Walaupun Negara Sudah Maju Tapi Kehidupan Polis Di Kuarters Masih Lagi Daif




PETALING JAYA: Seperti penjawat awam dan badan beruniform lain, anggota polis tidak terkecuali daripada menerima kemudahan kuarters sebagai kediaman mereka sekeluarga.

Kuarters dengan paduan warna biru gelap dan putih itu biasanya memberi kemudahan kepada polis, namun sejauh mana kemudahan ini memberi keselesaan kepada anggota keselamatan yang menghuninya.

Baru-baru ini FMT membuat tinjauan ke beberapa kuarters polis di Kuala Lumpur dan Selangor. Hasilnya mendapati sesetengah kuarters dan persekitarannya dalam keadaan “daif”.

Tinjauan di salah sebuah kompleks perumahan itu di Selangor, mendapati jalan di dalam kuarters berkenaan sangat menyedihkan di mana terdapat 4 lubang besar pada sebatang lorong.

Terdapat beberapa kon berwarna jingga diletakkan di atas jalan sebagai tanda atau amaran kepada pengguna tentang kewujudan lubang tersebut.



Selain itu, terdapat 4 lubang besar pada lorong yang sama dengan kelebaran kira-kira setengah meter dengan kedalaman 1 hingga 2 inci.

Menurut anggota polis yang enggan dinamakan, dia sedih melihat fasiliti di kediamannya yang tidak memuaskan hati.

“Sudah penat kerja seharian, tetapi kawasan rumah pula seakan-akan tidak menyambut kepulangan kami.

“Bila-bila masa pun boleh ada yang cedera kalau keadaan ini berterusan,” katanya yang menghuni kuarters itu sejak 3 tahun lalu.

Sementara itu, anggota polis yang mahu dikenali sebagai Wan berkata “pemandangan” itu bukanlah perkara luar biasa bagi penghuni di situ.

“Keadaan itu sangat berisiko untuk mencederakan individu, terutamanya kanak-kanak. Malah, jalan berlubang yang dilalui hari-hari, boleh menyebabkan kenderaan penghuni kuarters rosak,” katanya.

Bagaimanapun, Wan lebih membimbangi keselamatan anak-anak anggota polis.

“Kereta kalau rosak boleh dibaiki lagi. Kepala anak-anak ini kalau pecah, macam mana?” soalnya, sambil menambah sudah banyak kali dia mendengar tentang kecederaan yang berlaku, namun tidak dipastikan tahap kecederaannya.



Manakala suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Hanim, berkata masalah jalan berlubang itu menjadi lebih teruk pada waktu malam kerana keadaan gelap yang menyukarkan penghuni menjangka kedudukan sebenar lubang.

“Malam pun, banyak tiang lampu yang tidak beroperasi menjadikan suasana sangat gelap. Kita berjalan, naik motor pun boleh terlanggar lubang. Apatah lagi kanak-kanak,” katanya yang juga isteri salah seorang anggota yang menetap di situ selama hampir 7 tahun.

Sebelum berlalu, Wan sempat menunjukkan sebuah tadika dan taman permainan yang terdapat di dalam kuarters itu yang tidak terjamin keselamatannya.

Walaupun tadika yang bersebelahan taman permainan itu dicat dengan berwarna-warni, namun kawasan yang dipagari dawai itu, sebahagiannya telah ranap.



Seorang lagi isteri anggota polis yang mahu dikenali sebagai Hayati memberitahu, kawasan itu menjadi lokasi kegemaran kanak-kanak untuk bermain bola hampir setiap petang.

Bagaimanapun, suaminya tidak pernah membenarkan 3 anaknya keluar bermain kecuali dia dan suami turut sama menemani.

“Saya takut anak saya bermain dalam kawasan perumahan ini. Sangat bahaya. Lebih baik saya kurung sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Tinjauan di sebuah kuarters polis di Kuala Lumpur yang dikatakan berusia lebih 10 tahun, FMT ditemukan dengan seorang pegawai polis yang mahu dikenali sebagai Faris.

Didapati celah-celah dinding rumah Faris sudah bertukar warna, tombol pintunya longgar dan hampir terlucut daripada lubang pintu.

Faris adalah penghuni ke-2 rumah tersebut. Penghuni pertama berpindah ke Terengganu.

Siling di salah satu bilik tidur juga berlubang dikatakan akibat gigitan tikus, yang kemudiannya retak, rapuh dan tertanggal dari rangka siling.

“Bila keadaan bertukar lompong begitu, anak-anak takut nak tidur dalam bilik. Mereka mula fikir benda bukan-bukan. Ularlah, biawaklah, tikus gergasilah konon, dan macam-macam,” katanya.



Berbeza pula keadaannya di sebuah kuarters usang berdekatan sekolah di Kuala Lumpur. Disebabkan kawasan itu sempit dan padat, kenderaan penghuninya selalu menjadi mangsa kemalangan kecil.

Seorang anggota, Azim, 29, berkata, laluan yang sempit hanya memuatkan sebuah kereta untuk lalu.

“Kalau kereta tu besar sikit, memang bergesel habis.

“Lebih teruk, pemilik kereta tidak tahu siapa yang langgar kereta mereka. Yang masuk sini pun ibu bapa hantar dan jemput anak daripada pengasuh. Ada juga pemandu Grab ambil penumbang,” katanya.

FMT sedang berusaha menghubungi Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan penjelasan berhubung kedaifan fasiliti di kuarters polis yang dikunjungi.

Sumber : freemalaysiatoday © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/walaupun-negara-sudah-maju-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehidupan Polis Di Kuarters Daif

Kehidupan Polis Di Kuarters Daif

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 481 hits
Keadaan jalan yang berlubang dan berlecak di salah sebuah kuarters polis di Selangor PETALING JAYA Seperti penjawat awam dan badan beruniform lain anggota polis tidak terkecuali daripada menerima kemudahan kuarters sebagai kediaman mereka s...
Dark Web Polis Masih Siasat Dakwaan Penjualan Maklumat Pelajar Uitm

Dark Web Polis Masih Siasat Dakwaan Penjualan Maklumat Pelajar Uitm

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 342 hits
Bernama UiTM komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar SHAH ALAM Polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat piha...
Mayat Dalam Suv Masih Sempurna Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

Mayat Dalam Suv Masih Sempurna Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 697 hits
Mayat Dalam SUV Masih Sempurna Tapi Mangsa Kelihatan Bertungkus Lumus Untuk Melepaskan Diri
Dbp Tak Mahu Jadi Polis Bahasa Tapi Pendakwah

Dbp Tak Mahu Jadi Polis Bahasa Tapi Pendakwah

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 232 hits
WAWANCARA Untuk memastikan keberkesanannya dalam memartabatkan bahasa Melayu DBP akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mendapat kuasa mengambil tindakan ke atas pesalah bahasa pada papan papan tanda yang kini dimiliki oleh pihak ...
Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 364 hits
Reformasi bina semula negara dan Malaysia baru Itu antara ungkapan ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu Pelbagai janji tawaran ditabur membuatkan rakyat terp...
Dulu Saya Pun Hidup Susah Tapi Alvin 10 Kali Lebih Daif Pengetua Menangis Lihat Pondok Usang Pelajar

Dulu Saya Pun Hidup Susah Tapi Alvin 10 Kali Lebih Daif Pengetua Menangis Lihat Pondok Usang Pelajar

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 459 hits
Dulu saya pun hidup susah tapi Alvin 10 kali lebih daif Pengetua menangis lihat pondok usang pelajar Hanya air mata yang mengalir di saat melihat sebuah pondok usang di Kampung Kalabakan di kawasan pedalaman Tawau Sabah Begitulah yang diras...
Harap Menteri Dengar Saranan Ketua Polis Negara

Harap Menteri Dengar Saranan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 344 hits
Polis Diraja Malaysia mencadangkan agar Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 tidak dimansuhkan meskipun perkara tersebut se bahagian daripada janji Pakatan Harapan sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fu...
Makan Dah Pantang Tapi Kenapa Ekzema Anak Masih Tak Elok Dan Semakin Teruk Ini Jawapannya

Makan Dah Pantang Tapi Kenapa Ekzema Anak Masih Tak Elok Dan Semakin Teruk Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 339 hits
Bagi yang merawat anak anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan memakan beberapa jenis makanan secara berulang iaitu dengan diet yang terhad dan berulang beberapa jenis sahaja ambil maklum ba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025