Dbp Tak Mahu Jadi Polis Bahasa Tapi Pendakwah


Nadia Azam       
WAWANCARA | Untuk memastikan keberkesanannya dalam memartabatkan bahasa Melayu, DBP akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mendapat kuasa mengambil tindakan ke atas pesalah bahasa pada papan-papan tanda yang kini dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun kata ketua pengarahnya Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menjadi polis bahasa sebaliknya lebih bersifat seperti pendakwah yang menanamkan kesedaran kepada pengguna dengan hukuman sebagai langkah terakhir.

Menurutnya ada beberapa kaedah yang difikirkan sesuai ke arah itu, misalnya meletakkan syarat bahawa nasihat atau pandangan DBP kepada agensi lain mesti dipatuhi.

Sebagai contoh, kata Abang Sallehuddin, apabila DBP mengeluarkan surat kepada PBT, kerajaan tempatan mesti memberi perhatian berat kepada teguran berkenaan kerana tertakluk kepada undang-undang.

Katanya kuasa untuk menurunkan papan tanda pada sesuatu premis terletak pada PBT dan bukannya DBP.

"Kerajaan perlu bagi kuasa kepada DBP untuk boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan mengenai bahasa, maknanya teguran DBP wajib dipatuhi.

"Ia memerlukan pindaan akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, itu yang sedang kami fikirkan," katanya kepada Malaysiakini.
Pada masa sama, kata Abang Sallehuddin, DBP juga cenderung untuk menanamkan kesedaran mengenai kepentingan bahasa kebangsaan secara berlembut dan teguran.

Mengikut kata-kata beliau sendiri, DBP mahu menjadi seperti pendakwah.

"Kita berminat memberi teguran tapi kita tak nak dilihat masyarakat sebagai dah jadi polis bahasa. Kita nak jadi pendakwah," katanya yang dilantik mengemudi badan itu pada 10 Januari lalu.

Sebagai contoh, bekas timbalan ketua pengarah bahagian dasar DBP itu menjelaskan tugas "pendakwah" boleh diumpamakan seperti mesej disampaikan khatib pada hari Jumaat.

Katanya, setiap minggu orang Islam diingatkan supaya menjadi orang yang bertaqwa walaupun bukan semua jemaah yang hadir akan menjadi baik.

"Dakwah ni kerja yang berterusan sehinggalah ke liang lahad. Konsepnya (yang difikirkan DBP) begitulah," katanya.

Menurut beliau, DBP mahu menanamkan kesedaran bahawa tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tugas semua pihak.

"Ia tanggungjawab semua rakyat, maknanya pihak PBT, pengawai kerajaan dan semua orang mesti memberi sokongan.

"Contohnya yang saya nak tegur, banyak sangat program kerajaan hari ini menggunakan tagline (ayat pikat) bahasa Inggeris," katanya.

Wawancara 1: 'Penguasaan bahasa Melayu menteri masih banyak perlu diperbaiki'Wawancara 2: Abang Sallehuddin: Ada suara curiga tanda orang sayang DBP
*Wawancara ini turut dijalankan bersama Jimadie Shah Othman dan Suzilawani Mustapha.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/dbp-tak-mahu-jadi-polis-bahasa-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Hafiz Tahun Lepas Tapi Nelydia Senrose

Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Hafiz Tahun Lepas Tapi Nelydia Senrose

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 962 hits
PELAKON Nelydia Senrose berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka dikenali sebagai Hafiz tahun ini Nelydia berkata selepas perancangan untuk berkahwin tahun lalu tidak tercapai dia berharap impiannya untuk...
Setelah Fdr Cvr Lion Air Jt 610 Akhirnya Ditemukan Sama Sama Buat Merekam Tapi Ini Lo Bedanya

Setelah Fdr Cvr Lion Air Jt 610 Akhirnya Ditemukan Sama Sama Buat Merekam Tapi Ini Lo Bedanya

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 299 hits
CVR ditemukan di kedalaman 38 meter katanya sudah tertimbun lumpur bawah laut sedalam 8 meter
Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 409 hits
Sehingga kini ramai mempersoalkan status sebenar rumah tangga Tauke dan isteri selepas lafaz talak menerusi Whatsapp baru baru ini Jelas Tauke mereka masih The post appeared first on
Priyo Jangan Sepelekan Prabowo Jokowi Pengalaman Tapi Prestasi Biasa Saja

Priyo Jangan Sepelekan Prabowo Jokowi Pengalaman Tapi Prestasi Biasa Saja

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 374 hits
Capres petahana Jokowi menyinggung soal pilih pemimpin yang berpengalaman Hal tersebut langsung direspons oleh kubu Prabowo Subianto Wakil Ketua Badan Pemenangan Nasional Priyo Budi Santoso menilai Jokowi ingin men downgrade capres jagoanny...
Dah Gtau Dah Prepare Semua Koyak Baii Berair Member Aku Member Bengang Rakannya Tak Dihargai Gf Tapi

Dah Gtau Dah Prepare Semua Koyak Baii Berair Member Aku Member Bengang Rakannya Tak Dihargai Gf Tapi

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 971 hits
Dah gtau dah prepare semua Koyak baii berair member aku Member bengang rakannya tak dihargai GF tapi Tak semua lelaki trash dan tak semua perempuan trash Tapi apa yang terjadi pada member aku ni memang perempuan ni trash demikian tulis Khai...
Saya Baru Kenal Tapi Sudah Jatuh Cinta Nazri Aziz

Saya Baru Kenal Tapi Sudah Jatuh Cinta Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 468 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap ketika sesi walkabout bersama Komuniti Orang Asli Pos Mensun sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Menson Tanah Rata ...
Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap Boleh Cuba Ni

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1249 hits
Tahukah korang bahawa negara kita kaya dengan makanan tradisional yang sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri negeri di Pantai Timur seperti Kelantan Terengganu dan Pahang Rata ratanya banyak menggunakan bahan utamanya santa...
Stesen Minyak Pamer Senarai Harga Minyak Negara Negara Jiran Tapi Brunei Tak Ada

Stesen Minyak Pamer Senarai Harga Minyak Negara Negara Jiran Tapi Brunei Tak Ada

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1474 hits
PENGUSAHA stesen minyak di negara ini difahamkan sudah mula mempamerkan senarai perbandingan harga minyak terkini bagi negara negara jiran ASEAN dengan Malaysia untuk makluman orang ramai Senarai perbandingan harga minyak yang diletakkan di...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Isma Sane Dirimu Diriku Chord


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia