Wak Zahid Jangan Sakit Perut Pulak


Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjawab 47 pertuduhan yang dihadapinya membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi esok

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, 69, semasa dihubungi berkata, anak guamnya akan menjadi saksi pembelaan pertama memberi keterangan esok

Kes itu telah ditetapkan pada sembilan pagi di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah

Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula pada 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept serta 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt dan 1-3 dan 7-10 Nov

Ahli parlimen Bagan Datuk itu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas

Pada 24 Jan, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh

Pada 19 Mac 2021, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi termasuk bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Wan Ahmad Wan Omar, rakan kongsi firma guaman Lewis & Co B. Muralidharan, pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly

Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019

Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan

Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Ahmad Zahid juga berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit 88, 179 Jalan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/04/wak-zahid-jangan-sakit-perut-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panglima Bugis Jangan Kecut Teloq Pulak

Panglima Bugis Jangan Kecut Teloq Pulak

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 200 hits
Najib dalam satu temubual dengan wartawan Al Jazeera pun tergagap gapap nak jawab soalan Tunggu masa nak cabut lari saja Let s rock Najib says after Anwar agrees to debate on Sapura The debate between former premier Najib Abdul Razak and PK...
Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa

Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 308 hits
hai assalammualaikumDah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa Pejam celik pejam celik kita pun dah nak sampai ke Bulan Ramadan Alhamdulillah ramadan kali ni dapat berbuka bersama orang tersayang setelah berapa tahun tak...
Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 229 hits
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan a...
Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 182 hits
April 2 2022 Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution akan memakmurkan demokrasi serta dapat dijalankan dengan subur menurut penganalisis PETALING JAYA Calon jawatan Timbalan Presiden PKR sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin ...
Jangan Sakiti Orang Lain Jika Tidak Mahu Disakiti

Jangan Sakiti Orang Lain Jika Tidak Mahu Disakiti

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 233 hits
1 Aku bukanlah menyokong perbuatan merakam dan menularkan sesuatu insiden Malah hal itu tak perlu dilakukan pun andai semua masalah dalam dunia ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa ajak netizen jadi hakim 2 Contohnya kau terlanggar kere...
Jangan Lengahkan Akta Lompat Parti

Jangan Lengahkan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 218 hits
MELANGKAH masuk ke bulan April pasti mengujakan Jika warga biasa sudah tentulah berharap peralihan negara ke fasa endemik akan membuka kembali kehidupan mereka seperti sediakala Bagi beragama Islam Ramadan yang jatuh bulan ini akan disambut...
Jangan Buat Iklan Bufet Ramadan Tiada Sijil Halal

Jangan Buat Iklan Bufet Ramadan Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 229 hits
Jangan buat iklan bufet Ramadan tiada sijil halal Jabatan Agama Islam Melaka mengingatkan pengusaha hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar tidak membuat pengiklanan bufet Ramadan menggunakan perka...
Jangan Ambil Mudah Sokongan Rakyat Perbaiki Kelemahan Parti William

Jangan Ambil Mudah Sokongan Rakyat Perbaiki Kelemahan Parti William

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 140 hits
Anggota KEADILAN perlu memeriksa diri sendiri dan jangan salahkan rakyat kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri baru baru ini Menurut Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen anggota parti perlu bertanya apakah penyebabnya selepas mena...
Jangan Sesatkan Perkara Tidak Sesat

Jangan Sesatkan Perkara Tidak Sesat

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 240 hits
Jangan sesatkan perkara tidak sesat Oleh Dr Mohd Khafidz Soroni Memahami metode pendalilan ulama adalah satu perkara yang cukup penting Kejahilan mengenainya akan menyebabkan kekacauan dalam sistem pengeluaran hukum bahkan mengakibatkan kek...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa