Makan Smoked Duck Pasta Di Richdessert


 Assalamualaikum WBT 


ALAHAI, sekejap aje dah hari isnin. Pagi ni macam sedih jer nak keluar tengok kucing-kucing kena tinggal. Semalam satu hari duduk rumah, kan. Asyik minta makan jer memasing. Sk kalau duduk rumah memang bagi makan sikit-sikit. Kalau hari kerja, letak semangkuk terus, kesian dorang makan makanan dalam mangkuk sama dari pagi sampai petang. Tu pun biasa balik dah licin mangkuk. Berlari masing-masing ke dapur setiap kali Sk balik kerja. Tu belum lagi kalau kena tinggal dua tiga hari, mesti dorang pasrah aje makan kibbles dah masuk angin, huhu. Bonda sorry tauuuu.




Kisah khamis minggu lepas, Sk dan PI pergi makan di Richdessert yang terletak di Taman Sri Pulai. Yeahhhh, akhirnya ada jugak cafe viral yang dibuka dekat dengan rumah. Cafe ni baharu sahaja dibuka dan dah mula tular. Masa kami datang tu semua meja penuh dan Sk ada nampak post dari owner yang mereka tak menjangkakan dapat sambutan yang meriah



Pesanan makanan dan minuman kena buat terus di kaunter dan terus bayar. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja oleh staf. Tu la tu jer masalahnya, kaunter tu macam sempit sikit sebab depan kaunter pun ada meja makan. Tu takpa, kalau datang 5 orang, 5 5 orang beratur sebab nak pilih menu, kan. Ni gambar dari owner




Sebelum buat keputusan untuk ke sini, berkali-kali Sk tanya PI, boleh ke dia makan kat sini, risau PI tak selesa duduk kerusi meja macam ni. Nanti sakit pingganglah, kaki tak boleh tegak la, sempit la, macam-macam. Ni pun gambar dari owner jugak. 

Dari carian Sk, Richdessert sebelum ini menjual dessert dan chicken tenders. Mereka baru-baru jugak jual makanan berat seperti pasta dan nasi goreng tapi secara take away. Awal November ni la baru mereka memulakan dine in. Sk nak beli chicken tenders ni, dah habis pulak. 


Lemon panas untuk TTK dan Lemon sejuk untuk PI



Nampak stress jugak muka PI tengok menu sebab tak ada makanan yang dia suka. Nasib baik dia berkenan nak makan mee celup kalau tak terpaksa la cari kedai lain. Dannnn.. nasib baiklah dia kata, mee celup tu sedap. Untuk mee celup ada pilihan beberapa jenis mee dan untuk daging boleh pilih daging lembu atau ayam. Boleh juga campur




Ni laaaa yang Sk mengidam sangat nak makan, Smoked Duck Pasta (RM19)



Pastanya merupakan spaghetti yang direbus sehingga al dente, dimasak bersama sos yang pedas lemak berkrim. Boleh rasa sos tu dimasak from the scratch. Rasa pedas tu bukan datang dari chili flakes tapi memang dia guna cili padi merah yang dicincang halus dan ada juga hirisan cili yang kasar. Sos pasta sederhana kepekatannya membuat ia melekat pada pasta




Potongan daging itik tu tebal-tebal tapi lembut dan empuk ya. Banyak pulak tu, berbaloi harganya RM19. Salad alfalfa tu, jadikan gabungan rasa yang unik sebab alfalfa tu rangup macam taugeh, hehehe. Sampai sekarang tak boleh move on la, memang sangat-sangat sedap. Pasti repeat



Cuma agak tidak selesa la benarnya bila makan dengan meja dan kerusi ala camping ni, kan, sebab lutut kita separas dengan meja. Dah kena kangkang sikit nak suap makanan takpun kena tatang pinggan nak bagi senang menyuap. Mungkin lain kali datang, Sk akan tapau jer, makan kat rumah. Richdessert dibuka setiap hari kecuali Selasa, 5 petang hingga 11 malam. Ni pun gambar dari owner jugak. 
RICHDESSERT 11 Jalan Meranti 19,  Taman Sri Pulai JOHOR BAHRU, 81110 JOHOR
Waktu perniagaan: Setiap hari kecuali Selasa5 pm - 11 pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/makan-smoked-duck-pasta-di-richdessert.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 271 hits
Usai urusan di singgah makan dulu Kat mana lagi kalau bukan di LaPaROTI Dah tu je tempat makan yang ada dalam kepala ni Tak boleh fikir tempat lain dah Sebab dekat dengan rumah pun ye Senang on the way balik rumah singgah je situ Lambat sik...
Makan Malam Sarapan Mihun Goreng

Makan Malam Sarapan Mihun Goreng

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum WBTPASARAYA Hosey tempat Sk beli bahan masak selepas balik kerja dah tutup Sedih betul situ la yang senang Sk nak singgah beli sayur ke cili ke dan apa apalah barang masak bila balik kerja Memang masa last datang tu perasan ...
Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 252 hits
Penuh perhatian ketika pembukaan rasmi Program Perkemahan UBF Perdana 2025 SK Penagatan Keningau Sabah Jumaat 07 11 2025 hari penutupan Program Perkhemahan UBF Perdana peringkat SK Penagatan Keningau Sabah Majlis penutupan dilakukan oleh Pe...
Makan Di Oriental Kopi

Makan Di Oriental Kopi

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA hari ni PI ajak tengok filem di NF sama sama Hari tu tengok filem tamil Idli Kadai Kisah seorang anak yang balik ke kampung selepas ayahnya meninggal dan membuka kembali bistro ayahnya yang menjual idli Tak habi...
Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 294 hits
Usahawan dan pempengaruh tampil memberi respon mengenai video yang tular di mana memaparkan bekas suaminya Dr Munzir Shokri sedang makan bersama seorang pelakon wanita Ujar Puteri Zarith dia tidak ambil tahu mengenai hubungan yang terjalin ...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Makan Jari

Makan Jari

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 125 hits
MAKAN JARI pengupas buah sayur ni tajam sungguh Ni dah kali ketiga dia makan jari saya huhuSerik dah Kali ni paling teruk lukanya Dengan kuku terbelah aduhai Disebabkan rasa pedih sangat luka tu terus saya simpan rapi pisau tu dalam laci Ta...
Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 206 hits
13 20 September 2025 31 Oct 2025 Makcik sanggup datang Bangi semata mata nak makan kat Kedai Makan Cantik ni asyik naik je kat TikTok buat makcik terliur Sampai sampai dah petang perut pun dah berlagu orkestra Kau rasa makcik nak sibuk ambi...
Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 249 hits
Pernah tak anda jumpa coklat yang ada lapisan putih seperti bedak Ramai yang terus buang kerana menyangka ia berkulat Sebenarnya itu hanyalah fenomena semula jadi yang dipanggil chocolate bloom dan coklat tersebut masih selamat dimakan Apa ...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Al Fatihah Buat Abah Mama Yan

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Char Kuey Teow Sedap Resipi Paling Padu Mudah Yang Buat Ramai Ketagih

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Trump Powell Atau Hasset Siapakah Yang Mengawal Pasaran Dan Apakah Senario Yang Menanti Dolar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol