Isu Tanah Jalan Semarak Felda Saman Isa Samad 19 Yang Lain


Projek Kuala Lumpur Vertical City dibangunkan di tanah milik Felda di Jalan Semarak. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak
Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaku plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan
Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah ialah bekas pengarah besar Felda Faizoull Ahmad; bekas ketua pegawai eksekutif FIC Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah SPSB Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan; SPSB dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC) ; bekas pengarah besar Felda Hanapi Suhada; bekas pengarah besar Felda Ab Ghani Mohd Ali; bekas pengarah Tanah Felda Shahrizal Mohd Saleh; dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, Felda memohon perintah untuk mengarahkan pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah Semarak Felda daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh perintah tersebut
Plaintif juga memohon deklarasi Surat Tawaran FIC, Surat Tawaran Felda, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli dan Memorandum Persefahaman tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah
Dalam saman itu, Felda dan FIC menuntut ganti rugi rugi dan pampasan terhadap semua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap Felda iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan
Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta sekiranya Felda menerima “MGR” berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu
Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal
Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion selain menuntut ganti rugi bagi nilai komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat Perjanjian Sewa Beli itu serta kos. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/isu-tanah-jalan-semarak-felda-saman-isa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Felda Sues Isa Samad 20 Others Over Jalan Semarak Land

Felda Sues Isa Samad 20 Others Over Jalan Semarak Land

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 344 hits
The Federal Land Development Authority and its subsidiary have filed suits against two former chairmen Isa Samad and Shahrir Ab Samad property development company Synergy Promenade Sdn Bhd and 18 others seeking an order to immediately cance...
Felda Saman Isa Shahrir Atas Dakwaan Konspirasi Penipuan

Felda Saman Isa Shahrir Atas Dakwaan Konspirasi Penipuan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR FELDA telah memfailkan satu tuntutan saman sivil terhadap dua bekas pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad dan Tan Sri Shahrir Samad Selain itu kontraktor Synergy Promenade Sdn Bhd serta dua pemiliknya Abd Rahman Soltan dan Norain...
Saman Felda Mencurigakan Suara Tv

Saman Felda Mencurigakan Suara Tv

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 547 hits
Tindakan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd serta 18 yang lain untuk...
Klvc Saman Felda Macam Orang Pening Lalat

Klvc Saman Felda Macam Orang Pening Lalat

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 265 hits
MULA MULA kita percaya saman yang dikemukakan Felda ke atas syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd dan 20 individu yang lain berhubung kontroversi tanah di Jalan Semarak ada kaitan dengan laporan forensic audit berhubung isu sama yang dijalanka...
Jpj Keluar Lebih 1 Juta Saman Dalam Tempoh 10 Bulan

Jpj Keluar Lebih 1 Juta Saman Dalam Tempoh 10 Bulan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR 21 Nov Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan sebanyak 1 028 387 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh awal Januari sehingga Oktober lepas Tanpa mendedahkan butiran lanjut nilai saman Timbalan ...
Kerajaan Setuju Beri Pelepasan Duti Import Sst Bagi Car Seat Tiada Saman Dikenakan Pada Tempoh 6 Bulan Pertama

Kerajaan Setuju Beri Pelepasan Duti Import Sst Bagi Car Seat Tiada Saman Dikenakan Pada Tempoh 6 Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 557 hits
https ift tt 330NoNB Bagi menggalakkan ibu bapa memasang kerusi keselamatan kanak kanak dalam kenderaan masing masing sebelum peraturan mewajibkan penggunaannya bermula 1 Januari 2020 kerajaan bersetuju untuk memberi pelepasan duti import d...
Kerajaan Sarawak Memfailkan Saman Terhadap Petronas

Kerajaan Sarawak Memfailkan Saman Terhadap Petronas

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 388 hits
KUCHING 21 Nov Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad selepas syarikat berkenaan gagal membayar cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum yang dikuatkuasakan di negeri ini Writ saman dan pernyataan tu...
Felda Settlers Reminisce Good Times With Bn At Protest Outside Parliament

Felda Settlers Reminisce Good Times With Bn At Protest Outside Parliament

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 325 hits
PARLIAMENT Father of four Kamarul Azman Kamaruldin was among the more than 150 Felda settlers and smallholders from several states who held a protest outside the Parliament building in Kuala Lumpur this morning He complained that it is diff...
Hadin Azman Ucap Selamat Tinggal Kepada Felda United

Hadin Azman Ucap Selamat Tinggal Kepada Felda United

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 588 hits
Pemain tengah Hadin Azman mengucapkan selamat tinggal kepada Felda United Perkara itu disahkan melalui satu muat naik yang dikongsi melalui Instagram beliau pada malam tadi Lima tahun yang hebat di FUFC Hidup umpama roda dan masa saya bersa...
Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Anda Siapa Chatgpt

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Tiga Jenis Daun Ketum

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Cara Daftar Ahli Public Gold


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin