Pengunjung Ramai Tetapi Peniaga Bazar Ramadan Mengeluh Kerugian


satuberita.my
By SatuBerita
-March 28, 2023Beberapa pelanggan membeli pulut mangga sebagai juadah berbuka puasa semasa berkunjung di Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang, 27 Mac .Gambar Malaysianow.
AZMI dan ibu mertuanya, Makcik Maimon teruja untuk berniaga di bazar Ramadan sempena sebulan berpuasa sejak Januari tahun ini.

Mereka berdua duduk berbincang tentang menu-menu yang ingin dijual, membuat kiraan tentang modal jualan dan mencari pembantu di gerai yang akan dibuka.

Selain itu, isteri Azmi akan memfokuskan kepada urusan rumah tangga sepanjang proses persediaan sebelum dan semasa jual beli.

Tahun ini, Azmi berjaya mendapatkan tapak niaga di bazar Presint 14, Putrajaya bagi kali keempat dengan kali terakhir meniaga pada tahun 2021.

Dia dan ibu mertuanya sudah menjual nasi tomato, nasi beriani Johor dan soto sejak lebih 20 tahun lalu di pasar-pasar malam.

Menurutnya, bazar Ramadan memang menjadi acara paling ditunggu-tunggu oleh mereka pada setiap tahun kerana jual beli makanan dalam tempoh satu bulan penuh.

“Tapi tahun ni, masuk hari kedua puasa saya dah tawarkan kepada sesiapa yang mahu sewa bersama tapak bazar saya.

“Saya rugi banyak dan tak mampu nak tampung rugi lagi. Lebih baik kongsi rezeki dengan sesiapa yang nak berjual tapi tak ada kekosongan tapak (jualan),” katanya kepada MalaysiaNow sewaktu tinjauan ke bazar tersebut pada Isnin.

Menurut Azmi, dia dan ibu mertuanya menanggung kerugian kira-kira RM300 sehari kerana makanan yang tidak habis dijual.

Lebih menyedihkan, makanan yang dihasilkan tidak boleh dijual semula pada keesokan harinya.

Mereka akhirnya menyumbang makanan-makanan yang tidak habis dijual kepada golongan yang memerlukan ataupun diserahkan kepada kumpulan sukarelawan di bazar yang akan menghantar makanan itu ke lokasi tertentu.

Tinjauan MalaysiaNow di beberapa tapak bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati kunjungan pembeli tidak putus seawal pukul 4 petang.

Di Presint 14, keadaan pengunjung menjadi amat sesak selepas tamat waktu pejabat-pejabat kementerian sekitar 4.30 petang.

Sebuah tapak bazar di Seri Kembangan dan Subang Jaya, Selangor juga meriah sehingga sukar untuk mendapatkan ruang parkir kenderaan.

Bagaimanapun, para peniaga yang ditemui MalaysiaNow berkata, bilangan pengunjung yang berpusu-pusu ke tapak bazar tidak membantu dalam hasil jualan mereka.

Bercakap kepada MalaysiaNow, peniaga air buah, Rahimi berkata mereka yang datang sudah mempunyai senarai makanan yang ingin dibeli terutamanya kuih-muih atau lauk pauk yang sudah siap dimasak.

Atas sebab itu, katanya, tidak menghairankan apabila kedai yang menjual aneka kuih boleh menghabiskan jualan seawal jam 5 petang.

“Lepas tu, kedai makanan macam martabak, roti john dan makanan bergoreng dapat sambutan.

“Sebab murah dan boleh makan ramai.”

Pemerhatiannya sejak beberapa tahun lalu selepas pandemik mendapati tidak ramai pengunjung yang datang ke bazar untuk memperuntukkan wang yang banyak.

“Paling maksimum dalam RM10 hingga RM20 bagi mereka yang berkeluarga.

“Bajet sebanyak tu memang boleh dapat roti john atau martabak dan kuih-muih.”

Berbeza dengan pelanggan bujang, mereka kebiasaannya datang membeli menu yang sama seperti set nasi, air dan kuih.

“Jarang la nampak orang bujang belanja sakan di bazar. Kalau banyak pun mungkin dibungkus untuk makan sahur sekali,” katanya.

Mana ‘Menu Rahmah’?

Berbalik kepada Azmi dan ibu mertuanya, disebabkan amaran pihak kerajaan dan berkuasa supaya peniaga tidak meletakkan harga yang tinggi pada jualan menyebabkan keadaannya tersepit.

Oleh itu, bermula pada Isnin mereka hanya menjual nasi tomato yang disifatkan sebagai rendah modal dan mudah dimasak.

Menu jualan tradisi mereka sejak dua dekad lalu iaitu nasi beriani dan soto.

Katanya, modal untuk menyediakan kedua-dua menu itu amat tinggi dan apabila tidak habis dijual ianya akan mengganggu aliran kewangan perniagaan mereka yang perlu bertahan untuk tempoh tiga minggu lagi.

“Pelanggan datang beli lauk kambing sahaja dah cecah RM20. Kalau nak tambah ayam dalam RM8 hingga RM10 ikut saiz.

“Mahal. Mereka rasa lebih baik masak sendiri. Saya tak salahkan mereka, mereka betul.

“Tapi modal saya tinggi, takkan saya nak jual harga murah? Lebih baik saya buat kenduri ajak orang makan,” katanya.

Peniaga makanan bergoreng di sebelah tapak Azmi setuju dengan kenyataan itu.

Memperkenalkan diri sebagai Nur Syamila, dia berkata pelanggan yang rajin memasak di rumah tidak akan mencari “menu Rahmah” di bazar Ramadan kerana maklum tentang harga barangan yang serba serbi mahal.

“Mereka tak tanya, mana Menu Rahmah kepada peniaga sebab mereka tahu sukar nak dapatkan set nasi dengan harga yang rendah.

“Cubalah juga tanya, mana tahu ada gerai jual makanan ringan yang buat menu serendah RM5 tapi bukan makanan berat seperti nasi.”

Menurut Syamila lagi, disebabkan modal yang tinggi dan harga tapak sewaan meningkat tidak pelik mengapa ramai peniaga mula menjauhkan diri daripada bazar Ramadan.

“Sama ada mereka buka sendiri tapak di kawasan tertentu atau ambil pesanan secara dalam talian.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/pengunjung-ramai-tetapi-peniaga-bazar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Di Pahang Terima Insentif E Dompet Rm20

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Di Pahang Terima Insentif E Dompet Rm20

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 541 hits
KUANTAN Dua Bazar Ramadan Rahmah di Pahang mula mengagihkan pemberian insentif RM20 kepada 1 000 pengunjung terawal menerusi platform e dompet Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata pember...
Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 363 hits
Catatan kisah 6 Ramadan 1444H 28 Mac 2023 Pada awalnya kami merancang nak membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru Tapi rupanya ada bazar Ramadan yang terletak betul betul di sebelah H...
Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 330 hits
Bazar Ramadhan DBKLKembalinya Ramadan kali ini di tahun 2023 alhamdulillah kita masih diberikan peluang bertemu dengan Ramadan tahun ini di 1444Hijri Tibanya bulan puasa amat sinonim masyarakat kita dengan bazar Ramadan mejadikan bulan ini ...
Tular Insiden Pelanggan Terbeli Karipap Berkulat Di Bazar Ramadan Di Kuantan

Tular Insiden Pelanggan Terbeli Karipap Berkulat Di Bazar Ramadan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Sepanjang Ramadan ini pelbagai insiden yang dialami pengguna di bazar antaranya martabak hangit karipap inti oksigen selain harga melampau Terbaharu tular di laman sosial Facebook Warga Kuantan Official pada Khamis apabila seorang w...
Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Selangor

Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Selangor

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 329 hits
Hi Korang Bulan Ramadan kali ini disambut dengan meriah dan antara waktu yang amat dinanti nantikan untuk semua rakyat Malaysia Negeri Selangor yang mempunyai 9 daerah menawarkan pelbagai bazar ramadan yang sememangnya memberikan seleksi ma...
Sebanyak 1 775 Tapak Pasar Ramadan Bazar Aidilfitri Di Sediakan Di Kuantan

Sebanyak 1 775 Tapak Pasar Ramadan Bazar Aidilfitri Di Sediakan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Majlis Bandaraya Kuantan menyediakan sebanyak 1 775 gerai jualan pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di daerah ini sepanjang bulan Ramadan bermula minggu depan Ia membabitkan tujuh tapak bazar Aidilfitri yang disertai 360 peniaga dan...
Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 343 hits
Bulan Ramadan adalah masa yang sangat bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia Di Malaysia bulan mulia ini disambut dengan cara yang unik dan istimewa dan salah satu perkara yang paling menarik ialah kehadiran bazar Ramadan yang diadakan d...
Walau Ditegur Perdana Menteri Penjualan Tapak Bazar Ramadan Masih Berlaku

Walau Ditegur Perdana Menteri Penjualan Tapak Bazar Ramadan Masih Berlaku

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 405 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyentuh perkara ini dan beliau mahu aktiviti ejen memonopoli tapak perniagaan penjaja dan tapak bazar Ramadan dihapuskan di seluruh negara Katanya aktiviti itu menyebabkan penjaja dan peniag...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama