Jangan Sesatkan Perkara Tidak Sesat



Jangan sesatkan perkara tidak sesat
Oleh Dr Mohd Khafidz Soroni
Memahami metode pendalilan ulama adalah satu perkara yang cukup penting. Kejahilan mengenainya akan menyebabkan kekacauan dalam sistem pengeluaran hukum, bahkan mengakibatkan kekeliruan serius dalam masyarakat. Telah dijelaskan sebelum ini tentang kaedah: ‘Hukum asal bagi segala ibadah adalah haram atau dilarang’ yang banyak digunakan oleh golongan Wahhabiyyah, namun tidak diterima oleh ulama Syafii secara umum. Ini kerana ia hanya melibatkan ibadah mahdhah (yang ditetapkan kaifiatnya) sahaja, bukan ibadah mutlaqah (yang tidak ditetapkan kaifiatnya).
Terdapat satu lagi kaedah yang sering menyebabkan perbenturan hukum iaitu kaedah yang diambil daripada hadis: “Sesungguhnya setiap yang baharu itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.” (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dan lain-lain)
Kaedah ini juga banyak digunakan oleh golongan Wahhabiyyah, namun tidak diterima oleh ulama Syafii secara mutlak. Ini kerana hadis berkenaan hanya diterima sebagai kaedah umum (al-qawa’id al-kulliyyah) syarak sahaja, tetapi tidak diterima sebagai kaedah fiqah (al-qawa’id al-fiqhiyyah) yang membabitkan segenap masalah kecil mahupun besar. Justeru, ulama Syafii seperti Imam as-Subki dan Imam as-Suyuti tidak menjadikannya sebagai kaedah fiqah dalam kitab al-Asybah wa al-Naza’ir mereka.
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari turut mengkelaskan hadis ini sebagai kaedah syarak yang umum, katanya: “Ia adalah satu kaedah syarak yang umum daripada aspek laras bahasa dan konsepnya.
“Maksud sabdanya: ‘Setiap bidaah itu adalah sesat’ ialah apa yang diada-adakan, sedangkan tidak ada baginya sebarang dalil syarak, sama ada melalui dalil khas mahupun umum.”
Justeru, perkara baharu tidak terkeluar daripada syariat dan tiada dalil melarangnya, tidak dianggap sebagai bidaah yang sesat kerana itu, Imam as-Syafii membahagikan bidaah kepada dua bahagian, katanya: “Bidaah ada dua iaitu yang dipuji dan yang dikeji. Apa yang menepati sunah, maka ia dipuji. Dan apa yang menyalahinya, maka ia dikeji.”
Imam an-Nawawi dalam Tahzib al-Asma’ menukilkan: “Kata Imam as-Syafii: Perkara baharu ada dua. Pertama, apa yang diada-adakan yang menyalahi al-Quran, sunah atau ijmak, maka ini adalah bidaah yang sesat. Kedua, apa diada-adakan daripada perkara kebaikan yang tidak ada khilaf padanya bagi seorang ulama pun, maka ini adalah perkara baharu yang tidak dikeji. Kata Umar RA mengenai solat Tarawih: ‘Sebaik-baik bidaah, yang ini’, yakni ia perkara baharu yang belum pernah ada, namun apabila berlaku, ia tidak pun mengandungi sebarang penolakan terhadap perkara yang telah lalu.”
Jelasnya, sesuatu amalan yang tidak menyalahi al-Quran, sunah atau ijmak menurut Imam as-Syafii adalah harus. Ramai ulama memahami kaedah hadis tadi sebagai berbentuk umum yang dikhususkan. Kata Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’: “Ini adalah daripada perkara umum yang dikhususkan kerana bidaah ialah setiap perkara yang diamalkan yang tidak mengikut contoh terdahulu. Justeru menurut ulama, ia mempunyai lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.” Beliau merujuk kepada pembahagian bidaah oleh Imam Ibn ‘Abd as-Salam yang turut diperakukan oleh seluruh ulama Syafii bahawa sesuatu perkara baharu adalah tertakluk kepada hukum yang lima tersebut. Kefahaman ulama Syafii terhadap konsep bidaah ini adalah kefahaman muktabar yang patut dihormati.
Ini termasuk masalah ibadah mutlaqah yang mempunyai dalil atau keizinan umum daripada syarak. Kebanyakan persoalan khilafiah dan amalan ahli sufi adalah berdasarkan aspek ini seperti zikir, doa dan selawat atas Nabi SAW. Maka berasaskan kefahaman ini, dapat diketahui bahawa berselawat dengan Selawat Tafrijiyyah dan Selawat Syifa’ misalnya atau berzikir dengan lafaz ‘Allah’ atau ‘Hu’ (Dia) adalah harus dan tidak menyalahi al-Quran dan sunah.
Kata Imam Zarruq dalam Qawa’id at-Tasawwuf: “Keluasan syariat menghukumkan harus mengambil perkara yang jelas maknanya daripada segala zikir dan doa walaupun tidak sahih secara periwayatan, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn al-‘Arabi dalam kitab as-Siraj dan lain-lain.” Selepas membawakan doa Abu ad-Darda’ RA dan doa dua sahabat RA yang mengandungi al-ism al- a’zam, beliau mengulas: “Ia menunjukkan bahawa setiap yang jelas maknanya dan didapati elok kandungannya adalah harus diambil terutama jika disandarkan kepada hukum asal yang syarie, seperti mimpi yang soleh atau ilham yang sabit keistimewaannya seperti Hizib as-Syazili, Hizib an-Nawawi dan lain-lain.”
Kejumudan Wahhabiyyah menuntut dalil khusus dengan kaedah fiqah yang sempit dikhuatiri hanya akan menyemarakkan fahaman ekstrem jika terus enggan bertoleransi dan memahami perbezaan metode yang berpaksikan kepada keluasan syariat Islam. HM
Jangan sesatkan perkara tidak sesat
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000? Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Hadi dijangka bertemu Mahathir Khayla perlukan bantuan segera Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video) Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’ Jangan Arwahkan Mak Sendiri Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/03/jangan-sesatkan-perkara-tidak-sesat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakaian Ada Tahi Lalat Jangan Buang Cuba 5 Tips Berkesan Ini Pakaian Kembali Bersih

Pakaian Ada Tahi Lalat Jangan Buang Cuba 5 Tips Berkesan Ini Pakaian Kembali Bersih

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 216 hits
Apabila baju kesayangan atau fabrik milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya pasti kita akan berasa amat kecewa Dah sental banyak kali pun tak keluar juga Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor se...
Soft Diet Only Jangan Degil

Soft Diet Only Jangan Degil

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum Hi korang Bulan 3 ni memang bulan dugaan buat SA la dari demam last week tonsil sebelah kanan bengkak dan penyudahnya semalam gak tonsil sebelah kiri plak ikut bengkak bukan main dia sepakat kiri kanan nak kena paling teruk ...
Artikel Pilihan Patriotisme Jangan Khianati Produk Tempatan Ppim 23 03 2022

Artikel Pilihan Patriotisme Jangan Khianati Produk Tempatan Ppim 23 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 272 hits
Semangat patriotisme mampu membentuk sokong beli barangan tempatan Rakyat Malaysia perlu semangat patriotisme kalau tidak kita siapa lagi Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyok...
Jangan Salah Guna Wang Rm10 000 Kwsp Dapatkan Nasihat Kewangan Kosmo 21 03 2022

Jangan Salah Guna Wang Rm10 000 Kwsp Dapatkan Nasihat Kewangan Kosmo 21 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 189 hits
Saudara Pengarang KIRA KIRA dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ketika ini pastinya sedang mencongak untuk mengeluarkan wang maksimum RM10 000 selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan Bagi yang terkesan wang itu mungkin kurangk...
Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Menjelang 1 April 1 Mei Amaran Dari Menteri Kdpnhep

Peniaga Jangan Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Menjelang 1 April 1 Mei Amaran Dari Menteri Kdpnhep

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 180 hits
Foto hiasan MajoritiMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggesa peniaga untuk tidak sesuka hati menaikkan harga barangan menjelang fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dan pelaksanaa...
Hiburan Jangan Bagi Anak Anak Jalan Sendiri Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Hampir Dilanggar

Hiburan Jangan Bagi Anak Anak Jalan Sendiri Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Hampir Dilanggar

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 154 hits
Terdahulu tular satu ciapan di Twitter memaparkan gelagat sekumpulan ibu bapa yang sedang menungggu anak anak mereka pulang dari sekolah Namun tidak semua ibu bapa yang mempunyai kesempatan masa untuk menjemput anak mereka pulang dari sesi ...
Kerja Boleh Cari Family Tiada Ganti Isteri Tak Sihat Suami Jangan Buat Tak Peduli

Kerja Boleh Cari Family Tiada Ganti Isteri Tak Sihat Suami Jangan Buat Tak Peduli

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 207 hits
Isteri kita orang yang paling banyak berkorban dalam membesarkan anak Lebih lebih lagi suri rumah tangga Sebahagian besar masanya sepanjang hari dihabiskan untuk memberi perhatian pada anak Bukan seorang tapi pada anak anak yang lain Tak mu...
Saling Empati Simpati Tapi Jangan Ambil Kesempatan Pula

Saling Empati Simpati Tapi Jangan Ambil Kesempatan Pula

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 139 hits
SALING EMPATI SIMPATI TAPI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BERMUAMALAH dari zaman Nabi Muhammad saw lagi sudah ada dan sudah dilakukan Sebab itulah berniaga dianggp su...
Jangan Biarkan Mimpi Ngeri Anda Berulang Kluster Mahkamah Mahu Mou Batal Pru Segera

Jangan Biarkan Mimpi Ngeri Anda Berulang Kluster Mahkamah Mahu Mou Batal Pru Segera

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 168 hits
Kluster mahkamah mahu MoU batal PRU segera Posted By on March 22 2022Ketidakpastian sama ada akan diteruskan pembentangan Rang Undang undang Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Rakyat sesi Mac akan diselesaikan melalui mesyuarat Jawata...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025