Kehidupan Polis Di Kuarters Daif


FMT Reporters
Keadaan jalan yang berlubang dan berlecak di salah sebuah kuarters polis di Selangor. PETALING JAYA: Seperti penjawat awam dan badan beruniform lain, anggota polis tidak terkecuali daripada menerima kemudahan kuarters sebagai kediaman mereka sekeluarga.

Kuarters dengan paduan warna biru gelap dan putih itu biasanya memberi kemudahan kepada polis, namun sejauh mana kemudahan ini memberi keselesaan kepada anggota keselamatan yang menghuninya.

Baru-baru ini FMT membuat tinjauan ke beberapa kuarters polis di Kuala Lumpur dan Selangor. Hasilnya mendapati sesetengah kuarters dan persekitarannya dalam keadaan “daif”.

Tinjauan di salah sebuah kompleks perumahan itu di Selangor, mendapati jalan di dalam kuarters berkenaan sangat menyedihkan di mana terdapat 4 lubang besar pada sebatang lorong.

Terdapat beberapa kon berwarna jingga diletakkan di atas jalan sebagai tanda atau amaran kepada pengguna tentang kewujudan lubang tersebut.
Kon keselamatan diletakkan di tepi lubang sebagai tanda jalan itu tidak selamat digunakan.Selain itu, terdapat 4 lubang besar pada lorong yang sama dengan kelebaran kira-kira setengah meter dengan kedalaman 1 hingga 2 inci.

Menurut anggota polis yang enggan dinamakan, dia sedih melihat fasiliti di kediamannya yang tidak memuaskan hati.

“Sudah penat kerja seharian, tetapi kawasan rumah pula seakan-akan tidak menyambut kepulangan kami.

“Bila-bila masa pun boleh ada yang cedera kalau keadaan ini berterusan,” katanya yang menghuni kuarters itu sejak 3 tahun lalu.

Sementara itu, anggota polis yang mahu dikenali sebagai Wan berkata “pemandangan” itu bukanlah perkara luar biasa bagi penghuni di situ.

“Keadaan itu sangat berisiko untuk mencederakan individu, terutamanya kanak-kanak. Malah, jalan berlubang yang dilalui hari-hari, boleh menyebabkan kenderaan penghuni kuarters rosak,” katanya.
Bagaimanapun, Wan lebih membimbangi keselamatan anak-anak anggota polis.

“Kereta kalau rosak boleh dibaiki lagi. Kepala anak-anak ini kalau pecah, macam mana?” soalnya, sambil menambah sudah banyak kali dia mendengar tentang kecederaan yang berlaku, namun tidak dipastikan tahap kecederaannya.
Jalan yang rosak merosakkan pemandangan di dalam kuarters polis.Manakala suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Hanim, berkata masalah jalan berlubang itu menjadi lebih teruk pada waktu malam kerana keadaan gelap yang menyukarkan penghuni menjangka kedudukan sebenar lubang.

“Malam pun, banyak tiang lampu yang tidak beroperasi menjadikan suasana sangat gelap. Kita berjalan, naik motor pun boleh terlanggar lubang. Apatah lagi kanak-kanak,” katanya yang juga isteri salah seorang anggota yang menetap di situ selama hampir 7 tahun.

Sebelum berlalu, Wan sempat menunjukkan sebuah tadika dan taman permainan yang terdapat di dalam kuarters itu yang tidak terjamin keselamatannya.

Walaupun tadika yang bersebelahan taman permainan itu dicat dengan berwarna-warni, namun kawasan yang dipagari dawai itu, sebahagiannya telah ranap.
Kelihatan pagar dawai yang memagari tadika telah runtuh.Seorang lagi isteri anggota polis yang mahu dikenali sebagai Hayati memberitahu, kawasan itu menjadi lokasi kegemaran kanak-kanak untuk bermain bola hampir setiap petang.

Bagaimanapun, suaminya tidak pernah membenarkan 3 anaknya keluar bermain kecuali dia dan suami turut sama menemani.

“Saya takut anak saya bermain dalam kawasan perumahan ini. Sangat bahaya. Lebih baik saya kurung sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Tinjauan di sebuah kuarters polis di Kuala Lumpur yang dikatakan berusia lebih 10 tahun, FMT ditemukan dengan seorang pegawai polis yang mahu dikenali sebagai Faris.

Didapati celah-celah dinding rumah Faris sudah bertukar warna, tombol pintunya longgar dan hampir terlucut daripada lubang pintu.

Faris adalah penghuni ke-2 rumah tersebut. Penghuni pertama berpindah ke Terengganu.

Siling di salah satu bilik tidur juga berlubang dikatakan akibat gigitan tikus, yang kemudiannya retak, rapuh dan tertanggal dari rangka siling.

“Bila keadaan bertukar lompong begitu, anak-anak takut nak tidur dalam bilik. Mereka mula fikir benda bukan-bukan. Ularlah, biawaklah, tikus gergasilah konon, dan macam-macam,” katanya.
Lubang di siling rumah anggota polis akibat gigitan tikus. Berbeza pula keadaannya di sebuah kuarters usang berdekatan sekolah di Kuala Lumpur. Disebabkan kawasan itu sempit dan padat, kenderaan penghuninya selalu menjadi mangsa kemalangan kecil.

Seorang anggota, Azim, 29, berkata, laluan yang sempit hanya memuatkan sebuah kereta untuk lalu.
“Kalau kereta tu besar sikit, memang bergesel habis.

“Lebih teruk, pemilik kereta tidak tahu siapa yang langgar kereta mereka. Yang masuk sini pun ibu bapa hantar dan jemput anak daripada pengasuh. Ada juga pemandu Grab ambil penumbang,” katanya.

FMT sedang berusaha menghubungi Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan penjelasan berhubung kedaifan fasiliti di kuarters polis yang dikunjungi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kehidupan-polis-di-kuarters-daif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Negara Sudah Maju Tapi Kehidupan Polis Di Kuarters Masih Lagi Daif

Walaupun Negara Sudah Maju Tapi Kehidupan Polis Di Kuarters Masih Lagi Daif

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 647 hits
PETALING JAYA Seperti penjawat awam dan badan beruniform lain anggota polis tidak terkecuali daripada menerima kemudahan kuarters sebagai kediaman mereka sekeluarga Kuarters dengan paduan warna biru gelap dan putih itu biasanya memberi kemu...
Altantuya Polis Dedah Soal Musa Safri Bekas Pembantu Najib

Altantuya Polis Dedah Soal Musa Safri Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1853 hits
KUALA LUMPUR Polis hari ini mendedahkan ia sudah mengambil keterangan bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan baru pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Ya ya kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun k...
Polis Geledah Pejabat Peguam

Polis Geledah Pejabat Peguam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 220 hits
Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hadir di firma guaman Rahmat Lim Partners untuk mencari dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB Perkara itu disahkan oleh Pemangku pengarah JSJK Saiful Azly Kamaruddin yang berkata pencarian ...
22 Pekerja Asing Mangsa Aniaya Majikan Di Selamatkan Polis Pulau Pinang

22 Pekerja Asing Mangsa Aniaya Majikan Di Selamatkan Polis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 373 hits
TIDUR di loteng dan berhimpit dalam ruang yang sempit Kesusahan itu terpaksa dihadapi sekumpulan pekerja wanita warga asing di kedai dobi sebelum mereka diselamatkan polis di empat premis di Bukit Mertajam malam tadi Dalam operasi 9 malam d...
Tahniah Polis Serbu 2 Pusat Judi Online 12 Ditahan

Tahniah Polis Serbu 2 Pusat Judi Online 12 Ditahan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 330 hits
LAPTOP dan tablet yang dirampas polis dalam dua serbuan pusat judi online di Taman Kinrara Serdang Selangor hari ini UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 25 Jan Polis Selangor menahan 12 individu termasuk dua warga asing yang bertindak sebagai penjaga...
Kes Anak Mat Sabu Polis Tunggu Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Kes Anak Mat Sabu Polis Tunggu Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 362 hits
January 26 2019 12 11 AMPETALING JAYA Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditahan kerana disyaki positif ganja 5 Januari lepas lapor bernama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazla...
Didoa Cepat Mati Baby Shima Buat Laporan Polis

Didoa Cepat Mati Baby Shima Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 415 hits
IZWAN MOHD ISA 25 Januari 2019 2 48 PM KUALA LUMPUR Disebabkan tidak tahan dengan komen komen negatif yang ditinggalkan oleh seorang individu di Instagram penyany
Polis Serbu Firma Guaman Goldman Di Kl Cari Dokumen 1mdb

Polis Serbu Firma Guaman Goldman Di Kl Cari Dokumen 1mdb

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 308 hits
Polis serbu firma guaman Goldman di KL cari dokumen 1MDB Rahmat Lim amp Partners merupakan firma guaman yang mewakili Goldman semasa terbitan bon 1MDB pada tahun 2012 dan 2013
Polis Cari Dokumen Bon 1mdb Geledah Pejabat Peguam Selepas Izin Mahkamah

Polis Cari Dokumen Bon 1mdb Geledah Pejabat Peguam Selepas Izin Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 248 hits
Dokumen berkaitan bon 1MDB bernilai US 6 5 bilion yang dikendalikan oleh firma Goldman Sachs disimpan di firma gauman Malaysia Foto ReutersKUALA LUMPUR 24 Jan Polis hari ini menggeledah firma guaman Rahmat Lim amp Partners bagi mendapatkan ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen