ahli Parlimen berkenaan telah keluarkan kenyataan media secara bertulis menafikan kenyataan yang disebut oleh perdana menteri itu.

"Bagaimanapun kita tahu sesama sendiri (Dengan Mahathir) dengan baik, saya selalu baca kenyataan Tun bukan daripada maksud sebenar (literal) tapi secara tersirat (read between the line) dengan apa yang dia kata.

"Kita lama bersama beliau, jadi kita tahu siapa dia," katanya.

Annuar berkata mustahil anggota parlimen BN berhasrat keluar parti lebih-lebih lagi selepas kekalahan teruk PH dengan majoriti 15,000 pada PRK Tanjung Piai 16 Nov lalu.

"Agak bodoh kalau lompat ke parti itu dengan tidak mendapat apa. Lebih baik bersama dengan pihak yang menang," katanya.

Tak halang MP Umno jumpa pemimpin kerajaan

Menurut Annuar lagi, parti itu tidak menghalang mana-mana anggota parlimen Umno berjumpa dengan pemimpin kerajaan termasuk Azmin selagi tidak melibatkan urusan parti.

Ini kerana katanya, sebarang urusan rasmi berkaitan parti hanya akan dikendalikan oleh presiden parti.
"Tak semestinya tak boleh berurusan langsung dengan mereka yang memegang kuasa. Kadang-kadang mereka jumpa sebagai kawan atau untuk sampaikan masalah rakyat kepada yang memerintah. Tapi bukan soal parti sebab sebarang hal parti dikendalikan oleh presiden saja.

"Tak ada masalah baik (jumpa) Azmin, Tun M. Banyak pemimpin kita jumpa Anwar, Azmin. Umno terbuka tapi untuk elak salah tangapan beritahu kami dahulu," katanya.

Pada 18 November, lebih 20 anggota parlimen BN dilihat berkumpul di kediaman rasmi Azmin di Putrajaya.

Beberapa anggota parlimen PKR juga hadir, termasuklah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/pertemuan-sulit-sama-ada-azmin-atau-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maklum Ismail Sabri Kalau Nak Bincang Projek Najib Tegur Pertemuan Sulit Azmin

Maklum Ismail Sabri Kalau Nak Bincang Projek Najib Tegur Pertemuan Sulit Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 404 hits
Maklumkan pada Ketua Pembangkang Ismail Sabri atau whip parti kalau nak bincang projek dengan pemimpin parti lawan kata Najib Razak mengulas pertemuan sulit antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional se...
Siapa Berbohong Azmin Atau Tun Mahathir

Siapa Berbohong Azmin Atau Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 390 hits
SEBAGAIMANA pengakuan Azmin Ali kepadanya Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai ...
Pertemuan Pkm Saya Pun Risau Kata Muhyiddin

Pertemuan Pkm Saya Pun Risau Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 526 hits
Diterbitkan Hari ini 1 03 tengahariBERITAMenteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini menyuarakan kebimbangan dengan trend semasa yang membabitkan isu komunis hingga menimbulkan perasaan tidak baik di kalangan rakyat Justeru Muhyiddin mem...
Hisham Bukan Saya Rancang Pertemuan Mp Bn Dengan Azmin

Hisham Bukan Saya Rancang Pertemuan Mp Bn Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 380 hits
Bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa beliau merancang pertemuan antara anggota parlimen pembangkang dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya malam tadi Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan anta...
Ahli Parlimen Bn Adakan Pertemuan Di Kediaman Azmin

Ahli Parlimen Bn Adakan Pertemuan Di Kediaman Azmin

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 407 hits
Ahli Parlimen BN adakan pertemuan di kediaman Azmin nbsp Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Nov 2019 12 45A
Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 366 hits
Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai ...
Sama Sama Sulit Terungkap Kapolri Sandingkan Kasus Akseyna Dengan Novel

Sama Sama Sulit Terungkap Kapolri Sandingkan Kasus Akseyna Dengan Novel

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 234 hits
Sama Sama Sulit Terungkap Kapolri Sandingkan Kasus Akseyna dengan Novel Idham menerangkan bahwa setiap kasus memiliki karakteristiknya masing masing Ada yang tergolong kasus besar namun pada akhirnya mampu terungkap
Ali Hamsa Kata Cemar Imej Najib Sama Macam Burukkan Nama Negara Ambrin

Ali Hamsa Kata Cemar Imej Najib Sama Macam Burukkan Nama Negara Ambrin

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1156 hits
Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam bahawa beliau dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara ketika itu Dr Ali Hamsa semasa mesyuarat membincangkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad bahawa mencemarkan ime...
Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana