Walau Ditegur Perdana Menteri Penjualan Tapak Bazar Ramadan Masih Berlaku



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyentuh perkara ini dan beliau mahu aktiviti ejen memonopoli tapak perniagaan penjaja dan tapak bazar Ramadan dihapuskan di seluruh negara.
Katanya, aktiviti itu menyebabkan penjaja dan peniaga terpaksa guna ejen kerana lesen diberi kepada orang lain kemudian barulah dipindah ke penjaja.
“Berapa ramai nak cari tempat perniagaan begitu susah. Saya percaya sama juga seperti pasar Ramadan itu dimonopoli beberapa kalangan orang yang mahu berniaga.
“Mereka bangun pagi masak pada bulan puasa dan waktu berbuka puasa kerana perlu bayar sewa tapi bayar ejen yang monopoli tapak terbabit,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kini Ramadhan telah tiba, apa yang diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali berulang, langsung tiada langkah pencegahan diambil pihak berkuasa nampaknya..
Wartawan Harian Metro yang menghubungi beberapa 'Ayahanda' kawasan tertentu turut ditawarkan tapak dengan harga sehingga RM35,000 bergantung kepada lokasi perniagaan.
Berikut adalah pendedahan ekslusif Harian Metro,
Kuala Lumpur: Monopoli tapak dan jual dengan harga tinggi. Itu dilakukan individu atau ejen bergelar 'Ayahanda' yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri.
Individu berkenaan dikatakan membolot tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diuruskan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta dijual kepada pihak ketiga dengan harga tinggi.
Antara lokasi tapak bazar yang popular ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, bazar Ramadan Kelana Jaya, bazar Ramadan Sentosa dan beberapa lokasi strategik lain.
Wartawan Harian Metro yang menghubungi beberapa 'Ayahanda' berkenaan turut ditawarkan tapak dengan harga sehingga RM35,000 bergantung kepada lokasi perniagaan.
Seorang individu yang mengaku menguruskan tapak di beberapa lokasi memberitahu harga tapak berbeza mengikut lokasi.
"Saya akan hantar senarai tapak dan lokasi, nanti abang pilih dan kita jumpa, kalau setuju saya akan masukkan nama abang sebagai pembantu jualan di lesen sementara yang dikeluarkan.
"Kalau jadi apa-apa (pemeriksaan) saya akan turun (ke lokasi), jadi tiada isu jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang periksa," katanya.
Menurutnya, kebiasaannya peniaga akan menyewa sehingga tiga lot tapak dan sanggup membayar harga yang tinggi kerana lotnya strategik.
"Jika berminat kena beritahu awal sebab ramai yang nak sewa dan sanggup bagi harga tinggi lagi dari ini. Tahun lalu ada yang untung berlipat kali ganda.
"Kalau nak 'deal', kita jumpa depan-depan baru senang untuk saya jelaskan cara bayaran," katanya.
Seorang lagi individu yang juga bergelar Ayahanda mengiklankan sewaan tapak bazar Ramadan di media sosial.
Wartawan yang menghubungi nombor telefon tertera dimaklumkan lot tapak bazar Ramadan di Sentosa, Jalan Klang Lama sudah habis dan diminta untuk mencari di tapak lain.
"Sini dah habis, kami jual RM5,000 orang sanggup bayar, kalau nak saya cari tapak tetapi di tempat lain," katanya.
Sementara itu, di Petaling Jaya, individu yang mendakwa mengawal daerah terbabit turut menawarkan sewaan tapak bazar Ramadan.
Ketika dihubungi, lelaki terbabit bertanyakan kawasan mana dimahukan untuk disewa dan jenis perniagaan yang ingin dijalankan.
Katanya, terdapat peniaga yang sudah mendapat tempat untuk berniaga dan ingin menyewa tapak di Kelana Jaya.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang perlu dibayar walaupun berkali-kali ditanya.
"Ada peniaga nak jual tapak 'hot'. Nanti jumpa saya," katanya.
TEMPAT TERHAD ALASAN SANGGUP BAYAR MAHAL
Syarat ketat dan tempat terhad antara alasan diberikan peniaga yang sanggup menyewa tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan kadar tinggi.
Peniaga yang mahu dikenali sebagai Wahab, 50, berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menetapkan syarat permohonan lot bazar perlu mempunyai lesen penjaja.
"Bukan semua peniaga ada lesen penjaja. Ada juga peniaga yang memang beroperasi dari rumah dan memilih untuk berniaga di bazar ketika musim perayaan.
"Sebab itu ramai peniaga sanggup mengeluarkan modal yang tinggi dengan menyewa daripada 'orang tengah', lagipun prosesnya sangat mudah dengan hanya beri nama dan nombor kad pengenalan," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Dia mendakwa walaupun sistem cabutan undi lot tapak dilakukan namun kebanyakan lot tapak diperoleh peniaga yang sama.
"Ada yang sudah bergenerasi berniaga di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, takkan tiap-tiap tahun dia 'luck' (bernasib baik) dapat lot di kawasan sama?
"Bayangkan jika hanya 200 tapak ditawarkan dengan lebih 1,000 permohonan diterima, adakah kita akan sentiasa bernasib baik," katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Azliah Hafiz, 45, berkata, bukan menghairankan jika bazar akan dipenuhi peniaga 'Rambo' (penjaja tiada permit).
"Lebih baik bayar kompaun dan tidak perlu membayar tapak niaga. Kelompok peniaga Rambo ini juga tidak perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan seperti yang dikenakan terhadap peniaga sah.
"Kebanyakan mereka ini terdiri daripada peniaga sedia ada di sesebuah lokasi atau peniaga bidan terjun yang membuka gerai hanya ketika Ramadan," katanya.
Menurutnya, bukan semua peniaga mampu menyewa tapak dari orang tengah kerana harga sewaan terlalu tinggi dan tidak masuk akal.
"Kalau fikir balik, lebih baik berniaga secara haram dan bayar kompaun, orang asing boleh buat kenapa kita tak boleh buat.
"Saya ada tengok orang iklankan tapak berniaga di bazar. Bila kami hubungi memang tidak masuk akal harganya dan pelik bagaimana mereka ini boleh dapat tapak," katanya.

Menteri di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyifatkan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali dan satu siasatan perlu dilakukan terhadap dakwaan penjualan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri oleh ejen atau orang tengah.
"Mana boleh (individu kaut keuntungan). Anda WhatsApp (laporan) kepada saya. Saya akan meminta PBT untuk semak," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/walau-ditegur-perdana-menteri-penjualan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebanyak 1 775 Tapak Pasar Ramadan Bazar Aidilfitri Di Sediakan Di Kuantan

Sebanyak 1 775 Tapak Pasar Ramadan Bazar Aidilfitri Di Sediakan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Majlis Bandaraya Kuantan menyediakan sebanyak 1 775 gerai jualan pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di daerah ini sepanjang bulan Ramadan bermula minggu depan Ia membabitkan tujuh tapak bazar Aidilfitri yang disertai 360 peniaga dan...
Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 336 hits
Bulan Ramadan adalah masa yang sangat bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia Di Malaysia bulan mulia ini disambut dengan cara yang unik dan istimewa dan salah satu perkara yang paling menarik ialah kehadiran bazar Ramadan yang diadakan d...
Roti John Rentung Antara 10 Kisah Pahit Untuk Ditelan Di Bazar Ramadan 2023

Roti John Rentung Antara 10 Kisah Pahit Untuk Ditelan Di Bazar Ramadan 2023

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 226 hits
Pelbagai kisah yang dikongsikan netizen berdasarkan pengalaman pergi ke bazar Ramadan 2023 kali ini Menu makanan yang diharapkan dan dibeli daripada Bazar Ramadan serba tidak kena dan buat kejutan yang tidak menyenangkan Serba sedikit semua...
Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 323 hits
Bazar Ramadhan DBKLKembalinya Ramadan kali ini di tahun 2023 alhamdulillah kita masih diberikan peluang bertemu dengan Ramadan tahun ini di 1444Hijri Tibanya bulan puasa amat sinonim masyarakat kita dengan bazar Ramadan mejadikan bulan ini ...
Pengunjung Ramai Tetapi Peniaga Bazar Ramadan Mengeluh Kerugian

Pengunjung Ramai Tetapi Peniaga Bazar Ramadan Mengeluh Kerugian

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 272 hits
satuberita myBy March 28 2023Beberapa pelanggan membeli pulut mangga sebagai juadah berbuka puasa semasa berkunjung di Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang 27 Mac Gambar Malaysianow AZMI dan ibu mertuanya Makcik Maimon teruja untuk berniaga di ...
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Di Pahang Terima Insentif E Dompet Rm20

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Di Pahang Terima Insentif E Dompet Rm20

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 533 hits
KUANTAN Dua Bazar Ramadan Rahmah di Pahang mula mengagihkan pemberian insentif RM20 kepada 1 000 pengunjung terawal menerusi platform e dompet Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata pember...
Dbkl Siasat Ayahanda Jual Tapak Bazar Harga Tinggi

Dbkl Siasat Ayahanda Jual Tapak Bazar Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 242 hits
DBKL berkata peniaga yang terbabit dengan kegiatan sublet atau penjualan semula petak niaga akan disenarai hitam PETALING JAYA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyiasat dakwaan wujudnya individu bergelar Ayahanda bertindak sebagai ejen ba...
Bazar Ramadan Usah Aniaya Pembeli

Bazar Ramadan Usah Aniaya Pembeli

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 220 hits
Kepada peniaga bazar ramadhan anda menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa seharian Bayangkan selepas berpuasa mereka alami keracunan dengan gejala sakit perut muntah cirit Memang sengsara Lembik longlai ada risiko dehidrasi Paling pe...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever