Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin





Zeanaaima Mohd Yusof -April 2, 2022 
Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution akan memakmurkan demokrasi serta dapat dijalankan dengan subur, menurut penganalisis.PETALING JAYA: Calon jawatan Timbalan Presiden PKR, sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin Nasuition dinasihatkan agar tidak merajuk dan membawa diri, jika kalah dalam pemilihan parti, Mei depan.
Penganalisis, Awang Azman Awang Pawi berkata hakikatnya Rafizi dan Saifuddin adalah ahli parti yang terbukti setia, justeru mereka perlu terus berjuang memenangkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam mana-mana pilihan raya, walaupun tewas dalam pemilihan kelak.
“Pertembungan antara Rafizi dan Saifuddin akan memakmurkan demokrasi (dan) ia akan dapat dijalankan dengan subur. Jangan ada yang (bila) kalah, merajuk dan jangan ada (bila) kalah, bawa keluar kumpulannya untuk tidak menyertai pasukan PKR yang besar (utama).
Tonton video di sini.
“Rafizi dan Saifuddin…mereka tetap ahli PKR yang setia. Mereka tetap ada misi yang sama untuk memenangkan PKR dan PH,” katanya kepada FMT.
Selepas PKR menampilkan prestasi hambar dalam dua pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, Rafizi mengumumkan akan kembali aktif dalam politik sekaligus mengintai jawatan nombor dua dalam parti.
Menyusul, Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR mengumumkan hasratnya mencabar Rafizi. Saifuddin dilihat banyak pihak sebagai orang kuat kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Presiden (Anwar) pasti mempunyai orang yang selesa untuk dia bekerjasama. Tetapi pada masa sama ia perlu menseimbangkan di antara pilihan akar umbi dengan citarasa dan kemahuan dia.
“Cuma kena pastikan persaingan itu dapat dilakukan dengan adil dan saksama,” kata Awang Azman yang merupakan Pensyarah Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Awang Azman berpendapat, Saifuddin sebagai setiausaha agung parti mempunyai sokongan akar umbi yang tidak boleh diremehkan. Namun Rafizi juga tidak boleh diperlekehkan.
“Ketika ahli PKR dan ahli PH dalam keadaan tercabar, dalam keadaan sedih selepas menerima kekalahan, bila Rafizi mengumumkan dia mahu kembali aktif, seolah-olah ia beri sinar baru kepada PKR, khususnya, PH, umumnya.
“Rafizi tahu bila waktu yang sesuai untuk dia umumkan kemunculan semulanya. Dia seolah-olah tahu macam mana nak selesaikan semua permasalahan bukan sahaja PKR, tapi PH,” katanya.
Kerusi Timbalan Presiden PKR kosong selepas penyandangnya Azmin Ali dipecat dari PKR selepas dikatakan menggerakkan Langkah Sheraton hingga tumbangnya kerajaan PH pada 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jangan-merajuk-andai-kalah-pemilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Saifuddin Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan

Rafizi Saifuddin Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 219 hits
Jangan merajuk andai kalah pemilihan kata penganalisis berkait pertembungan Rafizi SaifuddinZeanaaima Mohd Yusof PETALING JAYA Calon jawatan Timbalan Presiden PKR sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin Nasuition dinasihatkan agar tidak meraju...
Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 144 hits
Pertembungan Rafizi Saifuddin bakal pecah belahkan PKR Seorang penganalisis meramalkan berlaku perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan timbalan presiden antara Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Rafizi Ramli ...
Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 141 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Dilema yang saya hadapi Memilih antara Rafizi Ramli atau Saifudin Nasustion dalam pilihan raya parti Kisah ini tidak penting kepada orang awam Tidak dibaca pun tak mengapa Tetapi ia penting buat diri sendiri da...
Detik Seseorang Kalah Kepada Nafsu Tak Perlu Ditonjol Kata Mufti

Detik Seseorang Kalah Kepada Nafsu Tak Perlu Ditonjol Kata Mufti

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 164 hits
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata detik seseorang berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada desakan nafsunya adalah detik paling rendah yang tidak wajar didedahkan kepada umum GEORGE TOWN Karya seni sepatut...
Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 221 hits
Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution Ismail have announced that they will go for the PKR deputy president s post PETALING JAYA An analyst foresees a split in PKR as a result of the battle for the deputy president s post between secretary gen...
Walau Benci Najib Andai Dia Ditahan Sosma Saya Akan Tentang Kata Hanipa

Walau Benci Najib Andai Dia Ditahan Sosma Saya Akan Tentang Kata Hanipa

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 168 hits
Mohamed Hanipa Maidin berkata walaupun beliau benci terhadap kesalahan dilakukan Najib Razak namun dia tidak boleh menerima sebarang bentuk penahanan individu bawah SOSMA PETALING JAYA Seorang wakil pembangkang berikrar akan mempertahankan ...
Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 161 hits
agendaily com26 3 2022Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan bakal pencabarnya yang juga Setiausaha ...
Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 242 hits
KANGAR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Na sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke 1...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Isu Ham Di Universiti Malaya

Lirik Lagu Jauh Danial Kifli

0x1c8c5b6a

Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Gua Damai Extreme Park Batu Caves Pakej Aktiviti Dan Harga

2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs