Wajib Cuba 12 Idea Kreatif Tarik Minat Anak Membaca Anak Mesti Teruja


Baru-baru ini ramai ibu bapa yang meluahkan rasa risau akibat penutupan sekolah dan juga tadika ekoran wabak Covid-19. Rata-rata berpendapat mungkin ada di antara anak-anak mereka sukar untuk mengeja dan mambaca apabila masuk ke tahun seterusnya. Jangan Panik! walaupun anak-anak duduk di rumah, mereka tetap boleh belajar membaca, mengeja dan mengenal huruf.
Mama papa ambil peluang cuti sekolah ini untuk lakukan aktivit yang boleh merangsang minda anak-anak. Kalau mama papa buntu, boleh cuba 12 aktiviti menarik yang dikongsi oleh puan Rina Azrina ini.
1. Menyanyi Dan Menari
Biasakan anak-anak dengan lagu-lagu fonik yang mengajar bunyi-bunyi huruf sebagai asas dalam proses membaca. Kaedah fonik terbukti berkesan dan pantas dalam mengajar kanak-kanak untuk membaca. Perkara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bahawa otak manusia membaca dengan cara memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi.
Antara lagu-lagu fonik yang baik untuk didengar oleh kanak-kanak ialah ABU ADA AYAM untuk Bahasa Malaysia dan CORY CAT untuk Bahasa Inggeris. Mereka boleh menyanyi sambil mengikut pergerakan di dalam video tersebut. Kaedah ini pasti banyak membantu anak-anak untuk mudah mengingati setiap bunyi huruf yang ditayangkan.

2. Tanah Liat
Tanah liat dan kanak-kanak memang berpisah tiada ?. Ajak anak bermain tanah liat sambil membentuk pelbagai huruf dan suku kata.
Sebagai permulaan, bentuk huruf tanpa gabungan huruf yang lain sambil membunyikannya. Jika anak sudah mahir bunyi setiap huruf, bolehlah digabungkan bunyi-bunyi huruf yang lain pula.

Idea Ajar Membaca – Tanah Liat
3. Memancing Huruf
Siapa cakap nak pancing ikan hanya boleh di sungai atau di laut sahaja? Memancing di dalam rumah pun boleh.?
Kelipkan klip kertas pada kertas-kertas yang telah dipotong dan ditulis huruf. Sediakan alatan memancing dan lekatkan magnet padanya seperti ‘umpan’. Suruh anak ‘pancing’ huruf yang kita bunyikan.
Anak pasti teruja untuk memancing huruf yang disebut ibu bapa. Mereka akan berusaha keras untuk memastikan umpan mereka terlekat pada bunyi huruf yang betul. ?

Idea Membaca – Memancing
4. Menampal Huruf
Tulis huruf yang ingin dipelajari pada potongan kecil kertas. Ajarkan anak untuk memadankan huruf yang betul seperti yang tertera pada kad imbas. Sambil memadan dan melekat kertas huruf, ibu bapa bolehlah membunyikan gabungan huruf tadi bersama anak.

Idea membaca-menampal huruf
5. Penutup Botol
Hanya menggunakan penutup botol terpakai, tuliskan beberapa huruf konsonan dan vokal untuk membentuk gabungan bunyi.
Bagi anak-anak yang sudah mahir, galakkan mereka untuk membentuk gabung bunyi sendiri hasil pembelajaran sebelum ini. Aktiviti ini mampu menguji sejauh mana tahap membaca mereka.

Idea Membaca-Penutup Botol
6. Main Tembak-Tembak
Aktiviti ini pasti menyeronokkan. Kanak-kanak memang suka bermain dengan air. Mereka pasti suka bermain pistol air seperti ini sambil belajar membaca.
Cara bermainnya ialah ibu bapa membunyikan gabungan huruf yang dikehendaki dan anak akan menembak ke arah kertas yang betul. Selain belajar membaca, aktiviti ini juga dapat menguji daya fokus dan visual anak-anak untuk menembak ke arah sasaran dengan tepat.

Idea Membaca- Pistol Air
7. Bola Pom Pom
Pelbagai kaedah bermain boleh dilakukan dengan hanya menggunakan bola pom pom ini. Salah satunya ialah meniup bola pom pom ke dalam cawan dengan menggunakan straw.
Wah!nampak menarik bukan? Mesti anak-anak teruja untuk memastikan bola tersebut masuk ke dalam cawan sampai termengah-mengah meniup straw tersebut. ?

Bola Pom Pom
8. Bermain Suai Padan
Aktiviti ini memang terbaik. Bukan sahaja bantu anak membaca tetapi mampu menguji daya visual dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Anak-anak akan memadankan suku kata yang sama dengan menggunakan getah yang disediakan. Sungguh kreatif ibu ini mencipta permainan yang menarik seperti ini!

Idea Membaca-suai padan
9. Penyepit Baju
Ibu bapa boleh membuat beberapa potongan kecil kad dan menulis perkataan yang ingin dipelajari di atasnya. Setiap kad haruslah mempunyai beberapa perkataan yang lain agar anak-anak dapat meneka perkataan yang akan dibunyikan semasa permainan dijalankan.
Aktiviti ini akan membantu anak fokus untuk memilih perkataan yang tepat sambil mengasah kemahiran motor halus mereka untuk mengawal pergerakan dan otot jari semasa menggunakan penyepit baju tersebut.

Idea Membaca-Penyepit Baju
10. Bermain Masak-Masak
Aktiviti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sudah mahir membaca supaya ibu bapa boleh menguji tahap penguasaan kemahiran membaca anak-anak mereka.
Tuliskan beberapa menu di atas kertas. Pastikan perkataan yang ditulis menggunakan warna yang berbeza agar mereka mudah untuk membaca suku kata yang terdapat dalam satu perkataan. Anak-anak pasti leka bermain permainan ini terutamanya anak perempuan.

Idea Membaca-Memasak
11. Cawan Polistren
Pelbagai permainan yang kreatif boleh dicipta dengan hanya menggunakan cawan polistren. Salah satu idea yang menarik ialah dengan menutup suku kata yang sama atau bermain memory game iaitu menutup semua bulatan tersebut dan hanya membuka suku kata yang sama sahaja.
Permainan ini akan lebih menarik jika ibu bapa memasang lagu kanak-kanak yang berentak rancak kerana akan membuatkan kanak-kanak teruja untuk membuka setiap cawan tersebut dengan lajunya mengikut rentak lagu.?

Idea Membaca-cawan polistren
12. Bermain Warna Air
Mewarna sambil belajar membaca sampai comot-comot! Anak pasti seronok!
Anak-anak perlu mewarna suku kata yang sama sambil membunyikannya dengan menggunakan warna air yang berwarna-warni.
Bunyikanlah suku kata tersebut sambil menyanyi. Suasana belajar itu pasti bertambah menarik!

Idea Membaca-Warna Air
Selamat Mencuba!
Kredit: Rina Azrina
Bagi mama yang mencari barangan bayi dengan harga murah, klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Wajib Cuba! 12 Idea Kreatif Tarik Minat Anak Membaca, Anak Mesti Teruja. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/wajib-cuba-12-idea-kreatif-tarik-minat-anak-membaca-anak-mesti-teruja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dos Don Ts Bila Anak Tercekik Yang Mama Papa Wajib Tahu Tersilap Cara Boleh Bawa Maut

Dos Don Ts Bila Anak Tercekik Yang Mama Papa Wajib Tahu Tersilap Cara Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 308 hits
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak kanak Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik Ketika tercekik salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup a...
Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 484 hits
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah Melecur mudah berlaku akibat kecuaian Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang Sebab sebab biasa melec...
Main Air Ajar Anak Jadi Berani Lagi Kreatif Tapi Perlu Hati Hati Bahaya Menanti

Main Air Ajar Anak Jadi Berani Lagi Kreatif Tapi Perlu Hati Hati Bahaya Menanti

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 321 hits
Dengan hanya bermain air dapat melatih anak kecil kita dengan pelbagai pendedahan Bukan hanya keseluruhan otot diransang fizikal diuji bahkan melatih anak jadi lagi berani ketika bermain dengan air Tak kurang juga anak jadi lebih kreatif de...
Anak Wajib Cuci Tangan Setelah Beraktivitas

Anak Wajib Cuci Tangan Setelah Beraktivitas

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 228 hits
Mencuci tangan menjadi agenda wajib yang harus dilakukan selama pandemi covid 19 Tak hanya bagi orang dewasa anak anak juga tak luput dari kewajiban untuk cuci tangan Namun banyak orang tua yang mengajarkan si kecil untuk cuci tangan ketika...
Dalam 9 Minit Sehari Waktu Bermakna Mesti Buat Dengan Anak Terlepas Ni Rugi

Dalam 9 Minit Sehari Waktu Bermakna Mesti Buat Dengan Anak Terlepas Ni Rugi

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 501 hits
Pernah tak kita terfikir bagaimana masa kita dengan anak setiap hari Cukup atau tak layanan yang diberikan pada mereka Jika kita rasa belum sempurna maknanya satu kerugian besar Nampak macam remeh tapi hakikatnya beri kesan tak sihat untuk ...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 417 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 428 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Idea Kreatif Cikgu Nancy

Idea Kreatif Cikgu Nancy

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 284 hits
Mahu mencipta suasana lebih ceria dan menaikkan semangat anak didiknya supaya cekal belajar dalam suasana norma baharu Nancy ketika mengajar secara PdP sambil mengenakan sari dan pakaian tradisional etnik Sarawak Foto Ihsan Nancy Thomas Itu...
Barang Jenama Tesco Yang Wajib Korang Cuba

Barang Jenama Tesco Yang Wajib Korang Cuba

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 494 hits
Salam to all readers Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba Disebabkan aku pengguna tegar brand jenama Tesco ada baiknya aku share dengan korang barang keluaran Tesco yang best Waktu aku kecik aku rajin ikut mak pergi beli barang dapur ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya