Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu


Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu. Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja, ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak suap anak makan.
Itu adalah situasi yang sering mama hadapi bila anak-anak sudah mula makan. Hakikatnya menguruskan anak yang memilih atau cerewet makan tidak mudah. Bila anak nampak kurus, tak cukup makan pastilah ibu yang sering dipersalahkan.
Untuk mengatasi masalah ini, perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist mengulas lebih lanjut tentang permasalahan ini.

ANAK “PICKY EATER” 
“Anak saya tak nak minum air kosong/ makan nasi atau semua makanan kecuali susu”
“Setiap kali waktu makan, mesti berperang nak suap anak makan”
“Anak tak nak berus gigi, mesti menangis setiap kali nak sentuh dalam mulut. Habis gigi semua rosak”
Menguruskan anak yang memilih makan bukannya mudah, kadang-kadang ada yang sampai bergaduh suami isteri menyalahkan diri masing-masing. Selalunya golongan mak mak yang akan dipersalahkan sebab dah biasa dengan norma masyarakat kita, perempuan duduk didapur menguruskan makan minum satu keluarga. Maka bila pulang ke kampung jumpa keluarga lain, bila anak memilih makan pasti golongan mak juga yang akan dipersalahkan dan dilabel “tak pandai jaga anak”. Adakah salah anak ataupun salah mak ayah?
Jom baca
Apa punca anak memilih makan?
Ada banyak punca menyebabkan anak memilih makan, tetapi kebanyakan kes melibatkan isu terhadap 2 deria penting iaitu:
Deria bau (Olfactory) Deria rasa (Gustatory) Kedua-dua deria ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemilihan makanan anak. Apabila anak memilih makan, mak ayah perlu tahu adakah disebabkan deria bau atau deria rasa ataupun kedua-duanya yang terlebih sensitif (hypersensitif) atau terkurang sensitif (hyposensitif).

Jika terdapat hypersensitif atau hyposensitif terhadap mana-mana deria, ia dipanggil “Sensory Prosessing Disorder” atau bahasa mudah kecelaruan sensori yang mungkin menyebabkan penerimaan bau/rasa yang tidak normal, kesannya anak memilih makan.
Genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makanan. Kalau mak ayah suka makanan yang berbau dan rasa kuat, anak juga cenderung ke arah itu. Cuma perbezaannya, sensitiviti terhadap deria bau dan rasa telah di “normalize”kan mengikut masa. Sebab itu, ada yang masa kecil tak makan sayur dan buah tetapi makan apabila sudah dewasa.
Hanya mak ayah yang mempunyai anak memilih makan sahaja tahu betapa “struggle”nya nak beri anak makan. Saya juga salah seorang “picky eater” yang teruk semasa kecil, sampai mak saya kurung dalam stor 3 jam tunggu saya telan makanan sambil mak menangis dekat luar. Bila dah besar sedikit, pandai makan sendiri selalu saya sorok-sorok buang sayur. Sorry mak ayah!
Maka, bila ada anak sendiri sekarang saya harap dengan menggunakan ilmu yang ada, anak saya tidak ikut jejak langkah saya.
Jadi tips dibawah ini adalah berdasarkan beberapa rujukan dan pengalaman saya sebagai ibu + occupational therapist untuk mengelak anak memilih makan sejak bayi. Untuk yang mempunyai anak bawah 3 tahun yang memilih makan, boleh juga cuba sebab masih belum terlambat lagi untuk memperbaikinya cuma memang ianya mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
TIPS MENGELAK ANAK MEMILIH MAKAN SEAWAL BAYI
Tips ini dipecahkan beberapa bahagian:
Gigi dan gusi
2. Rasa makanan
3. Tekstur makanan
4. Bau makanan
5. Suhu makanan  
GIGI DAN GUSI – Amalkan membersihkan dalam mulut bayi menggunakan kain basah yang bersih seawal baru lahir.
– Gunakan berus gigi mengikut peringkat umur. (Kain  Finger brush  Extra soft brush). Boleh rujuk Doktor Gigi untuk info lebih lanjut.
– Kerapkan menyentuh dalam mulut bayi untuk tujuan mengurangkan sensitiviti deria dalam mulut.
– Lewat memberus gigi / membersihkan mulut anak juga adalah salah satu faktor menyebabkan anak memilih makan. Maka, ayuhlah kita rajin-rajin bersihkan mulut anak ya.
– Jangan terlampau menghalang anak masukkan benda dalam mulut tapi tak ganti dengan benda yang selamat (teether, finger food) sebab skil ini penting untuk merangsang sensori dalam mulut.

RASA MAKANAN (6 BULAN KE ATAS) – Elakkan memberi makanan yang telah diproses sehingga anak mencapai umur 1 tahun.
– Kesilapan utama yang selalu dilakukan oleh mak ayah dalam memperkenalkan makanan awal pada anak adalah dengan memberi anak makan semua termasuklah makanan diproses dengan tanggapan:
“Bagus,beri anak makan semua benda untuk memberi rangsangan deria rasa”
“Kasihan anak tengok kita makan ais krim, kek, sosej, nugget atau fast food. Bagilah dia juga”
“Makan ais krim laju je, comelnya anak mummy”
Tak beri rasa bukan sebab tak sayang, tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah kita perlu elakkan. Kalau kasihan juga, makanlah sorok-sorok jangan beri anak nampak. Tak lama pun, tunggu sampai anak umur 1 – 2 tahun. Bila kita dah awal-awal beri anak rasa makanan diproses yang mempunyai perisa tiruan dan manis secara tak langsung kita telah membiasakan dan mengajar deria rasa anak cenderung kepada perisa tiruan dan rasa manis seterusnya menyebabkan anak mengelak makan sayur-sayuran yang pahit.
Anak umur 6 bulan, tak reti pun lagi meminta kalau kita tak pernah beri. Banyak sangat buah dan sayur yang perlu dia belajar rasa berbanding makanan diproses sebab deria rasa anak sangatlah sensitif sejak lahir, sebab itu bubur kosong pun dah sedap bagi bayi. Maka, tak perlu pun letak perisa tambahan penyedap rasa untuk bayi 6 bulan.
Untuk ibu yang bekerja yang sibuk dan tiada masa untuk buat makanan bayi. Kini banyak sangat tips mudah di fb, buat stok sebulan sekali, bekukan dalam tempat ais krim seterusnya simpan dalam bag ziplock. Bubur nasi pun buat stok seminggu. Makanan bayi “homemade” pun sudah banyak dijual di pasaran. Mudah kan?
Pengalaman saya, saya memang tegas dalam pemakanan anak saya sebab tak nak anak jadi pemilih makan macam saya, kami makan juga fast food ataupun makanan diproses tapi tak pernah beri anak walaupun “sikit-sikit” dari anak umur 6 bulan hingga umur 1 tahun. Dalam beg memang sentiasa bawa bekal makanan dan “finger food” dan anak juga tak ada minta atau mengamuk nak rasa makanan kita sebab dia tahu makanan dia dalam bekal sahaja sehinggalah umur 1 tahun. Kasihan kan?
Tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah saya buat macam ini.
Anak saya juga memang menunjukkan tanda-tanda memilih makan masa umur 6 bulan, akan menangis dan kadang-kadang boleh sengaja memuntahkan semula makanan setiap kali cuba sayur dan buah yang baru. Saya pasti ramai ibu lain mengalami situasi ini, mungkin ada yang akan stop dan tak beri lagi. Tapi cara saya, saya akan beri juga selagi tidak memudaratkan sebab lebih mudah berperang dengan anak bawah 1 tahun berbanding apabila dah besar. Kesannya, peperangan menyuap anak tak lama pun sehingga anak umur 8 bulan dia sudah boleh menerima semua buah dan sayur.

– Setiap makanan baru perlu di perkenalkan selama 4 hari berterusan, ia juga dipanggil “4 Day Wait Rule” untuk melihat jika ada kesan alahan dan untuk tujuan “normalize”kan deria rasa anak.
– Beri anak rasa satu persatu jenis makanan sebelum mencampurkannya.
– Jangan putus asa dalam mencuba kerana corak pemakanan awal banyak mempengaruhi gaya pemakanan anak. Baik menangis sekarang dari menangis di kemudian hari.
TEKSTUR MAKANAN – Pelbagaikan tekstur makanan (lembut, kasar, melekit, kering dan basah) yang boleh didapati dari pelbagai jenis buah dan sayur. 
– Ajar anak untuk menguyah dan mengigit makanan seawal anak reti memasukkan benda/makanan ke dalam mulut dengan memberi “finger food”.
– Menguyah makanan adalah salah satu latihan mulut untuk perkembangan skil bercakap anak juga.
– Jika sayang anak takut anak tercekik tapi jangan terlalu lama memberi makanan kisar sehingga umur 2 tahun ya.
– Kalau takut anak tercekik semasa pemberian “finger food” buah- buahan, mak ayah boleh beri “Food Feeder” untuk anak gigit-gigit.
– Kalau malas nak cari, boleh cuba cara orang dulu-dulu dengan masukkan buah dalam kain lepas itu ikat macam sup bunjut. 
BAU MAKANAN – Setiap kali pengenalan makanan baru, beri anak main-main dengan sayur/buah tersebut dahulu sambil kenalkan nama sebelum beri anak rasa.
– Jangan marah atau jerit kalau anak gigit sedikit kerana perbuatan ini akan buat anak takut untuk menyentuh buah dan sayur lagi sebaliknya hanya tolak tangan anak.
SUHU MAKANAN – Pelbagaikan suhu setiap makanan, contohnya puree epal boleh beri sejuk dan suam tak perlu terikat pada 1 suhu sahaja.
Sebagai mak ayah, kita tak harap pun anak makan semua benda. Apa yang kita harapkan, anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Contohnya buah dan sayur, ada bermacam macam jenis buah dah sayur. Kita tak harap pun anak makan semua, kalau dapat makan 1-2 jenis pun dah bersyukur asalkan anak dapat sumber serat.
Maka, abaikan sahaja pandangan dan kecaman orang lain bila anak kita memilih makan.

Siapa yang tak sayang anak kan?
Siapa yang tak nak anak makan semua makanan?
Siapa yang tak nak pastikan anak tidur dengan perut yang kenyang?
Maka, kita janganlah terlampau “judgemental” kerana kita tak tahu betapa sedihnya perasaan setiap kali anak menolak makanan yang diberi atau masak. Jadi, mak ayah sekalian boleh cuba tips di atas untuk mengelak anak menjadi “picky eater” seawal lepas lahir. Setiap tindak balas dan cara adalah berbeza setiap orang, kita hanya mencuba dan usaha dari awal. Usaha selepas itu barulah tawakal, jangan mengalah dan putus asa.
Jika mak ayah dapati anak mengalami masalah dalam pemakanan, disarankan rujuk Dietitian untuk dapatkan konsultasi untuk elakkan masalah perkembangan anak terbantut.
Untuk pengetahuan Occupational Therapist juga mengendalikan kes anak memilih makan cuma pendekatan kami lebih kepada isu sensori, oral-motor atau isu-isu lain yang berkaitan.
Ini baru cerita part punca dan cara mengelak anak memilih makan belum lagi tips menangani anak memilih makan sebab dah terlalu panjang.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Terima kasih
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi, Mama Cuba Buat 5 Tip Ini. Pasti Membantu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-nak-anak-memilih-makan-sejak-dari-bayi-mama-cuba-buat-5-tip-ini-pasti-membantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan Bukan Salah Mama Kenal Pasti Sebab Ni

Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan Bukan Salah Mama Kenal Pasti Sebab Ni

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 299 hits
Anak tak mahu makan sememangnya merunsingkan ibu bapa Lagi pula bila berat anak muka menurun disebabkan tidak cukup zat Walaupun anak minum susu seperti biasa tetapi dengan hanya minum susu tanpa sumber makanan lain kenaikan berat anak mula...
Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 270 hits
Mendidik anak memang mencabar Apa lagi bagi mama pama yang memiliki anak ramai dan kesemuanya aktif Anak terlalu aktif lasak dan hyperaktif selalu menjadikan kita takut untuk membawanya ke mana mana sahaja Bukan aktif saja tapi nakal malah ...
Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 448 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 417 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 792 hits
Biskut susu alien antara biskut yang boleh menarik perhatian anak anak anda kerana bentuknya yang comel dan berwarna warni Tak susah pun nak buatnya hanya guna 4 bahan ini Resipi yang dikongsi oleh Nafsiah Rahim ini ternyata mudah untuk dib...
Rindu Nak Makan Apam Kampung

Rindu Nak Makan Apam Kampung

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 483 hits
Rindu Nak Makan Apam Kampung Siapa tak rindu ya tak Apam kampung atau apam bodo kita orang panggil adalah apam yang guna yis tepung gandum gula putih gula merah sikit Kemudian kukus dan makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam Itu...
Resepi Potato Fritters Buatlah Pasti Anak Anak Suka

Resepi Potato Fritters Buatlah Pasti Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 251 hits
RESEPI POTATO FRITTERS BUATLAH PASTI ANAK ANAK SUKABuatlah apsti anak anak suka
Bertuahnya Anak Minta Nak Mandi Diam Diam Berendam Dalam Mesin Basuh

Bertuahnya Anak Minta Nak Mandi Diam Diam Berendam Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 571 hits
Sejak anak anak tak dapat keluar ke mana mana dan hanya duduk di rumah jenuh ibu bapa nak melayan karenah anak anak Macam macam perkara diluar kotak fikiran kita yang tak terjangkau dek akal mereka boleh buat Kadang nak gelak ada masanya na...
Nak Pokok Cili Subur Gemuk Usahawan Tanaman Fertigasi Ini Kongsi Tip Power

Nak Pokok Cili Subur Gemuk Usahawan Tanaman Fertigasi Ini Kongsi Tip Power

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 832 hits
Mempunyai sebidang tanah kebun yang subur dengan pokok cili Usahawan Tanaman Fertigasi Nabil Razae berkongsi tip yang sesuai diamalkan oleh orang ramai Pokok cili yang ditanam oleh Nabil dan isterinya Shakinah Haron memang sangat menjadi Su...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya