Adun Kukusan Rina Jainal Nafi Dakwaan Keluar Parti Warisan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Norazlinah kekal bersama WARISAN KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam tempoh terdekat.
Katanya, setakat ini beliau masih kekal berjuang bersama pucuk pimpinan WARISAN yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali gus memberikan fokus membantu rakyat selepas diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
“Laporan portal online tersebut hanya bersifat finah serta berniat jahat terhadap saya…iaitu dengan sengaja membuat provokasi untuk keliru ahli WARISAN serta pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya masih menjadi wakil rakyat di bawah payung Parti WARISAN Sabah… dakwaan itu hanya berbentuk propaganda politik sahaja.
“Saya tetap memilih untuk membela rakyat sesuai dengan kapasiti pembangkang untuk terus menyuarakan hak rakyat dengan sebaik mungkin sekali gus membantu Presiden WARISAN memantapkan ahli di peringkat akar umbi, " katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Norazlinah berkata, setakat ini beliau tidak melihat usaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membela rakyat termasuk menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan dalam pandemik COVID-19.
“Sehingga bantuan bakul makanan pun sudah gagal disampaikan kepada mereka yang terkesan dalam COVID-19. Jadi saya tetap fokus dengan tugas selaku wakil rakyat membantu rakyat di kawasan Kunak,” katanya.
Norazlinah berkata, beliau bertuah semua penyokong serta rakyat yang menemuinya sentiasa kekal serta menyokong perjuangan WARISAN sekali gus ingin seiring dengan kepimpinan presiden parti.
“Malah, dakwaan saya keluar parti kerana kecewa dengan perjuangan Presiden WARISAN yang semakin hilang arah juga adalah palsu dan fitnah. Saya yakin pengundi serta penyokong di DUN Kunak tidak terpengaruh dengan berita palsu ini,” katanya.
Rina menang dalam pertandingan tujuh penjuru di DUN Kukusan dengan memperoleh 2,834 undi. - Gambar fail
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal menafikan kandungan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) baru-baru ini.
Katanya, kandungan portal tersebut bersifat finah dan berniat jahat terhadap dirinya kerana sehingga hari ini beliau masih setia bersama Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.
“Ditegaskan bahawa saya masih menjadi wakil rakyat dibawah payung parti WARISAN dan dakwaan itu hanya propaganda politik sahaja.
“Malah, dakwaan saya keluar parti kerana kecewa dengan perjuangan Presiden WARISAN yang semakin hilang arah juga adalah palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini hari ini
Menurutnya, kekuatan, visi dan misi Presiden WARISAN masih jelas untuk memastikan hak rakyat Sabah terus terbela.
“Shafie juga tidak akur dengan tekanan luar, malah kekal tidak menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang ditawarkan kerajaan seperti Pakatan Harapan.
“Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lagi pihak di sebelah sana terus melatah, sehingga sanggup tukar parti dan membeli ADUN WARISAN semata-mata mahu terus berkuasa,” katanya.
Rina berkata sebenarnya dia tidak terkejut langsung dengan berita-berita picisan seperti yang ditularkan dalam portal tersebut.
“Portal itu memang dikendalikan oleh cybertrooper pihak berkepentingan dan hanya bergantung kepada berita berbentuk fitnah untuk menjadi popular.
“Mungkin dengan cara membuat fitnah itu sahaja cybertrooper tersebut mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai sudah sedia maklum portal berita yang tidak berdaftar seperti itu ‘is nothing’ kecuali mereka yang malas berfikir sahaja akan menganggap ia betul dan perlu dibahaskan.
“Fitnah sebegini adalah bertujuan untuk melemahkan penyokong WARISAN, namun saya yakin pengundi di Kukusan tidak mudah tertipu.
“Hubungan saya dengan penduduk Kukusan sangat rapat kerana menerusi siri lawatan sebelum ini, mereka sentiasa menjadi penyokong setia seperti yang selalu dikongsikan dalam Facebook.
“Justeru, ingin ditegaskan lagi tiada istilah keluar parti dari pihak ADUN Kukusan kerana saya masih teguh bersama kepimpinan Shafie,” katanya.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/adun-kukusan-rina-jainal-nafi-dakwaan_18.html