Wakafkan Aset Bernilai Rm151 Juta Pilih Hidup Di Rumah Flat
Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
DALAM kehidupan yang lebih mementing wang pada hari ini, siapa yang sanggup untuk mewakafkan aset bernilai RM151 juta dan pilih untuk tinggal di sebuah rumah flat.
Rasanya ramai yang tidak sanggup dan lebih memilih wang untuk hidup selesa sedangkan hampir setiap manusia tahu yang wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur pun.
Namun, ada kisah seorang lelaki bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy yang sanggup mewakafkan hampir kesemua hartanya dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah flat di Jalan Masjid India sebelum meninggal dunia di rumah flat tersebut.
Kisah tersebut dikongsikan seorang pengguna Twitter, Fezza Hussin berkenaan kisah betapa zuhudnya Ahmad Dawjee.
Menerusi cerita dikongsi Fezza, Ahmad Dawjee adalah seorang usahawan yang dilahirkan di India dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah flat di Jalan Masjid India.
Sebelum meninggal dunia, Ahmad Dawjee telah mewakafkan hartanya untuk kegunaan umah Islam dan satu daripadanya ialah tanah yang kini bernilai RM151 juta yang menampatkan Menara Bank Islam di Jalan Perak.
Selain itu, Ahmad Dawjee turut mewakafkan sebidang tanah seluas 1.2 hektar di Kuala Lumpur, tiga buah rumah, sebuah kedai di Pertama Complex besama pemilikan sahamnya.
Kesemua harta wakaf itu diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dibangunkan bersama oleh Maiwp berama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Ahmad Dawjee akhirnya meninggal dunia pada tahun 1987 di rumah flat tersebut walaupun merupakan seorang yang bergelar hartawan. SM
Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
Baca Artikel Menarik :
Janji Menteri, DBKL belum sempurna
Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
Syafiq lamar Mimi Lana?
Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
Khairy mengaku guna 4 jin
The post Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/18/wakafkan-aset-bernilai-rm151-juta-pilih-hidup-di-rumah-flat/