Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai


Pernah tak korang rasa satu makanan yang bila gigit je terus buat hati senang? Ha, macam tulah rasa bila makan bomboloni. Haha. Donut gebu dari Itali ni memang tengah jadi kegilaan ramai sekarang. Bukan sebab rupa dia je comel, tapi sebab bila kita gigit, isi dia meleleh keluar macam tak sabar nak keluar dari perut donut tu. Fuh, puas hati betul! 
Kalau donut biasa ada lubang tengah, bomboloni ni pula lain. Dia bulat gebu, padat isi dan selalu datang dengan pelbagai filling. Nutella, custard, strawberry, biscoff, macam-macam ada. Kadang sampai rambang mata nak pilih. Nak yang manis ke, yang lemak keju ke, semua nampak sedap. Bila tengok video orang picit bomboloni sampai krim keluar tu, memang automatik craving datang. Yumms. 
Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.
Itulah magiknya bomboloni. Nampak simple, tapi mampu buat hari korang rasa manis. Tak perlu tunggu majlis besar pun nak nikmati dia. Kadang bila stress, sebiji bomboloni pun dah cukup jadi penenang hati. Sebab dalam hidup ni, bukan benda besar je yang penting. Kadang benda kecil, macam sebiji donut montel yang gebu ni, pun dah cukup buat kita senyum sepanjang hari. 
Yang bestnya, bomboloni ni sebenarnya bukan benda baru pun. Kat Itali, dorang makan time sarapan pagi. Tapi bila sampai Malaysia, ha terus jadi makanan glamour. Orang kita kan kreatif. Ada yang buat versi serikaya, durian, coklat, sampai bandung cheese pun ada! Setiap gigitan ada rasa lain, tapi semuanya bagi efek sama, puas dan happy. 
Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.
Kalau korang tanya bila masa paling best nak makan bomboloni, jawapan cikla bila-bila pun boleh! Paling syok bila time hujan-hujan, lepas kerja ataupun masa lepak dengan kawan. Time lepas depan tv layan movie pun ngam. Hihi. 
Hurmm, tak sedar dah telan 3 ketul. Padahal baru lepas makan nasik tu. Kang gemuk bising, salahkan penimbang. Hishhh. Okeylah. Nanti share lagi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/11/bomboloni-si-donut-montel-yang-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

Pas U Turn Isu Undang Undang Banteras Lgbt

Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Jenis Susu Di Pasaran Mana Yang Sesuai Untuk Korang

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Arak Diakui Semua Pihak

Easy Mexican Recipe With Beef

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Best Place Buy Diamonds Online Made Simple And Easy

Kejadian Salah Masuk Kereta

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi