Wakil Rakyat Muda Warisan Tak Mungkin Lompat Parti Kata Penganalisis


Presiden Warisan Shafie Apdal (duduk kanan) bersama pimpinan parti. (Gambar Warisan) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

KOTA KINABALU: Warisan tidak perlu bimbang mengenai khabar angin mengatakan wakil rakyat mereka mungkin lompat parti, kerana mereka yang masih kekal akan terus setia, kata penganalisis.


Mereka berkata, parti itu boleh mengharapkan kesetiaan daripada pemimpin muda yang membawa satu pemikiran baharu.


Penganalisis mengulas peletakan jawatan ADUN Sindumin Yusof Yacob minggu lalu untuk menjadi wakil bebas dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Warisan Shafie Apdal, mendakwa bahawa Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan, cuba mempengaruhi ahli lain keluar Warisan untuk menyokong GRS dan menjanjikan ganjaran lumayan.

“YB muda (wakil rakyat) biasanya terikat dengan perjuangan parti dan mementingkan isu integriti,” kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg kepada FMT.


Katanya, mereka cenderung untuk memikirkan masa depan politik masing-masing dan cuba mengelakkan daripada dikritik pengundi termasuk digelar ‘katak politik’ jika ingin keluar parti.

Romzi berkata, pemimpin muda biasanya dilihat sebagai tegas dan berani mempertahankan prinsip mereka dan sanggup melawan arus politik sekiranya diperlukan.


Kebanyakan daripada 20 ADUN dan lapan Ahli Parlimen Warisan yang masih kekal terdiri daripada generasi muda dan ramai yang dipilih untuk penggal pertama atau kedua.

Penganalisis sosiopolitik Awang Azman Pawi berkata, generasi politik semasa Sabah masih dibayangi dengan “DNA politik lama”, yang merujuk kepada budaya lompat parti, yang terkenal di negeri itu.

“Namun ia sukar untuk mempengaruhi generasi muda mengamalkan budaya lama itu kerana mereka mempunyai satu pemikiran yang baharu,” katanya kepada FMT.

“Pemimpin muda cukup berani untuk menangkis usaha menakut-nakutkan mereka.”

Awang Azman berkata, Warisan boleh menjadi ancaman kepada GRS dalam pilihan raya akan datang dan tidak hairanlah sekiranya orang luar mahu memujuk wakil rakyatnya keluar.


Katanya, parti yang menerima pemimpin yang berpaling tadah mungkin berdepan masalah.

“Ini akan memakan diri mereka. Agak sukar untuk pengundi melupakan tindakan wakil rakyat yang lompat parti. Ini akan memberi kesan negatif terhadap parti yang menerima pemimpin yang lompat parti.”

Bagaimanapun, Romzi berkata golongan berpaling tadah itu akan berdepan kemarahan pengundi dan bukannya parti yang menerima mereka. – FMT

SOURCE: FMT Via Sabahpost

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/wakil-rakyat-muda-warisan-tak-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukar Untuk Warisan Tembusi Semenanjung Kata Penganalisis

Sukar Untuk Warisan Tembusi Semenanjung Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 456 hits
Penganalisis percaya Warisan tidak mempunyai harapan untuk mencabar parti parti dalam Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan KOTA KINABALU Dua penganalisis menyuarakan keraguan sama ada kehadiran Warisan di Semenanjung akan...
Kalau Tandatangan Mou Mungkin Ahli Parlimen Warisan Tidak Didakwa Kata Shafie

Kalau Tandatangan Mou Mungkin Ahli Parlimen Warisan Tidak Didakwa Kata Shafie

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 349 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal juga menegaskan Warisan tidak perlu menandatangani MoU dengan kerajaan sebaliknya boleh duduk semeja dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika mahu membincangkan hal berkepentingan untuk rakyat KUALA LUMP...
Warisan Tidak Berkompromi Tentang Sekerasnya Budaya Lompat Parti

Warisan Tidak Berkompromi Tentang Sekerasnya Budaya Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 631 hits
SIDANG MEDIA Shafie ketika dalam sidang media bersama pemimpin WARISAN yang lain KOTA KINABALU Parti Warisan Sabah tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada ...
Mulut Kata Lain Tangan Curi Duit Rakyat Www Zunar My

Mulut Kata Lain Tangan Curi Duit Rakyat Www Zunar My

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 415 hits
Demi Bangsa Agama kata mulutnya Please Share More www zunar my pandora pandoramalaysia
Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 314 hits
October 21 2021 Kenyataan Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah hadir beberapa jam selepas Ketua Menteri Abang Johari Openg merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu me...
Bolehkah Parti Kuasa Rakyat Bersuara

Bolehkah Parti Kuasa Rakyat Bersuara

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 356 hits
Kalau John Lennon masih ada mendiang akan berusia 81 tahun pada Sabtu lalu 9 Okt Kita tahu banyak lagu ciptaan Lennon yang mengukir kejayaan Antaranya Power to the People Lagu itu dikeluarkan pada 1971 dan menurut Lennon ia dicipta sama sep...
Gelombang Kemarahan Rakyat 600 Ahli Pas Kelantan Keluar Parti

Gelombang Kemarahan Rakyat 600 Ahli Pas Kelantan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 403 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 15 2021600 penyokong dan ahli Pas dalam Dun Gual Ipoh Parlimen Tanah Merah dilaporkan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat Penulis politik Mohd Sayuti Omar mendedahkan penyertaaan ahli dan penyokong Pas itu m...
Adun Kukusan Rina Jainal Nafi Dakwaan Keluar Parti Warisan

Adun Kukusan Rina Jainal Nafi Dakwaan Keluar Parti Warisan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 484 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan Rina Jainal Norazlinah kekal bersama WARISAN KUNAK Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak Norazlinah Arif menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Parti Warisan Sabah dalam tempoh...
Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 369 hits
October 20 2021 Ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari berkata tidak kira apa jua alasannya tindakan membenarkan empat ADUN Melaka itu menyertai PKR perlu ditentang habis habisan PETALING JAYA Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli D...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri