Warna Air Kencing Dan Tahap Kesihatan Badan Kita


Tahukah anda, warna air kencing boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk anda mengetahui tahap kesihatan tubuh anda. Hal ini demikian kerana, individu yang sihat akan mempunyai warna air kecil yang berbeza dengan individu yang tidak sihat.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang air kencing dan kesan perubahan warnanya ke atas tubuh badan kita, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Air Kencing? Air kencing adalah bahan buangan cecair yang dibuang oleh buah pinggang dan dikeluarkan dari badan melalui uretra. Kandungan air kencing ini 90% daripadanya terdiri daripada air dan selebihnya adalah bahan lain seperti urea, klorida, natrium, kalium, dan kreatinin.
Seseorang manusia yang mempunyai tahap kesihatan yang normal akan melakukan pembuangan air kecil ini sebanyak empat (4) hingga enam (6) kali sehari. Jika anda terkurang atau terlebih membuang air kencing daripada jumlah tersebut, ia mungkin menandakan anda mempunyai masalah kesihatan.
Selain daripada kekerapan, warna air kencing juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Warna sisa buangan cecair yang pudar dan jernih menandakan anda sihat, manakala sebaliknya berlaku jika warnanya terlalu pekat atau lain daripada warna kuning.
Warna normal bagi air kencing yang sihat adalah diantara warna jernih sehingga warna kuning pudar. Individu yang sihat juga akan menjalani sistem perkumuhan ini sebanyak empat hingga enam kali sehari bergantung pada pemakanan kita.
Warna Air Kencing & Masalah Kesihatan Berikut merupakan warna air kencing dan status kesihatan individu yang memilikinya:
Air Kencing Tidak Bewarna Air kencing yang jernih menunjukkan bahawa anda telah minum lebih daripada jumlah air yang disyorkan setiap hari. Walaupun minum air adalah bagus jika mengambil secara berlebihan ia masih akan memberikan kesan negatif kepada tubuh jika.
Jika ia berlaku sekali sekala, anda tidak perlu panik, anda hanya perlu mengurangkan sedikit kadar air yang akan anda ambil. Namun begitu sekiranya ia selalu berlaku walaupun pengambilan air telah dikurangkan ia mungkin petanda anda mengalami masalah hati seperti sirosis atau virus hepatitis.
Warna Kuning Cair Warna kuning cair merupakan warna normal atau semulajadi air kencing anda. Warna ini akan berubah mengikut kadar pengambilan air minuman. Lebih banyak air, warna sisa buangan cecair anda akan lebih pudar, dan sebaliknya berlaku jika kurang pengambilan air.
Warna Kuning Pekat Seperti dinyatakan di bahagian sebelum ini, jika anda kadar pengambilan air sehari anda adalah kurang, warna sisa buangan cecair anda akan menjadi lebih pekat. Perkara ini juga menandakan anda sedang dihidrasi atau tubuh anda tidak cukup air.
Warna Air Kencing Putih Keruh Air kencing bewarna putih keruh pula boleh disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah:
Air Kencing bewarna keruh boleh menandakan terdapatnya jangkitan pada saluran kencing anda. Ia juga boleh menjadi tanda beberapa penyakit kronik, seperti penyakit buah pinggang. Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda anda dehidrasi atau tidak cukup air. Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda bahawa anda menghidapi penyakit Crohn atau diverticulitis. Jika anda sedang hamil dan mempunyai air kencing bewarna keruh ini, ia mungkin petanda bahawa anda telah diserang pernyakit preeklampsia yang boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan. Warna Air Kencing Merah/Pink Air kencing yang bewarna merah atau merah jambu (pink) pula mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut:
Makanan Air kencing mungkin kelihatan merah atau merah jambu jika anda makan buah-buahan dengan pigmen merah emulajadi, seperti bit, rhubarb atau beri biru (blueberry). Kesihatan Tubuh Sesetengah keadaan kesihatan boleh menyebabkan darah muncul dalam air kencing anda, antaranya ialah: hematuria jangkitan saluran kencing pembesaran prostat batu karang tumor dalam pundi kencing dan buah pinggang. Ubat-ubatan Ubat-ubatan yang boleh menjadikan air kencing anda warna merah atau merah jambu ialah Phenazopyridine (Pyridium) Antibiotik rifampin (Rifadin) Ubat kanser tertentu seperti anthracyclines. Bewarna Oren Bagi anda yang mempunyai air kencing bewarna oren, berikut mungkin merupakan sebab-sebab mengapa anda mengalaminya:
Dehidrasi Ia mungkin berlaku sebab kurang kadar pengambilan air bagi tubuh anda. Kesihatan Tubuh Air kencing bewarna oren mungkin berlaku disebabkan masalah pada saluran hempedu atau hati anda. Ia juga mungkin berlaku jika anda mengalami penyakit jaundis dewasa (demam kuning) Ubat-ubatan Air kencing bewarna oren juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan berikut: Phenazopyridine (Pyridium), Ubat anti-radang sulfasalazine (Azulfidine), Ubat kemoterapi. Air Kencing Bewarna Biru/Hijau Air kencing berwarna biru jarang berlaku dan kemungkinan besar berkaitan dengan sesuatu dalam diet anda.
Makanan Pewarna makanan, terutamanya metilena biru, yang terdapat dalam banyak jenis gula-gula dan ubat-ubatan, boleh menyebabkan air kencing berwarna biru atau hijau. Ubat-ubatan Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing biru atau hijau seperti: Cimetidine (Tagamet) Amitriptyline Indomethacin (Indocin) Promethazine (Phenergan) Suplemen vitamin B. Prosedur Perubatan Ia juga boleh terhasil daripada pewarna dalam ujian perubatan yang dijalankan pada buah pinggang atau pundi kencing anda. Kesihatan Tubuh Jangkitan bakteria Pseudomonas aeruginosa juga boleh menyebabkan air kencing anda bertukar menjadi biru, hijau atau ungu nila. NOTA: Jika anda mempunyai rasa was-was atau tidak kepastian, pastikan anda dapatkan nasihat daripada pakar.
Sumber: HealthLine
Tips Menjaga Sistem Perkumuhan Sistem perkumuhan yang baik akan mampu membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda. Oleh itu, ikuti tips dibawah untuk menjaga sistem perkumuhan dan memastikan warna air kencing kita kekal jernih atau kuning pudar:
Kurangkan pengambilan garam Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebab kekurangan air dalam tubuh badan. Garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi yang seterusnya akan membawa kepada masalah organ buah pinggang. Kurangkan pengambilan gula Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda mudah terkena penyakit kencing manis yang juga akan menyebabkan masalah pada buah pinggang anda. Pastikan pengambilan air yang mencukupi Pengambilan air yang mencukupi memastikan tubuh anda sentiasa segar dan tidak dihidarasi. Elak minuman yang mengandungi alkohol dan kafein Pengambilan minuman ini dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kekerapan buang air kecil yang seterusnya boleh menyebabkan anda dihidrasi. Jangan merokok Merokok meningkatkan risiko anda dengan penyakit berbahaya seperti kanser buah pinggang dan sebagainya. Baca juga: Mandi Bunga : Khasiat Tradisional, Pantang Larang, Hukum Dalam Islam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/warna-air-kencing/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=warna-air-kencing

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Jual Jus Buah Campur Air Kencing

Peniaga Jual Jus Buah Campur Air Kencing

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 73 hits
KOSMOPolis menemui sebuah bekas berisi urin di gerai suspek NDTVNEW DELHI Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan di India kerana menjual jus buah yang dicampur dengan air kencing kepada pelanggan lapor stesen penyiaran ...
Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 25 hits
Secara umum setiap air yang kita minum mungkin kelihatan serupa dan sering dirujuk sebagai air kosong atau air putih Tanpanya tubuh badan kita tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik Tidak dapat dinafikan kebanyakan manusia di seluruh dun...
Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani Palestin

Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani Palestin

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 91 hits
Peluang Menjana Pendapatan Sambil Membantu Meningkatkan Tahap Ekonomi Petani PalestinTerdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan Salah satunya dengan menjual produk tidak kira secara online mahupun offline Menjana pendapatan memang suda...
Pengkhianat Tahap Tenat Rm248 443 Disorok Bawah Katil Pegawai Imigresen Gred Kp19

Pengkhianat Tahap Tenat Rm248 443 Disorok Bawah Katil Pegawai Imigresen Gred Kp19

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 88 hits
Mohd Iskandar Ibrahimam hmetro com myKetua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menunjukkan barang kes yang dirampas ketika sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM FOTO Aswadi AliasPutrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan pe...
Senarai Contoh Ulasan Pbd Dan Penerangan Tahap Penguasaan Pbd

Senarai Contoh Ulasan Pbd Dan Penerangan Tahap Penguasaan Pbd

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 49 hits
Semak senarai contoh ulasan PBD Pentaksiran Bilik Darjah merupakan satu kaedah penilaian yang diterapkan di sekolah sekolah di Malaysia selepas pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah PBD memberi tumpuan kepada perkembangan kemajuan dan k...
Mp Peqak Ni Dia Lebih Kurang Tahap Sanusi Ja

Mp Peqak Ni Dia Lebih Kurang Tahap Sanusi Ja

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 34 hits
Sham GhazFadhli Shaari ni tak sedar rakyat Kelantan antara paling ramai pengidap penyakit kencing manis Tiada langsung inisiatif daripada Exco Kesihatan dan Kerajaan PAS Kelantan untuk atasi benda ini dah berpuluh tahun Yb2 Pas mcm Fadli ma...
Gbp Usd 25 September Pound Menghadapi Rintangan Sekitar Tahap 1 3425

Gbp Usd 25 September Pound Menghadapi Rintangan Sekitar Tahap 1 3425

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 60 hits
Pada carta setiap jam pasangan GBP USD meneruskan aliran menaik pada hari Selasa mencapai tahap 1 3425 dari mana ia melantun semula Lantunan ini memihak kepada dolar A S dan penurunan mungkin kini terus ke tahap 1 3357 dan 1 3259 Penutupan ...
Kanak Kanak Gisbh Berdepan Isu Kesihatan Mental

Kanak Kanak Gisbh Berdepan Isu Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 59 hits
Oleh Syeikh Baran Kementerian Kesihatan mengenal pasti ada kanak kanak yang diselamatkan daripada rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd berdepan isu kesihatan mental dipercayai akibat trauma dihadapi Menurut Timbalan Menteri Kesihatan ...
Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan

The Wonders Of Watermelon Fruit

Lauk Lunch Yang Mengoda

Doa Ketika Terlilit Hutang Insya Allah Segera Lunas

Bila Suami Ko Sweet Sangat Sampai Boleh Potong Kaki

Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Ciri Ciri Personaliti Ekstrovert Yang Perlu Anda Ketahui

Tips Menghilangkan Whitehead Dan Blackhead Dengan Efektif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


The Code Is 001773

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Discover Play88 Slots A Leading Name In Online Gaming

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Personalize Your Promotion Innovative Ideas For Using Custom Lanyards In Marketing Campaigns

Lelaki Amuk Kejar Bekas Isteri Pada Hari Pernikahan